Assalamualaikum...
Apa pandangan korang mengenai Counter Services? kalau korang g ke kaunter sesuatu tempatnih, mesti korang mengharapkan korang dilayan dgn elok, penuh dgn senyuman, di sambut dgn ucapan selamat, dan bercakap dgn penuh sopan santunkan? Tapi hakikatnye, bila korang pergi je ke kaunter tu, korang di sambut dgn muka yang ketat, masam giler, ucapan selamatpun macam nak x nak je bagi, plus kalu korang bagi soalanpun, dia jwb dgn nada yang x menyenangkan. Betul tak?
Inilah yang terjadi pada aku dan pada semua orang. Dulu, kaunter servis pihak kerajaan selalu di kondem dgn teruk oleh public dan oleh Ketua Pemimpin kita. Kalini dah mcm terbalik pulak, kaunter servis milik kerajaan layan kita dgn cukup mesra dan hormat. Siap boleh rating lagi kaunter tu bagus ke x. (walaupun tidak semua, yg dah berubah...) Tp pada pengalaman aku sendri, setiap kaunter kerajaan yang aku pergi, kebanyakannya menyahut seruan kerajaan. Tetapi terbalik pulak dgn kaunter servis milik swasta, pagi tadi aku ke kaunter servisnih utk urusan sim kad aku yang kena block. Pak guard yang menyambut bertanya urusan aku di situ, siap dgn panduan lagi, Pak Guard tuh amat mesra melayan dan amat sopan. Lepas no. giliran aku di ambil, aku di suruh ke ruang menunggu. Pelanggan yang menunggu tidaklah ramai, bila sampai giliran aku, aku di sambut oleh pegawai kaunter gn ucapan selamat pagi tapi tanpa senyuman dan manis muka, dlm hati dah mula mengutuk (ishh x mesranya) bila aku tanya soalanpun jwb sepatahje tanpa penerangan, tapi bila bercakap dgn kwn sebelah bukan main mesra lagi, masa dah selesaipun, ckp terima kasih mcm tak ikhlas dan tiada ucapan sila datang lagike apake.... keluar dari situ aku rasa mcm sengaljer... teruk. Macam tu juga bila terjadi aku ke sebuah bank milik bumiputera. Sudahlah servisnya lambat, kaunterpun bukak x byk, boleh pulak duk pot pet bergossip dgn org sebelah erghhh.. hangin berapijer...
Janji pada poster, pada iklan macam2. Antara nye yer "Disini, ada tidak perlu beratur panjang, kami akan membuka kaunter baru untuk anda apabila barisan mencecah line hijau" hakikatnya, dah lepas 3 trolipun kaunter yang tu gak, xderpun bukak kaunter lain,
ataupun dlm iklan tu, gambaran bila kita buka pintu kita akan di sambut dgn muka yg penuh mesra dan senyuman. tapi hakikatnye.... bila kita ke tempat tu, jauh panggang dari api, indah khabar dari rupa... huhuhu hampeh...
memanglah tak semua kaunter servis begini, sebabnya aku pernah ke kaunter servis syarikat yg lain urusan sim kad juga, walaupun org ramai tapi mereka masih tetap tersenyum dah boleh melayan public dgn penuh rasa hormat dan tersenyum. walaupun pada mulanya aku rasa sengal sebab terpaksa berdiri dan menunggu agak lama, tapi bila dilayan begitu, hatiku mula sejuk dan mula mengukir senyuman.
Hai.. macam-macamkan kerenah orang nih, aku buat topiknih bukannya apa, aku sendiripun bekerja di tempat yang mempunyai kaunter servis dan selalu berhadapan dengan Public. Semuanih tmembuatkan aku agar mengingatkan diri aku sendiri supaya melayan pelanggan dgn baik, ramah dan penuh toleransi. Insyallah dengan izinNYA. hmm byk dah aku merapunih, ntah kome paham ke idok apa yang aku citerkan nih.. melalut aje.. ok adios..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan