Memaparkan catatan dengan label Kisah kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah kursus. Papar semua catatan

Sabtu, November 2

Kursus Solekan Dan Terapi Kecantikan Di Giat Mara

Assalamualaikum...


Sebulan yang sudah, aku ada mengikuti kursus solekan dan terapi kecantikan 1Malaysia, secara percuma di Giat Mara Shah Alam. Asyik cerita backlog sesaja aku nih kan? hmm nasibla, kot kome ada selera nak membaca entrini baca lah, mika tak paksa hehehe.. Kelas yang perlu di hadiri sebanyak 4 kali dan 5 Modul yang akan dipelajari. Kelasnya hari sabtu dan ahadjer, so 2 kali sabtu dan ahadlah aku kena spend masa di sana. Seronok jugak, belajar benda baru. Walaupun muka aku jarang-jarang aku solek, tapi apa salahnya nanti kalau ada orang nak mintak khidmat aku untuk menyolek bolehjer aku tawarkan hehehe...

Bermula dengan Hari sabtu minggu pertama, kami belajar mengenai solekan untuk majlis siang dan Malam
Model yang mengofferkan diri untuk disolek oleh cikgu terlatih


 Mangsa solekan aku auntie Paru, sebelum dan selepas.


Hari ahadnya pula, kami belajar solekan fotografi


My indian ladybird


 aku pulak jadi mangsa contengan auntie


Sabtu minggu kedua pula, aku belajar solekan pengantin
Pengantin aku dan aku yang turut di solek

Hari ahadnya pula, aku belajar buat solekan pentas. Tak sanggup pula rasanya muka aku di conteng lagi,


Model cikgu solek kami.
Yang ini pula, mangsa solekan kami. 

Ngeri pulak aku tengok, nak kata macam pontianak pun ada, macam mangsa eksidenpun ada eeii.. tak sanggup pula aku nak tengok lama-lama. Serius aku tak pandangpun gambar ni masa aku taip ayat nih..Nak muntahpun ada nih.. Kawan sebelah aku cakap macam zombi.. 

Oh yea, ini pula hasil solekan aku selepas habis belajar kursus.
sebelum solekan dan selepas solekan, cantik tak? macam cantik jer, macam cantikjer, macam cantik jer. hehehe...

Oklah sampai di sini dahulu entri aku. Wassalam.. semoge hari esok adalah hari yang penuh keberkatan buat ku dan buat anda semua.. Amin

Rabu, Oktober 30

Kursus Audit 5S 2013

Assalamualaikum...

Lama aku tak update pasal kursuskan. Mana tidaknya lama aku takde kursus untuk aku lengkapkan 7 hari setahun. Ini semua gara-gara angkara 2nd B aku kat office tu, habis dia reject kursus-kursus yang aku nak pergi. Sakit hati dengan dia punya pasal, akupun reject semua kursus yang dia tawar kat aku. Kehkehkeh.. padan muka aku hehehe...

Jadinya inilah kursus terakhir aku untuk tahun 2013 dan juga merupakan kursus aku yang terakhir yang boleh dibuat di luar kerana selepasni kami dah tak dapat kursus kat luar dan bermalam dah... maklumlah.. dah kena sekat dek orang atas kayangan, tak dapatlah kami nak melepaskan ketegangan semasa berada kat pejabat dah... Hehehe... 

Kursus kalini di buat di Hatten Hotel. Hotel baru tau, baru 2 tahun dibina, betul-betul depan Dataran Pahlawan. Seberang jalanjer dah nampak Dataran Pahlawan. Korang mesti tau kat manakan.. haa.. mana lagi di Melaka Bandaraya Bersejarahlah. OKlah Jomlah Kita  layan gambar...

