Assalamualaikum....
Pada Rabu malam Khamis yang lepas, kebetulan pula Hubby kerja shift malam. Aku pelik dengan anak teruna aku yang sorang nih, apesallah dia aktif sangat malam ni? Hubby bagitau aku budak sorang ni tak tidur siang langsung satu hari tu dan kebiasaannya, bila malam menjelang, dia akan tidur awal tanpa sempat makan malam. Ini tidak, dan jam 9 malampun dia tak tidur lagi malah masih aktif bermain.

Jam 8:30 pm rumah dah kucar kacir dibuatnya. Meja belajar dia dibuat jadi papan skate board, papan skate board tukar jadi meja belajar. Puas dah aku melarang namun perkataan sekejap juga yang aku dengar.
Jam 9:00pm, korang nampak buku yang terbukak kat belakang tu? ntah ape benda ntah nak dibuatnya. bila aku tanya perkataan sekejap juga aku dengar, aku tanya "nak buat apa koyak kertas tu?" Ntah apa butir dia jawab aku pun tak paham.
Jam 10:00pm, dah sudah buat kertas ala-ala pedang gitu, dan puas buat meja jadi papan selaju, terbaring pula. Main apa ntah, malas aku nak layan. Layan cerita kat TV lagi best.
20 minit kemudian, tertidur sudahnya dengan kertas gulung dalam pegangan.
Aku jadi pelik kenapa aktif sangat anak teruna aku malam tu. Disebabkan terlalu aktif malam itu, rupa-rupanya ada sesuatu terjadi keesokan harinya. itu aku ceritakan pada entri yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan