Isnin, September 24

Bahaya Penggunaan Kanta Lengkap Murah Yang Dibeli Secara Online Dan Di Pasar Malam

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah, setakat ini mata aku masih elok lagi dan tak memerlukan penggunaan cermin mata. Walaupun mata aku tak cantik macam mata orang lain yang ada kalanya aku tengok matanyer berwarna hazel ataupun semulajadi berwarna biru, namun aku tetap bersyukur kerana aku masih dianugerahkan dengan penglihatan yang baik.

Kadang-kadang tu aku tengok orang pakai kanta lekap yang berwarna dan membuatkan matanya lebih cantik, ada juga teringin rasa di hati nak pakai. Tambahan lagi sekarang ni, kanta lekap dijual murah dan dijual secara online ataupun di jual di pasar malam berbanding yang dijual di kedai optikal yang jauh lebih tinggi harganya.

Tapi, tadi aku menengok berita TV3 mengenai penggunaan kanta lekap berwarna yang dijual secara murah ini sangat berbahaya. Ini adalah kerana, setelah ujikaji dibuat ke atas kanta tersebut, didapati bahawa warna kanta itu turun setelah dicuci dengan pencuci kanta lekap. Mungkin, disebabkan pewarna itulah yang menyebabkan seorang gadis di Kapar, Klang berdepan dengan masalah penglihatan selama sehari selepas memakainya kerana ingin kelihatan cantik. 

Menurut Perunding Optometris, Prof Madya Dr Bariah Mohd Ali dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, penjualan kanta lekap oleh pihak tidak bertauliah dalam bidang kesihatan mata cukup membimbangkan. Lebih teruk, katanya, ada pihak berkongsi kanta lekap dan menyewakannya kepada individu berbeza tanpa menyedari langkah itu mengundang padah.

Setahu akulah dulu pemakaian kanta lengkapni hanya untuk mereka yang rabun sahaja, tapi sekarang ni kanta lekap sudah berubah fungsinya. Sekarang, kanta lekap berwarna makin popular digayakan ramai orang - baik golongan selebriti mahupun individu yang teringin tampil berbeza. Kanta lekap kini sudah dianggap aksesori berbanding fungsi asalnya. Kanta lekap berwarna makin digemari pelbagai peringkat usia dan mudah didapati pada harga murah.

Akibat permintaan tinggi, ada pihak yang memandang mudah soal penjualan kanta lekapni. Menurut prosedur yang betul, penjualan kanta lekap perlu dilakukan oleh optometris bertauliah yang memeriksa mata pengguna terlebih dulu bagi menentukan kesesuaian penggunaan kanta lekap.
Namun, berbeza pula keadaannya sekarang. Kebanyakan pengguna lebih mementingkan produk murah berbanding aspek keselamatan dalam penggunaan kanta lekap. Rata-rata mereka tidak merujuk kepada optometris sebelum mendapatkan kanta lekap. Malah ianya juga mudah didapati dengan membeli kanta lekap melalui internet dan pasar malam.
  
   
 
Kalau letak kat mata memang cantik, adakah ianya selamat digunakan?

Bagi mereka yang menggunakan kanta lekap tanpa merujuk optometris, risiko mengalami masalah mata adalah tinggi. Antara masalah yang boleh dihadapi pengguna kanta lekap ialah jangkitan, alahan hingga lebih kronik, risiko menjadi buta, seperti yang dilaporkan dalam berita TV3.


Sehubungan itu, sesiapa yang ingin menggunakan kanta lekap, sama ada untuk pembetulan penglihatan atau tidak, mereka perlu membuat pemeriksaan mata dengan optometris  yang bertauliah.



Dilaporkan juga, satu rang undang-undang akan digubalkan dan akan wujudnya akta mengenai        penjualan kanta lekap ini hanya boleh dijual oleh optometris yang bertuliah dan yang mempunyai sijil sah sahaja. 

Dinasihatkan buat pemakai-pemakai kanta lekapni, buatlah penjagaan yang rapi dan belilah dengan optometris yang bertauliah. Mata kita nak pakai lama sampai habis nyawa.jangan hanya disebabkan nak cantik, mata tu hancur dalam sekelip mata. Buat yang berkaca mata, teruskan je pakai kaca mata tu, walaupun nampak tak berapa cantik, tapi anda nampak inteligent dan sofisikated bila memakai kaca mata. Yang penting, belijelah kaca mata yang cantik-cantik, confirm cun punyalah.



Update terkini:-

Akta peranti perubatan 2012 akan berkuatkuasa bermula disember ini. Dimaklumkan juga, Setiap kanta dari dalam dan luar negara perlu didaftarkan dahulu sebelum dijual.

2 ulasan:

Hanif Idrus berkata...

Masuk ini 2 hari berturut2 TV3 keluar pasal ini..
Bila dah takut gak..
Nasib baik mata aku warna biru asli..kekekekeke
(acah jer...hahahhahha)

Isabel Diaz berkata...

Teringi nak pakai tapi takut sangat2 nak letak kat mata.. huhu