Bulan Ogos, adalah merupakan bulan jatuh untuk aku. Kenapa aku cakap macamtu? Sebabnya..
Yang Pertama, mulanya aku jatuh hati dengan Handphone OPPO Find 7. Pertama kali aku tengok dan pegang, aku mula jatuh hati dan berazam untuk menyimpan duit dan membelinya.
Tapi, bila aku jumpa pakcik aku yang jual Handphone kat Manjung, Perak. Aku jatuh cinta pula dengan Samsung Note 3. Lalu aku berazam untuk menambah duit untuk membeli Samsung Note 3.
Yang Kedua pula, Macam cerita minggu lepas, aku jatuh motor. Habis Lebam muka dengan badan aku. Muka aku pulak, dah macam pakai botox tapi tulang pipi terjengkot senget sebelah. muehehehe.... Tak laratlah aku nak menanggung sakit. Tangan sakit, Muka sakit.. lutut aku turut sakit dan lebam-lebam, pantang terlanggar sikit aku dah mengaduh macam aku jatuh lagi. Satu hal lagi, jenuh pulak aku pakai makeup dan letak faundation tebal 2 inci nak lindungkan kesan lebam bawah mata dengan alis mata aku yang gojes sangat nih.. (Sangatlah..) Sampai harini badan aku masih lenguh-lenguh sebab tak pergi urut lagi.
Yang Ketiga pulak, hihihihi... semalam aku jatuh lagi..hihihi (malu..) aku jatuh masa nak keluar dari pajero. Entah macammana entah aku boleh jatuh, yang aku ingat, tumit kasut aku sangkut kat tempat letak kaki luar pajero tu, lepas tu aku tak pegang tempat pemegang sebaliknya aku pegang buku dengan handphone. dua-dua kaki aku dah keluar, tapi dua-dua kaki aku tak sempat nak berpijak pada tanah dan kebetulan, aku dah layangkan badan untuk turun ke tanah. Dalam pada masa aku rasa tumit kasut sangkut serta takut aku terjatuh menghempap devider, akupun jatuh dengan jayanya sebelah kanan sekali lagi bersama-sama jeritan yang keluar dari mulut aku aku berbaring betul-betul sebelah pajero sedap betul batu-batu aku berbaring. Huhuhuhu... aku dapat sakit lagi.. dengan gaya penuh control menahan sakit, aku bangun dan menyalahkan tumit kasut yang tersangkut, kesian tumit kasut aku. Kalau boleh bercakap tu, mau penuh makianje pada aku, diri sendiri yang cuai, nak menyalahkan tumit kasut.. hehehehe.. lutut aku calar sikit.
Dah tiga kali aku jatuh nih.. belum habis bulan Lapan, adakah aku akan jatuh lagi? Moga aku tak akan jatuh lagi hendaknya, tapi kalau dah di takdirkan aku jatuh lagi, aku redha je lah nak buat macammanakan... ok lah.. sampai di sini sahaja kesah jatuh aku.. huhuhuhu..Ades....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan