Isnin, Disember 31

MAHA 2012

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak bercerita pasal kisah yang lama gila aku peram nih.. kalau peram mempelampun mempelam tu dah busuk kot hehehehe....aku takde mood nak edit gambar pun iyer gak. 

Masa pesta MAHA 2012 yang dilancarkan awal bulan 12 yang lepas, aku dan family aku ke sana pada hari terakhir program tu di jalankan. Teringin nak tengok apa yang best sangat kat pesta tu. 

   Bapak, Ramai giler orang masa tu, orang-orangnye aje yang tak gile ye ramai itu yang giler. keretapun banyak. Aku parkingpun dah naik ke bukit kedua, jauhtu nak menapak. Tapak pestanyapun luas dan besar. Naik letih nak tengok satu-satu pameran yang ada. Tengah letih-letih berjalan, aku terserempak dengan..... alah kenderaan yang selalu ada kat padang golf tu. Tapi, yang ini dinaiki oleh mantan perdana menteri kita yang ke-4. Tun Sri Mahathir. Tak sempat aku nak snap gambar, laju sangat nak masuk bilik VVIP. Jom Kita layan gambar ek.

Ramai giler manusia masani. Nak naik baspun sesak jalan pun tak boleh.
Besar giler.. lembu-lembu nih...
Sempat bergambar atas trektor

Anak teruna yang pada mulanya tak nak naik dan bergambar, dah jadi seronok pula

Tahun depan kita tengok pula apa yang akan dipamerkan... lagi seronok or...

Disarankan, jangan beli apa-apa kat bazar di jalan keluar MAHA, mahal giler ko.. betul punya cekik darah.





Tiada ulasan: