Khamis, Disember 13

Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum..

Lama dah aku simpan entry ni dan dah 2-3 kali jugaklah aku buat kek ni. Anak teruna aku tula sibuk merengek nak makan kek dekat fruity -boleh tengok entry LUNCH, udahlah duit aku dah berkurangannih.. nak mintak kek pulak. Teringat kat puan Lynda Che Lah pernah buat kek di sini untuk si kecik dan aku pun dah testing kek yang dibuat olehnya, ternyata memang sungguh lazat. Dengan muka tak malunya, akupun mintakla resepi kek dia. Sekejapjer dah siap amat mudah, tapi aku buat versi kukuslah tak pakai oven. Jom kita tengok resepi yang aku dapat dari puan lynda.


Chocolate Moist Cake

Bahan-Bahannya:

Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum (diayak yer takut ada bendasing)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko
  • garam secukup rasa

Bahan B
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • Sedikit asen vanilla

Cara-cara membuatnya:
  1. Ayak kesemua bahan A dan ketepikan sebentar
  2. Campurkan semua bahan B dan pukul sehingga kembang
  3. Campurkan bahan A ke dalam bahan B yang sedang dipukul sedikit demi sedikit dan digaulkan sehingga sebati
  4. Masukkan semua bahan tadi ke dalam loyang dan bakar/kukus selama 45 minit sehingga masak. Biarkan sehingga sejuk.

Untuk Topping (yang ni aku ingat-ingat lupa cara membuatnya, masa aku buat tu aku hentam jer, sebab dah lama tak buat topping kek ni. Lamadah masa zaman anak dara dulu... hehehe)

Bahan-bahan: 
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan butter yang dicairkan
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit air

Cara-cara membuatnya:
  1. Campurkan serbuk koko dan sedikit air, gaul sehingga sebati
  2. Panaskan kuali, masukkan butter, koko, susu dan gula dan gaulkan kesemuanya sehingga sebati
  3. Masak sehingga agak pekat
  4. Setelah pekat, bolehlah dituangkan di atas kek yang telah disejukkan tadi.
Hiaslah kek mengikut selera masing-masing.. selamat mencuba...

4 ulasan:

Unknown berkata...

bestnye tengok kek dalam gambor tu.=)

Yanty Lee berkata...

Teringin nak bake own cake. Sure dapur macam tongkan gpecah nanti kan haha

Unknown berkata...

wahh sedap tu kak nk try wat la mmg da lma nk wat moist choc x bekesempatan jer...tqvm 4 sharing

Firdausy CiLiKku berkata...

Terima kasih wana,
yan ty tongkang pecah tak pe jgn dapur yg pecah
ur welcome sharipah