Rabu, Jun 6

Kursus #2 - Bengkel Struktur Pemancar at Impiana Resort Cherating

Assalamualaikum...

Buat pembaca-pembaca blog yang rajin menyinggah... lamanye x update blog, banyak cerita yang menanti nak kena publish ni, steamboatlah, jalan-jalan cari pokok, blk kg n jalan-jalan lagi.. huhuhu satu-satulah ek. nanti dah xder citer aku nak letak kat blog nih... citer psl kursusnih pun lama dah aku peram dlm blog. nak keluarkan, gambar aku tak dan nak edit. sudahnya bersawang, nih aku baru nak keluarkan.

Setelah sekian lama aku x ke mana-mana kursus, akhirnya dapat gak aku keluar berkursus. Bkn apa semata2 nak penuhkan 7 hari setahun dlm LNPT aku tu nanti... (halamak aku x hapdate hermis aku lagilah...) yelah asik2 org tuje yang di arahkan oleh bos keluar g kursus mana acikan.. bglah ikut giliran siapa pula yg pergikan.. baru adil.. xkiralah berkaitan ke tidak dgn bidang kerja. janji adil betul X? kalau diarahkan oleh HR aku xdelah ralat sgtpun.. lantak komelah...ahaks.. duk merungutlah plak.. hehehe meh aku citer psl kursus kat cherating yang dah lama aku simpan citernye tapi x sempat nak post lagi almaklumlah gambor x sempat2 aku nak hedit lg.

Cherating,

1st timenih aku ke cherating agak jakun n excited jugaklah. Tambahan pula aku ke sana dgn kereta aku sendiri. pergh... 1st time nih berjalan ke pantai timur dgn kereta sebab sebelumnih aku pernahlah ke belah pantai timurnih.. tapi aku g klantan naik bas psl lawatan 5S ke sana. Bertolak dari rumah jam 10 pagi, ikut KESAS sampai Ampang ambik pn. Ros jam 11. bwk sikit punye baiklah x lebih 110 cuma sesekali terbabas 120.. bkn ape, takut kena speed trap.. Ahakz.. jenuhlak nak byr... tp ada sesekalitu terlajak laju gak... oh tidak tunggujelah saman tu... sampai Cherating jam 2:30ptg, cari Impiana n hampir terlepas. check in n mkn tgh hari, jam 3:30 siap. Tgk schedule mcm pack giler.. tp kami diberitahu kami di sana hanya santai sahaja dan byk acara bebas. Sempat jugaklah aku merayau2 dan mencari keseronokan di cherating nih.

Jom layan gambar yang sempat aku snap & edit.
Kolam Ikan 
Lobby Resort
Buku Aturcara Kursus
Bilik Seminar
Toilet yang ada di dewan seminar (unik)
Bilik yang aku inap selama 2 malam
pemandangan pantai yang aman dan tenang
Kolam Renang Resort (lepas habis acara telematch, aku dgn pn Ros terjun masuk kolam)
Cafe Resort, tempat makan dari pagi sampai malam (ater dah kena support, sinijelah makannya)
makan pagi, tgh hari n barbeku (makan ajelah tanpa byk kerenah)
Berkumpul utk telematch
Barbeku lepas telematch utk tau group yang menang (group aku dapat no. 2). Sangat berbaloi sampai naik serak suara aku n x keluar suara aku utk hari2 terakhir. Mujur ada Pn. Ros, dia menjaga aku macam ma aku jaga aku masa aku demam mmg best.
Acara Born Fire yang di pertontonkan utk kami
Jom layan gambar aku possing ngan pn. Ros...
Berpossing di Pantai Cherating sebelum telematch
Tempat Basuh Kaki Sebelum Naik Ke Bilik
Sempat lagi berjalan dan tangkap gambar
Bergaya b4 makan malam barbeku kat kolam

Setelah 3 hari kami di Cherating, tibalah masa utk kami beredar pulang. Kami dilepaskan awal, disebabkan aku yg drive so aku decide utk tido sekejap b4 check out. Selepas perut kenyang, kamipun bertolak pulang tp kami ke Kemaman dulu utk mencari keropok lekor, keropok kering, keropok utk makan n sevinior  cenderahati buat kwn2 kat opis juga baju t-shirt utk hero2 kat rumah yang aku tinggalkan.
Bergambar kat bilik sebelum balik
Pn. Ros pun nak jugak.. agak gelap sikitla

Bukit Gambang Resort

On the way balik, kami singgah ke Bukit Gambang Water park, masuk n bergambar, pusing-pusing, sempat lagi membeli baju mandi n tudung mandi sebelum balik. Then, on the way balik, nampak signboard ke tasik cini, niat nak singgah tp x jd sebab perjalanannya lebih jauh lagi dan time tu nak masuk senjapun, lalu kamipun buat keputusan untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah (ceh ayat formal giler) singgah makan & isi minyak, hantar Pn. Ros, ikut jln yg papago tunjuk, skali papa tunjuk jln jem daa... dari bangsar sampailah ke subang, hanya di sebabkan bas rosak tgh jalan. Aku sampai rumah jam 11;30 mlm. adeh.. seharian berjalan n duduk dlm kereta, letihnya badan... mujurlah besok n lusa cuti, kalau tak mau pancit aku.

K, jom layan gambar yang sempat aku n Pn. Ros snap masa kat sana (oh yea, Pn. Ros dpt masuk free sebab haritu adalah harijadi dia n GTP ada buat promo,free entrance utk birthday person) ... Adios..

Kaunter Tiket
Ala-ala kat transtudio gitu, x pakai cash tapi boleh top up n boleh tuntut baki
Gelang tangan yang aku kena pakai (yg aku punye kena bayar)
Bergambar dan berpossing
gambar yang penat aku edit
Banyak juga yang menarik untuk mandi manda
Possing lagi
possing jgn x possing
Pondok yang perlu disewa utk melepaskan lelah
Kalu hero aku tengoknih, mesti melompat punyer...
Possing sesaja kerja aku

Bergambar di luar b4 balik

Tiada ulasan: