Hari ini tadika anak teruna bercuti, di sebabkan hari report card day. Aku minta Hubby aku balik awal paginih sebab bolehlah jaga anak sekali. tapi hubby bagi alasan, asstn supervisornya juga nak balik awal nak balik kampung. So, by hook or by crook aku kena hantar gak anak ke pusat jagaan. Paginih, aku diberitahu yang aku perlu hadir untuk meeting jam 9 pagi ni. Alamak, macam mana pulak aku nak keluar pergi tadika anak akunih? Atas arahan bos suruh aku lari kejap ke tadika. Sampai di tadika kami (aku n Hubby) ditunjukkan hasil kerja anak terunaku. Report card nya juga di tunjukkan, yang aku nampak lebih byk B dan C paling tinggi B+ dan paling Rendah C- dan no A's. Keseluruhan bagus, cuma cepat hilang fokus. Aku dimaklumkan, even depan tecenyer pun, dia boleh hilang Focus. Halamak......Memang aku akui, anak terunaku sememang nya begitu even belajar di rumah sekalipun, dia boleh hilang focus dgn cepat.
Aku juga dimaklumkan jika diberi tugasan, dia sememangnya komited dan cukup memberi tumpuan penuh pada kerja yang perlu dilakukan nya itu. Tapi jika selesai kerja dan tiada lagi kerja yang perlu dilakukan, dia akan mula hilang focus dan mula bermain. Ohh.. tidak.. anak teruna ku..
Satu perkara lagi, anak terunaku cepat naik angin dan susah nak mengawal emosinya (part yang tu yang dia dapat C- tu). Macammanayer... Keciwa jugak, namun aku kena redha.. dan perlu terima seadanya. Andai ada cara untuk aku tingkatkan focusnya, dan kurangkan panas barannya, sila tinggalkan komen untukku.. sgt buntu, Begitu juga tecenya.
1 ulasan:
Hi! Τhiѕ is my fіrst сomment heгe ѕo I juѕt wanted to give
a quicκ shout out аnd ѕay I genuinely enjoy rеadіng yоur
postѕ. Can yοu гecommеnd any othеr
blogs/webѕitеs/forums that go oveг the
ѕame topісs? Thanks а lot!
Feel free to ѵisit mу ѕіte;
Venta de furgonetas
Catat Ulasan