Khamis, Disember 12

Movie #4: Frozen

Assalamualaikum...


 Olaf

Sejak keluarnya movie Frozen ni, anak teruna aku bising nak tengok. Pantang keluar, sibuk nak tengok Frozen. Siap merayu - rayu lagi. Akupun dah tak larat nak tepis. Macam-macam alasan aku bagi, anak nak tengok kartun, walid nak tengok citer hantu. Camno?

Jumaat lepas aku dengan rela hati booking tiket Frozen 3D, itupun disebabkan anak teruna aku terpaksa rela masuk Kem Solat pada rabu hingga khamis lepas. Kesian kat anak teruna, macam-macam aku janjikan dalam terpaksa dia masuk Kem. Jumaat malam, kami ke MBO tengok 3D. Anak teruna dah tak sabar menunggu sampai sanggup tidur awal sebab nak tengok movie.

Menarik juga jalan ceritanya, biasalah cerita kartunkan.. cuma aku pening sikit pasal 3D di MBO tak berapa elok macam kat GSC, memang real.
 Kristoff
Elsa and Anna
Sven

Tiada ulasan: