Assalamualaikum..
Isnin, kebetulan Peng'arah' pejabatku terpaksa emergency leave. Kamipun apa lagi bergumbiralah di pejabat, jiwapun tak kacau. Aman dan tenteram. Kebetulan juga, ada orang belanja kami satu pejabat lunch di Restoran Hj Sharin Low di Habour Palace, bersebelahan dengan hospital pantai, klang. Makanannya memang banyak dan sedap-sedap belaka. Walaupun pakej makan untuk 8-10 orang tapi nak bawak sampai 15 orang pun cukup. Puas hatilah kiranya. Pakej untuk 8-10 orang dengan harga RM 350. Diingatkan jangan tukar nasi putih, nanti di charge lebih. Air dihidangkan 2 jenis, Sirap dan Chinese tea.
Bergambar sebelum makanan sampai. Tuan yang belanja yang berbaju hijau tua
Makanan yang sempat aku snap, selebihnya aku tak sempat sebab dah kena ngap.
Terima Kasih buat Mr. Adam yang sudi belanja kami semua. Kalau rezeki lebih lagi bolehlah belanja kami lagi. hehehe...
#tengah tunggu Pn. Linda Che Lah letak ke idak entri pasal nih. Gambar banyak kat dia, tunggu nak linkkan jer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan