Isnin, Ogos 25

Blues Monday #55

Assalamualaikum...

No Blues Monday for today, Jabatan aku sekarangnih tengah sebok nak menghias office disebabkan esok auditor dalaman 5S nak datang melawat. Markah Jabatan aku mendapat markah yang paling tercorot sekali. Malu seh... tapi yang aku pelik tu, bila tengok permarkahan... jadi geram pulak aku, iyerlah... benda yang memang sedia ada di katakan takde. benda yang dah kemas dia bagi markah paling tinggi 3 jer.. sakit pulak ati kita...

Masing-masing tengah bertungkus-lumus nak mencantikkan lagi office yang sedikit berterabur kini. Manakan tidak, S yang ke-5 tak di amalkan (Sentiasa Amal). Haa... Kan dah kelam kelibut bila auditor nak datang melawat. Fasi jabatan aku yang sengal... lantaklah kome labu...

Yang pastinya, tugas aku esok aku nak pergi Audit jabatan yang telah ditetapkan untuk aku. Sudah bersediakah mereka? jeng..jeng..jeng..

jom tengok aktiviti rakan-rakan pejabat aku menjayakan 5S
















Tiada ulasan: