Rabu, Jun 27

Selesai sudah Pembacaan Sunan Musafir

Selesai sudah perlayaranku bersama sunan musafir, sungguh berpuas hati dengan jalan ceritanya. Terasa bagaikan aku berada bersama-samanya ketika menghadapi musuh dan memerangi n musuh ALLAH. Walaupun hanya cerita rekaan, namun aku terasa bagaikan kisah hikayat yang benar sebagaimana cerita hikayat Hang Tuah. Rasa tak puas dan akan ku ulang semula membaca novel-novel ini dan melayari alam Sunan sekali lagi nanti........
Review Kisah Sunan musafir:-

Jalan Cherita agak menarik, cuma cherita kali ini aku terasa agak janggal sikit kerana  tiada babak dan aksi perlawanan sangat. RAM (Ramlee Awang Mursyid) mahu menamatkan cherita bersiri ini dan memberitahu kita bahawa Sunan telah bersara dari dunia persilatan. Tapi aku agak ralat sedikit sebab Novel RAM sebelum ini penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan dan membuatkan aku tak sabar menghabiskan Novel itu. Dalam novel ini membuatkan aku sedikit terharu di mana Ratu hati Sunan masih hidup namun dibawah sumpahan menjadi makhluk jadian. Namun, gerak hati sunan mengatakan bahawa isterinya masih hidup dan beliau sanggup berkorban demi menyelamatkan isterinya yang tercinta. Tetapi Sesekali membaca novel ini membuatkan aku jadi konfius, betulkan Sang Ratu masih hidup ataupun telah meninggal dunia. So kalu nak baca novelnih, jangan skip-skip membaca ya teruskan membaca dan akhirnya anda akan faham jalan cherita nya. Sekian

Tiada ulasan: