Khamis, Disember 5

Mana Keadilan Kami Sebagai Pekerja Islam?


Assalamualaikum...

Aku tengah geram dan marah ni. Tak pernah tau tak pernah lagi kalau aku marah aku letak dalam blog. Selalunya aku pendamkan jer dalam hati aku. aku kalau boleh aku tak nak meluahkan rasa marah aku dalam bog dan kalau boleh aku tak nak syurga kecil aku ini dipenuhi dengan rasa dendam dan marah. Tapi kali ini aku dah tak dapat nak menyimpan lagi.

Susah sebenarnya, susah aku nak luahkan. Ini berkaitan dengan pejabat tempat aku bekerja.  Pejabat yang aku rasakan dulu adalah tempat untuk aku mencari rezeki yang halal kerana Allah S.W.T. tapi yang aku rasa sekarangni pejabat aku dah semakin tak aman dan aku datang ke pejabat hanya semata-mata nak dapatkan duit setiap hujung bulan. Sejak pejabat ini bertukar ketua jabatan, sejak itu kami datang pejabat dengan penuh tak rasa tak rela.Sejak itu juga pegawai atasan aku bertukar sikap yang semakin lama menjadi seperti sikap ketua jabatan kami yang Munafik ini.

Susah sebenarnya bekerja dengan orang Munafik dan orang Qafir yang langsung tak prihatin dengan keperluan kami sebagai orang Islam. Mereka lebih mementingkan kononnya keperluan keselamatan ICT berbanding kepentingan dan kebajikan kami sebagai pekerja.

Kisahnya begini, pejabat aku memang tak disediakan tempat untuk bersolat. Namun, atas kebajikan dari ketua jabatan aku yang lama, kami dapat menunaikan solat kami dalam bilik telefonis. Lalu bilik itu kami tukar sebagai bilik solat kami. Datang pula jabatan ICT untuk menumpangkan peralatan ICT mereka di dalam Bilik Telefonis tersebut. Setelah kami selesa dengan tempat solat kami, datang pula ketua jabatan ICT melarang kami dari memasuki bilik telefonis tersebut dan ingin mengunci bilik tersebut. Namun, kami cuma mengeluarkan barang kami dan kami tetap melakukan solat di situ.

Beberapa hari lepas, entah angin puting beliung mana yang datang melanda pegawai Qafir aku tu, dia marahkan kami dan melarang kami dari masuk ke dalam bilik telefonis tersebut. Tambah mengecewakan lagi bila Ketua Jabatan aku juga turut melarang kami dari masuk ke dalam bilik tersebut dan solat di situ. Boleh pula dia mengarahkan kami untuk bersolat di tempat terbuka dan tempat sempit di celah pintu kecemasan. HELLO... kalau orang lelaki tak kesahlah nak solat dekat mana pun, tapi kami yang perempuan ni macammana? Mana kebajikan kami sebagai pekerja? Mana Keadilan kami sebagai orang Islam sedangkan Engkau tu sendiripun Islam? Cubalah kaji, cubalah berfikir dengan waras, cubalah berbuat kebajikan walaupun Engkau tak pernah nak buat kebajikan dengan kami langsung.

Aku dah tak larat sebenarnya, aku rasa aku dah penat dengan semuani. Ya ALLAH bantulah kami yang tertindas ini, Engkau berilah pembalasan yang secukupnya kepada mereka yang menganiaya kami di sini. Engkau berikanlah petunjuk jalan yang benar kepada orang yang Munafik ini. Berikanlah kesabaran dan ketaqwaan yang cukup besar kepada kami Ya ALLAH. Berikanlah kami petunjukmu dan hidayahmu. sesungguhnya kami adalah oraang-orang yang sangat kerdil di sisimu Ya ALLAH. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ata segalanya dan sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hambamu.

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada  Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t  Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.



2 ulasan:

hainom OKje berkata...

Nampaknya memang marah betul Syaz ni....Syaz ni keje company cina ke? Kalau company cina harus jfi cenggitu yp kalau company Melayu mmg tak patut!

Syaz Blackrose berkata...

masa tu memang tengah marah. masalahnya okje, tmpt saya bekerja tu jbtn kerajaan. tu yang sgt2 tak puas hati tu...