Selasa, Disember 18

Coleslaw Firdausy

Assalamualaikum......

Hmm.. malam ni malas sungguh eh silap aku tak berapa rajin nak masak nasi dan makan nasi. Jadi, untuk memasak makanan malam ni aku pun membuat makanan ala western tak jadi. Dengan bermula aku mengupas kentang dan membuat kentang putar, resepi kentang putar di SINI. Kemudian membuat coleslaw yang tak seberapa dan akhir sekali aktiviti membuat ayam goreng berempah ala merapu, telur dadar dan hot dog serta daging burger yang dicelup dengan lebihan tepung yang ada. Jom kita tengok resepi carca marba aku hehehe...


Resepi Coleslaw


Bahan - bahannya:
  • 1/2  biji kubis ( saiz kecil )- saya guna kobis warna ungu.
  • 1/2 biji lobak merah ( option tapi untuk kali ni saya tak guna)
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar fresh lemon juice
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar ( option)
  • Cara penyediaan

Cara-cara membuatnya:-
  1. Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
  2. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
  3. Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Selamat mencuba...

8 ulasan:

j.e.h.a.n. berkata...

tq share..ok blh try kat toddler saya..
blh tukar-tukar menu dia kan..
Jom jengok Danish:
http://jarikudiy.blogspot.com/2012/12/little-d-on-camera.html

Yan Ty berkata...

i love coleslaw!!

Syaz Blackrose berkata...

suka.. suka.. suka

Intan Norhaida berkata...

bukan caca marba tu..cam best je..yg penting rajin nk wat semua menu tu.... anto cni ckit..heheh

hainom OKje berkata...

malas apa mcm tu Syaz...itu rajin namanya!

miz ruha berkata...

bestnya... ;)

Syaz Blackrose berkata...

malas nak masak nasi lah okje tapi rajin nak masak lain.. hehehe
Intan, dah lesap masuk perut hehehe

vidalsisah berkata...

Memang pujilah rajin masak ala2 western neh. Terbaekk!!