Memaparkan catatan dengan label jabatanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jabatanku. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 15

Finally..... Akhirnya...



Assalamualaikum w.b.t.......

Akhirnya..... akhirnya.. akhirnya... akhirnya.... dapat jugak aku bukak blog... seronok tak terkatalah.. byk post tertunggak disebabkan blog tak boleh dibuka. Asyik-asyik loading tak habis-habis. Sengal-sengal... 

Maaflah buat kawan-kawan semua.. blog aku dah lama bersawang.. nanti aku buat pembersihan ek.. satu-satu aku post kan.

Adios...

Jumaat, November 28

Kejadian Kenderaan Terbakar Di Tempat Letak Kereta Pejabat Aku


Assalamualaikum...

Kisah terjadi malam semalam ketika kami sedang mengadakan Majlis solat hajat berjemaah dan tahlil bersama kakitangan dan ketua jabatan. Aku ketika itu sedang keluar dari surau dalam jarak 1-2 kot kilometer dari tempat kejadian. Anak teruna dah mengantuk masa tu nak balik cepat. So, tengah nak habis tahlil, akupun keluar menuju ke kereta. Tiba-tiba aku dengar bunyi meletop. Ingatkan ada budak main mercun. Aku lihat dari jauh pula, ada asap keluar berkepul-kepul. Ingat orang buat BBQ ataupun orang bakar sampah belakang bangunan. Muehehehe... 

Sekali bila datang dekat then tanya orang rupanya ada kereta pengarah sedang terbakar. Tengok dekat-dekat marak pula apinya.
Mulanya aku tengok dari jauhje
Masani aku mula datang mendekat
Dan semakin dekat
Habis terbakar apipun tengah marak, Bomba pula sampai lewat. Kereta pengarah yang lain pula, parking selang 2 petak juga turut terkena tempias kebakaran
 Bomba baru sampai
 Masani orang dah ramai yang kerumun
 Pihak Bomba sedang memadamkan api, lama juga nak memadamkannya. Habis badan aku berbau asap huhuhu.. balik kena mandi lagi nih...
 Api dahpun terpadam, tapi asap masih pekat lagi. Huhuhu.. hidung aku juga turut berbau asap

Aku dan anak teruna dah tak larat nak tunggu, kami balik dululah.. lagipun anak teruna aku dah mengantuk yang amat sangat plus sakit perut lagi. Kamipun balik ke rumah dalam keadaan badan berbau asap getah.. huhuhu..
Inlah rupa kereta yang terkena tempias kesan dari kereta yang terbakar tadi. jenuh juga nak dibaiki ni.

Pagini, kecoh semua jabatan pasal kereta yang terbakar. Malam tadi pula kecoh dalam what app dan FB huhuhu....

Isnin, Ogos 25

Blues Monday #55

Assalamualaikum...

No Blues Monday for today, Jabatan aku sekarangnih tengah sebok nak menghias office disebabkan esok auditor dalaman 5S nak datang melawat. Markah Jabatan aku mendapat markah yang paling tercorot sekali. Malu seh... tapi yang aku pelik tu, bila tengok permarkahan... jadi geram pulak aku, iyerlah... benda yang memang sedia ada di katakan takde. benda yang dah kemas dia bagi markah paling tinggi 3 jer.. sakit pulak ati kita...

Masing-masing tengah bertungkus-lumus nak mencantikkan lagi office yang sedikit berterabur kini. Manakan tidak, S yang ke-5 tak di amalkan (Sentiasa Amal). Haa... Kan dah kelam kelibut bila auditor nak datang melawat. Fasi jabatan aku yang sengal... lantaklah kome labu...

Yang pastinya, tugas aku esok aku nak pergi Audit jabatan yang telah ditetapkan untuk aku. Sudah bersediakah mereka? jeng..jeng..jeng..

jom tengok aktiviti rakan-rakan pejabat aku menjayakan 5S