Hari Ke-2 di Bandung
Susulan dari hari pertama kami di Bandung, Hari ini kami
dibawa ke pasar baru sebanyak 6 tingkat kesemuanye x termasuk tingkat
basement dan sub-basement serta parking yang di atas sekali.
Aku
dan Ummi Ana decide nak mula dari bawah naik ke atas kerana nanti di
tingkat 6 kami akan terus makan tengah hari. Tapi perancangan kami tidak
menjadi. banyak barang yang kami x sempat nak beli hanya disebabkan nak
menengok2 dulu. Barangan yang sempat aku beli adalah baju batik hubby n
pak mertua, telekung utk aku n hadiah utk kwn2 opis, kain pelekat
merangkap baju melayu hubby n anak terunaku and last but not least kain
batik utk mak mertua n ipar aku. So.. moral of the story is.. kalau
korang rasa nak round dari 1 floor ke satu floor adalah baiknyer korang
amik cuti lama2 or duduk trus je kat bandung tu huhuhu... oklah aku
citerkan barangan yang ada di setiap tingkat.
Lantai D2 - baju-baju blouse n kain telekung
Lantai D1 - baju-baju Jubah n blouse buat perempuan n baju batik buat lelaki
Lantai G - beg-beg travel dan campur juga kain pelekat dan kain batik
Lantai 1 - Kain-kain pelekat, kain batik n telekung
Lantai 2 - kain-kain ela dan tempahan untuk buat jeans
Lantai 3 - Jeans
Lantai 4 - blouse n skirt
Lantai 5 - Barangan Mainan untuk anak-anak
Setelah
memenuhkan perut dan meminum air apocat (campuran avocado n coklat)
betulkot ejaannyer.. kami ke Jalan Dago utk barangan factory outlet. Di
sini aku lebih banyak membeli baju anak teruna. Baju n Jeans serta
jacket. Sementara menunggu rakan2 yang lain, sempat juga aku membeli
magnet dan beg utk cenderahati buat kawan2 di malaysia.
magnet dan beg yang sempat aku borong di jalan Dago
Kedai Donatello yg kononnyer syurga kasut kulit n murah2
Saat menunggu kawan2 yang lain membeli belah dan mengukur jalan Dago Ahakzs...
Fatihah sibuk nak membelikan baju utk Umminya
Antara Kedai yang aku kunjungi
Fatihah sibuk nak membelikan baju utk Umminya
Antara Kedai yang aku kunjungi
Makan malam di Kedai Bakso Malang sambil menonton Konsert
Bakso malang (sedap jugak, selera aku makan walaupun tgh selsema)
Bakso malang (sedap jugak, selera aku makan walaupun tgh selsema)
Nidji buat persembahan di Cihampelas Walk
Cerita sebelum Trans Studio
bersambung lagi di
Kawah putih dan Situ Patengan serta cibaduyut
Pasar Baru Lagi dan Heritage
bersambung lagi di
Kawah putih dan Situ Patengan serta cibaduyut
Pasar Baru Lagi dan Heritage
Tiada ulasan:
Catat Ulasan