Khamis, Disember 26

Homemade Pizza


Assalamualaikum..

Lama rasanya aku tak post resepi dan masakan yang aku cuba buat kan? Haritu anak teruna ku tetiba mimpi nak makan pizza. Makan waktu pagi pulak tu. Mana pulak aku nak cari pizza pagi-pagi hari. Takdenya orang nak buat pizza pagi-pagi sayang, kedai pizzapun tutup lagi tau.

So, akupun buat keputusan buat sendiri. bermula dengan pencarian resepi Pizza dalam Mr. Google, dah jumpa, print, cari bahan sikit dan malamnya aku mula buat eksperimen. Muehehehe.. macam duduk dalam labjer...
Sebenarnya banyak cara nak membuat pizza, aku cubalah buat ikut mana yang mudah pada aku. Jom kita tengok resepinya. 

Aku pinjam dari resepi  Azie Kitchen 

Bahan - Bahan Doh:

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (untuk dilumur pada doh)

Bahan - Bahan Inti Pizza:

Bahan- bahan pizzani, ikut suka nak letak inti apa. Ada yang letak daging ayam, ada yang letak ala-ala tomyamlah, karilah, ikut suka kreativiti masing-masing. Aku pula, nak senang punya pasal, aku letak:-

2 batang hot dog - yang di potong nipis dan bulat
2 1/2 sb sos cili
keju mozzarella parut (keju cheddar pun boleh janji cair masa bakar)
sedikit mix vegetable

Cara-cara membuat doh:

1.



Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2. Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah - tengah tepung.

Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.


3. Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.
4. Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.
5. Proses menguli yang terakhir sekali, Taburkan tepung gandum atas papan pencanai (aku takde papan pencanai yang licin, so aku pakaije belakang bekas acuan kek, janji rata. Muehehehe). Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.



6. Sapukan olive oil di dalam mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli tadi di dalamnya. Sapukan lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.


7. Tutup mangkuk tadi dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. 

8. Selepas 30 minit atau lebih, keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk doh dan bahagi kepada 2 bahagian

9. Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. 

10. Bolehlah disapu dengan sos pizza atau ikut cara aku, sos cili (muehehehe) dan letaklah hot dog yang di potong tadi, mix vege dan keju.

Siap akhirnya pizza aku. Boleh juga sapukan telur pada permukaan tepi doh pizza untuk hasil yang cantik masa dibakar dan rasa sedikit rangup diluar lembut di dalam.

Selamat mencuba... terima kasih buat k.azie yang sudi kongsikan resepi.

5 ulasan:

Nurul Hidayah berkata...

wah.. macam mudah.. bole try ni.. :)

Syaz Blackrose berkata...

sila2 nurul lagi mudah kalu beli instant keh.keh..keh..

Isabel Diaz berkata...

Teringin pulak nak try. Hihi

Syaz Blackrose berkata...

hahaha.. try jgn tak try isabel

Cho Zila berkata...

wah bestnyer nak makan buat sendiri.. boleh letak keju banyak2... resipi pun nampak mudahjerkan...