Masa sampai, ternganga sekejap mulut aku..., nasib baik takde lalat hinggap hehehe.. Nampak mewahkan...
Sampai dalam hotel, kami terus ke dewan.. dapat dewan besar tapi orangnya takdelah ramai mana
Urusetia memberi penerangan dan penceramah kami memperkenalkan diri
Penceramah kami, En. Lidzuan dan kami yang kusyuk mendengar... 
Entah apalah yang kelakar tu yer.. sampai kamipun tersenyum simpul..tapi...sejuk giler dalamnih.. dah pakai kainpun sejuk juga, rasa macam nak pakai selimutjer.. 
Apa sahajalah yang ditangkap oleh photographer.. belakang pun jadi...
Kusyuk giler kami mendengar ceramah, tambah lagi kakak-kakak kesayangan aku yang bertudung purple dengan merah hitam tu.. tangan kat bibir tu....betul-betul kusyuk.... ahaks...
Dapat masuk bilik akhirnya.. pergh.. memang best.. tv sampai dua siap ruang tamu lagi...
Petangnya, selepas kuliah petang, kami jalan-jalan di Dataran Pahlawan. Nak kesana kami hanya perlu melalui ruang jejantas yang telah dibina khas antara hotel dan bangunan shopping kompleks. Malamnya kami buat rancangan nak tengok wayang selepas habis kuliah malam, nak release tensionlah katakan....
Lepas kami beli tiket wayang, kamipun jalan-jalan cuci mata sambil ditemani oleh 2 orang hero (Heroke?) sebagai peneman nampak pula ada wayang 6D, apa lagi kamipun terjahlah masuk. Yang ada citer hantu, kami hantam sajalah.. janji ada not bad jugak wayangnyer.. terjerit-jerit jugaklah kami dalam tu...
Kedai cenderahati

Dah puas berjalan dalam shopping Compleks, kami jalan-jalan pulak kat dataran pahlawan. Gambar kat atasnih tempat aku beli cenderahati untuk diri aku sendiri hehehe... kat depan kedaini lah, kami dibelanja aiskrim oleh ketua kumpulan QE kami. Sempat lagi kami membeli-belah baju seragam kami untuk esok.
Bergambar sekejap sebelum naik bilik dan bersiap untukmakan malam dan kuliah malam
Macam Dalam Potret gitu kan...

Malamnya kuliah kami habis awal atas permintaan kami hehehe... berasap gaklah telinga kami kena perli dengan En. Lidzuan. Nasiblah janji lepas awal. Malam tu, kami tengok Lone Ranger. Tercatat dalam diari hidup aku tau, Hari Ini Dalam sejarah aku tengok wayang dengan kawan-kawan yang dah jadi mak dan bapak budak hahahaha...

Dalam Panggung 

Keesokan harinya merupakan hari kedua dan hari terakhir kami di Hatten Hotel. Kami berpakaian seragam ala Boria gitu hihihihi... menarik perhatian rakan kelas kami, dan dengan bangganya semua rakan team QE sangat sporting mengenakan baju yang kami borong semalam.
Kakak kami yang paling senior yang paling happening, paling gila-gila dan paling sporting.
Possing sesaja kami
Macam-macam gaya
dan kerenah
tanpa rasa segan, janji kami happy
Bergambar dengan En. Lidzuan
Gaya bebas please..
Possing maut tu... ahaks..
Pose dekat kolam mandipun jadi...

Bergambar dengan mangsa yang menjadi juru kamera kami.
Bergambar beramai-ramai sebelum balik. Patut ramai lagi ni, tapi masing-masing dah cabut nak makan.

Selesai sudah kursus kami di Hatten selama 2 hari di sana, entahlah sampai ke tidak objektif yang nak disampaikan. Kebanyakan auditor adalah lantikan baru, tau ke tidak mereka nak nilai macam mana entahlah hantam keromo ajelah... yang penting, team QE happy sangat-sangat semasa di sana..
Kafe tempat kami makan pagi, tengah hari dan makan malam.

Sampai di sini sahaja kisah kursus aku. Tak tahulah tahun depan aku boleh post entry pasal kursus lagi ke tak. Yelah kalau dah buat secara dalaman apa yang seronoknya lagi iye tak? Oklah.. sampai di sini sahajalah.. nanti aku update entry lagi ek... Adios...salam sejahtera...

Jumaat, Jun 14

BRAINSTORMING QE

Assalamualaikum..

Genap 4 hari kami berkampung di e-Library. Walaupun tak letih membuat kerja, tapi otak letih bekerja.. huhuhu.. nasib baik tak balik lambat jer.. kalau balik lambat masak aku macamni. Tapi tak taulah hari ni macam manakan. Kami target nak siap kan hari ni jugak sebab dah kena hantar report yang dah siap dibukukan. Kira hari ni last daylah untuk kami siapkan segala laporan yang ada. Pengsan aku. Semalam dah balik lambat. Harini kena finalisekan lagi. Bila laporan dah siap, nak siapkan presentation pulak.. adeh..

Tengoklah keadaan meja yang cukup berseph nih.. semua sumber nak di rujuk.

Update gambar semasa Brainstorming
Masing-masing tengah sibuk dan sedang bertungkus lumus membuat laporan mengikut tugasan masing-masing. Kecoh mulut minta itu dan ini. Library tak serupa library
Kusyuk Giler buat kerja..
Dah siap, masa untuk di nilai pula.. adeh pening.. sempatke dengan dateline nih..
Masa untuk menangkap gambar pula. Yang nih mak dara sibuk nak bergambar dulu ahaks...
Team QE kami.. Sweet sangatkan... (Uweks...) hahaha..
Gambar Cover Laporan kami... 

Selasa, Disember 4

Kursus #4 Pemantapan Keselamatan ICT

Assalamualaikum...

7 Nov yang lepas, aku dicalonkan untuk menghadiri Kursus Pemantapan Keselamatan ICT. Ha tulah saper suruh ko jaga sistem office ha.. kan dah kena pergi kursus. 

Macam bestjer.. aku dengar ceramah oleh peceramah pertama mengenai keselamatan ICT dan pengalaman beliau dalam menangani hacker-hacker dan pengalaman beliau membaiki website yang telah di hacker tak lama dulu dan kebanyakannya mengenai keselamatan ICT pada komputer dan telefon bimbit yang canggih manggihnih.

Aku juga baru tau, kebanyakan hacker adalah tergolong dari remaja bawah umur, dan jangan tak percaya, di malaysianipun ada hacker tau. Tahun lepasje, komputer kat pejabat aku kena hack. Disebabkan guard opis aku tengah giler main judi. Disebabkan selalu menang, tuan punya kedai judi tak puas hati, lalu dia suruh orang hack komputer yang di gunakan tu. 

Aku juga diingatkan. Jika nak membuka akaun on line, adalah di nasihatkan supaya jangan buka di open wifi takut ada miscelleous yang diletak wall bank yang kita tak nampak dan tak tau, bila kita key in password, hackers boleh detect password kita tu. Lepas tu bayangkanlah apa jadi pada akaun kita.


Oh yea satu lagi yang aku ingat, kita di nasihatkan supaya kita meletakkan password yang kita sendiri tak tau nombor atau hurufnya. Maknanya, kita hanya perlu mengingat corak yang kita taip tu sahaja. Contohnya korang suka bentuk segitiga, korang taiplah dalam bentuk segitiga dan diselangi dengan tekan shift di setiap bucu. Tapi korang kenalah hafal korang mula dari mana, Kalau tak sampai kesudahlah korang takkan dapat bukak akaun or apeje yang korang nak bukak tu.

Penceramah dari Jabatan Perdana Menteri.
Ceramah oleh Consultant
Majlis penutup dan penyampaian sijil.

 Sampai sini sahaja kursus aku. Sempatlah aku keluar ambil anak, solat dan balik semula ke hotelni. Psanan penaja dari aku, think twice before you download anything to your phone and computer.









Sabtu, Jun 16

Kursus #3

Asaslamualaikum...

      Masih dalam post tertunggak, almaklumlah disebabkan kekangan dalam melaksanakan tugas harian, membuatkan aku x sempat nak update blog dengan cerita-cerita terkini.
      Sebelum aku bercuti panjang semasa cuti sekolah yang lalu, aku di arahkan utk menggantikan pen. pengarah aku untuk menggantikan dia yang akan bercuti di dalam kursus Pembangunan Pelan Strategik ICT. tapi masa seharijer, esok dia pulak yg pergi ke kursus tu. Mujurlah kursus ini di hadiri juga oleh Pn. Ana, jadi tidaklah aku kebosanan waktu tgh hari. Tambahan lagi, group aku adalah group teknikal maka amatlah sekepala semuanya dan menghiburkan.

Oklah kita layan gambar sepanjang kursus berlansung

Sampai bukan main awal lagi. start kursus hampir jam 9 gitu.
Suasana semasa kursus
Group Pembangunan