Isnin, Disember 31

Keningnya sudah Berparut

Assalamualaikum...

Susulan dari kisah anak teruna aku yang terlebih aktif tu di sini, Pagi Khamis keesokan harinya aku menghantar anak teruna ke Pusat jagaan seperti biasa. Dalam jam 10 pagi, aku mendapat panggilan dari Guru Pusat Jagaan yang anak teruna telah di hantar ke Klinik Aneka kerana dahinya luka dan berdarah. Tapi, tak lama selepas itu aku dapat tau anak teruna di bawa pula ke Hospital Ampuan Rahimah. sedihnya bukan kepalang hati ini, mendapat tahu anak aku kemalangan di Pusat Jagaan. Dalam Hati, aku tak tahu nak marahke, terkilanke, yang aku tahu aku risau. Teruk sangat ke anak aku cederani? Menurut penyelia Pusat Jagaan tak teruk sangat. Tambahan lagi, anak teruna aku kuat orangnya dan tak menangis kuat. malah terlebih aktif lagi ada. Itulah anak teruna aku, memang tahan lasak orangnya. Hai lah.. habis semua tempat penuh parut. Serasa akulah, masa aku pilih namanya, takde pulak ada perkataan cergas, cerdik lagi adalah.. warak pun ada. 

Dari penerangan Teachernya, anak teruna aku nih digeletek oleh abang-abang (anak-anak yang lagi tua darinya) disebabkan nak mengelak dari di geletek, dia melarikan diri lalu kepalanya terkena besi tempat letak duster pemadam/marker pen papan putih. Ngeri aku mendengarnya. Semua Teacher yang ada minta maaf sebab kejadian tu, aku maafkan cuma harapnya pusat jagaan lebih berhati-hati dan lebih memasang alat keselamatan pada setiap bucu yang ada.

Berparut sudah kening anak terunani, moga terus comel dan terus menawan hati Ummi dan Walid. Moga menjadi anak yang pintar dan yang menyejukkan hati Ummi dan walid yer sayang.

Kesan luka yang berbentuk Y. Gambar di hantar oleh penyelia pusat Jagaan

Wajah selepas di kenakan 4 jahitan di kening.




#Opah PJ belum dimaklumkan laginih, kalu dia taulah.. mau lunyai telinga aku nanti huhuhu..

Tiada ulasan: