Rabu, Ogos 13

Accident Jatuh Motor

Assalamualaikum....

Segan sebenarnya aku nak update post kalini. Aku nak bagitahu ni.. Semalam petang aku mengalami kemalangan dengan motor aku. Bukan kemalangan apapun... Aku sebenarnya jatuh motor sendiri. Silap aku kot.. Aku lalu tempat berpasir. Biasanya aku tak jejakkan tayar motor akupun kat laluan tu, aku akan ketepi sikit dan lalu di tengah jalan... Mujurlah kereta belakang jauh, kalau tak mau aku arwah dah tak pun aku masuk hospital. Kalau aku kena masuk wad memang tak dapatlah aku nak post ceritanih... Hmmm...Benda nak jadikan... Aku cuai, dengan nak cepat ambil anak teruna aku lagi... Aku risau anak teruna aku tinggal seorang di sekolah... Hmm... Huhuhu... merasa jugak aku pengalaman jatuh motor nih... Luka di jari meleleh darah merata-rata, pipi aku bengkak sebab terhentak dengan helmet, mujurn span helmet tebal. Aku pergi klinik check, lalu aku dapat mc 2 hari.
Begkak di tempat lain mula timbul hari ni, bengkak di mata makin menjadi-jadi... Isy... Aku rasa macam tak cukup je mc 2 hari...alahai ...kena ambil MC lagi nih...

jom tengok gambar
Jari aku luka kena urat. darah meleleh-leleh.. huhuhu ngeri.. 
Tangan aku turut luka 
Pipi kanan aku yang mula bengkak 

20/8/2014

Bila aku kenangkan balik, macam kelakar pelik pulak. Mujur kereta belakang jauh pakcik pulak tu, aku boleh terbayangkan aku kena gilis lagi.. elok jatuh, akupun bangun. Rasa kat muka sakit, tapi nampak darah pada baju dan tudung. Aku bangun tengok motor terbalik dan minyak tumpah. Pakcik di belakang aku angkat motor dan dibantu 2-3 orang lagi. Aku risaukan anak aku yang keseorangan di sekolah. Dalam pada masa yang sama, aku meraba muka yang sakit sebab nak cari punca darah yang keluar tanpa sedar sebenarnya jari aku yang luka teruk. Yang perasan jari aku berdarah, pakcik van yang tolong aku. dia cari entah apa daun untuk di tekapkan dengan luka. Aku redhajer tak ingat apa-apa dah. Sambil itu boleh intai cermin tengok muka lagi hehehehe.. Mujur juga aku letak segala beg dalam tempat simpan barang kat belakang. Ada bro nih kutip keronsang aku. Sempat lagi tu aku belek keronsang aku pecah ke tak ke, ada bengkok ke.. hehehe keronsang mahal tu... Sengalkan.. boleh sempat membelek lagi tu..
Tapi aku peliklah, macam mana boleh jatuh. padahal tempat tu aku lalu setiap hari dengan motor aku tu. Suami aku tanya, nak naik motor lagi tak? Aku jawab "Tak trill lah naik motor kalau tak jatuh" hehehehe. susah nak serik selagi bos aku yang sekarang nih tak pindah-pindah. Aku takkan pilih motor dan mengambil lesen motor kalau bos aku jenis yang boleh berlebih kurang dengan anak buahnya... Benda dah terjadikan... Ingatan untuk aku, baca doa naik kenderaan walaupun kerjanya duk turun naik motor dan kereta tu sebab tertinggal barang.

Tiada ulasan: