Isnin, Jun 18

Cuti-Cuti melawat Perak #2

Assalamualaikum...      

       Kami Berjalan lagi, alang2 dah cuti panjangkan. sempena cuti sekolah yang lalu, aku buat rancangan baek... punyer. Rancangan pertama ke Bukit Maxwel atau di panggil Bukit Larut, Taiping. Bertolak dari Bruas bukan main awal lagi. Namun apakan daya ku, bila sampaije di bukit larut. Kami di maklumkan tiada kenderaan naik ke sana di sebabkan ada perayaan kaum di puncak bukit tu. Hanya yang dah menempah bilik sahaja dibenarkan naik. Or the other opsyen is berjalan kaki naik ke atas (hah.. mampukah? kalau aku pakai baju sukan maybelah aku mahu sahaja aku redah naik, tapi aku pakai kasual. oh... tidak, Nehi nehi... kabbi nehi) 
        Keciwa dan Kempunan rasa hati nih. Takpela bukan rezeki ku, Insyallah mungkin di lainkali. Apa yang aku boleh buat adalah dgn menangkap gambar yang ada. di kaki bukit.


     Keluar dari kaki bukit Larut aku halakan kereta ke Burmese pool. Aku ingatkan kolam yang dibuat buat kaum Burma. Kolamkah itu? tapi rupanya sungai. Anak teruna x sabar2 nak mandi lagi sekali. Tapi aku n Hubby decide nak ke Zoo Taiping dulu, then baru pergi mandi. Mula-mula kami naik trem dulu, round n pusing Zoo, then baru jalan kaki n tangkap gambar.
     Jom layan gambar yang aku snap pake kamera h/pjer.. 
Pintu masuk Zoo

Tarif tiket 
Tiket Kami
antara aksi hero2 ku
 
Trem yg kami naiki

Aku paling seronok tgk aksi santai zirafah dan singa yang kekenyangan

Aksi memerang yg membuatkan anak teruna aku taknak bergerak
Dah penat berjalan, nak berdukung pulak

Jauh giler harimaunih.. masa dlm trem bkn main lagi main air


Kanggaroo..
Beruk liar yang nampak jinak tapi agak ganas. 
Selalu ikut sesiapa shj yg bawa makanan

      Tak sampai setengah Zoo kami jalan, anak teruna bersuara "Ummi cepatlah jalan, badan dah peluh-peluhnih, nak mandi kolam..." siap dgn aksi nak bukak baju. Ish.. anak terunanih, kalu tau ada tempat nak mandijer.. mesti x senang idup, asik nak mandi ajer... keluar dari Zoo... ummat manusia ramai giler.. parking pun penuh sampaikan nak keluar dari parking pun payah. 
Kemudian kami ke Burmese Pool untuk lepaskan penat dan lelah. Mulanya kami sampai pada waktu pagi, takdelah penuhpun parking2 yang ada, tapi bila kami patah balik tgh hari, kereta-kereta mula memenuhi  kawasan. Nak jalan pun jenuh jugak. mujur ada parking yang paling dekat dgn bantuan orang yang jaga parking. Terima kasih banyak abang parking..
Sempat aku snap sebelum keluar

      Kat sinipun ummat manusia ramai betul, sampaikan nak cari port mandipun payah. dkt 1/2 jam cari baru jumpa. Yang paling seronok mandi n berenang adalah anak teruna sorang tulah.. Sampai tak nak balik. Tak dapat nak snap gambar sangat pasal takder orang jaga barang, takut hilang.

      Sebelum balik, kami singgah pula di Taman Tasik Taiping yang amat cantik dan unik. Sambil bergambar, nampak beberapa pasangan pengantin baru yang mengambil gambar di lokasi luar. Bila tgk hasilnya mmg amat cantik, x macam aku masa kawin dulu, pakai tirai belakangje amik gambar.

     Jom tgk pemandangan tasik yang sempat aku snap.
Subahanallah kebesaran Allah. Pokok2 yang memberi teduhan kepada pengunjung hingga dahannya mencecah air tasik
cantik..

      Kita lihat pula aksi kami anak beranak bergambar.. ahaks..


Kelaparan lepas mandi

Sampai di sini sahaja penjelajahan aku di Perak. Insyallah ada masa aku datang lagi utk naik ke Bukit larut dan ke tempat lain lagi. Sangat seronok sampai aku terlupa utk singgah rumah Cik Ee, Kampung Tok Din (kampung ayah aku) n rumah Tok Teh ku. huhuhu... maaflah semua. Tak larat nak menyinggah atas sebab dah petang dan letih main air.

Tiada ulasan: