Selasa, Ogos 28

Segmen #8 : Hanif Idrus Segmen Menerjah


Aku agak pening dengan ayat tuan segmen nih, ayatnya "Tak perlu buat apa-apa entri...tulislah apa-apa yang patut..hahahaha." Kalau dah keluar post bukan maksudnya dah keluar entrike? hehehehe... tatabahasa tak betulnih, kalau bos aku bacanih, maunye dia betulkan ayat dan buat ayat ala-ala amik periksa UPSR. ahaks.. ahaks.. ahaks..


jom join beramai-ramai dan terjah serta follow kawan-kawan baru, u follow, i follow...

ummibalqis-suhana

 Sebelum aku terlupa, tarikh tutup segmen nih pada 30 SEPTEMBER 2012

 


Isnin, Ogos 27

SEGMEN #7: MOOD RAYA BELUM HABIS LAGI!

Kena pulak tajuk segmen ni dengan mood aku hari nih, tapi aku ni 2 dalam 1 mood raya plus mood cuti.. ahaks.. tgk kat blog SINI untuk tau lebih lanjut detail segmen ek.

Sambung balik, Manakan tidaknyer... dari hari jumaat sampailah semalam minggu lepas tau bukan jumaat lepas yer.., aku masih bercuti dan hanya beraya di kampung suamiku dan abahku di Perak. Hari ni jer, aku baru menjejakkan kaki aku kat opis aku ni. Dalam erti kata lain, duit raya anak aku belum cukup dikumpulkan lagi nih... ahaks..

Menambahkan lagi mood rayanih, bila office akunih belum buat jamuan lagi, Khamisni pula, ada majlis sambutan hari raya secara besar-besaran oleh Majikan tempat kerja akuni. Belum lagi buat tradisi baraan sekitar kawasan taman perumahan aku, rumah kawan-kawan aku dan rumah kawan-kawan Hubby aku lagi...

Hmm.. pendek kata selagi tak habis bulan Syawal, selagi tulah tak habis suasana raya nih, padahal sebenarnya raya hanya pada 1 syawal jer.. hahaha...

Sebenarnya gambarnih di ambil pada tahun lepas, tahunnih tak sempat nak ambil gambar langsung. tak sempat nak possingpun. dan gambar ni gak di ambil dek anak teruna aku tgklah jari dia kat tepi tu...


Jadilahyer.. janji gambar raya ahaks.. ok adios...

Selamat Kembali Bertugas...

Assalamualaikum...

Selamat kembali bertugas, terutamanya kepada diri aku sendiri (Ahaks.. ahaks..) dan aku ucapkan kepada rakan-rakan blogger dan rakan-rakan ku yang bekerja. Kepada yang belajar tu selamat kembali menyambung pelajaran anda.. Semoga hari ini, merupakan hari yang ceria buat anda semua. Di harapkan anda semua dapat menjalani hari ini dengan penuh semangat dan efektif di dalam menjalankan kerja-kerja harian.

Jangan jadi macam aku tau, hari ni aku agak lemau dalam menjalankan tugasan harian aku dalam erti kata lain, malas.

 Tengok si comelnih... sedapnyer dapat tido..



Buat pengetahuan koranglah satu kerjapun aku tak start lagi tau  (wahahaha... pengakuan jujur). Anda semua jangan ikut tau, tak elok untuk kesihatan anda. Almaklumlah... seminggu aku bercuti raya pada minggu lepas, lepas sudah tension aku dengan kerja-kerja di pejabat, lupa seketika masalah di pejabat. Bila nak mula bekerja, segala sendi dan tulang temulang dah jadi lemah untuk memulakan sesuatu pekerjaan. Tu yang dah jadi lemau tu...

 alo..lo..lo.. ngantuk sangat nih..

Hmm.. Kemungkinan aku akan kembali cergas bermula esok, dan esok juga aku akan bertungkus-lumus menyudahkan kerja-kerja yang tak sempat aku sudahkan sebelum bercuti raya hari tu. Insyallah... tapi kalau dah spoil mood pagi-pagi esok, silap-silap lemau dan malas tu datang kembali.. muaahahahahaha......  chow.. Adios..



Selasa, Ogos 21

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...,

             Pejam celik, pejam celik, tup-tup dahpun berlalunya bulan Ramadhankan? masa berlalu terlalu pantas, sebulan berpuasa macam baru jer mula berpuasa. Bagi mereka yang leka dengan nikmat dunia, takkan dapat merasa waktu yang berlalu itu begitu pantas berjalan. Tetapi bagi mereka yang beriman dan bertaqwa, akan memanfaatkan setiap detik, masa dan waktu yang berjalan.
              Sebulan penuh kita berpuasa di bulan Ramadhan (penuhke puasa aku? ahaks..), Tiba pula tika dan waktu datangnya bulan Syawal di mana, Syawal ini di sambut dengan meriahnya di seluruh dunia.
Di kesempatan ini, rasanya tak terlewat lagi ni, Aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ummat islam yang menyambut Aidilfitri terutama buat rakan-rakan blogger yang masih baru ku kenali. Sepuluh jari disusun, andai ada terkasar bahasa, andai ada yang terguris hati, andai diri ini tersilap perlakuan,  mohon ampun dan maaf dipinta. Segala persengketaan dan perselisihan dapat dilupakan agar persahabatan antara kita dapat dikekalkan buat selamanya.
               Buat yang pulang beraya ke kampung, berhati-hatilah di dalam perjalanan agar selamat pergi dan pulang ke rumah. Buat mereka yang telah tiada, kita ziarahlah ke pusara dan sedekahkan dengan bacaan ummul kitab. Manakala yang masih hidup, marilah kita saling ziarah-menziarahi sesama kita.
             Di akhir kata, Selamat hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin....

Khamis, Ogos 16

Yea.. Yea.. Yea.. Dapat Kad Raya..

Assalamualaikum..

Seronok sangat aku harinih, dekat seminggu aku tak buka blog. Bila buka jer.. dapat komen dari Linda Zehan, dia bagitau ada posto untuk aku. Bila buka link dia kat SINI, rupa-rupanya aku dapat kad raya dari dia. Ahaks.. tak sia-sia aku join segmen dia.

Terima kasih banyak-banyak kerana sudi bagi kad raya. Andai berkesempatan akan ku balas suatu hari nanti. ahaks...

Ahad, Ogos 12

Mee Udang

Assalamualaikum...

Juadah Iftar harini, apa aku nak masak harini yek? Selak-selak resepi dalam buku resepi lama aku, terjumpa resepi mee udang. Jenguk pula dapur, semua ada, kecuali mee. Aler.... macammana nih? yang ada cuma bihun. Pikir punya pikir, tak dapat mee bihun pun bulehlah... mula kerja-kerja memasak aku.

Jom Tengok Resepinya..

Bihun / Mee Udang

bahan-bahannya:-


Bahan-bahan: ( 3-4 org )
  • 1/kg mee kuning/ bihun
  • 300 gm udang saiz L 
  • 4 sudu besar lada boh / lada giling
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1  sudu besar  udang kering 
  • *1/2 inci halia
  • 1 sudu besar petis (yang ni aku tak pakai, aku ada alergik)
  • 3  sudu besar sos tomato
  • 1  sudu besar sos cili 
  • keledek / kentang yang telah direbus dan di lenyek (optional- untuk pekatkan kuah)
  • gula dan garam
  • taugeh dan sawi
  • daun bawang dan bawang goreng
bahan-bahan yang aku tambah :
  • kiub ayam
  • brokolli
  • bebola udang, sotong, ketam dan ikan
  • tauhu goreng
  • telur rebus
Cara-cara
  1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang dan asingkan.. Air rebusan jangan buang....
  2. Asingkan kepala udang dan kisar bersama sedikit air rebusan dan tapis
  3. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis bahan kisar.... hingga betul garing dan naik bau....
  4. Masukkan air rebusan udang bersama udang yang dikisar tadi, biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili dan petis... Renehkan kuah
  5. Masukkan garam dan gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
  6. Letak keledek/kentang yang telah dilenyek untuk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sebab ada letak sos... so depend ikut citarasa sendirilah eh...
  7. Celur mee/bihun, taugeh dan sawi.... Masukkan udang yang telah direbus tadi... tuang kuah dan taburlah dengan daun bawang dan bawang goreng.....
Wallah... memang sedap.


Sabtu, Ogos 11

Alpukat Es @ Jus Avocado Blended

Sebenarnya nih post yang tertunggak dekat dua minggu jugaklah tertunggaknya... hehehe.. tak mampu aku nak update hari-hari time puasa nih.

Masa aku ke Bandung dulu, aku adalah minum satu minumannih, memang masyuk jugaklah minumannya.. sangat sedap. Di Bandung ianya dipanggil jus Alpukat es. Kalau di Malaysia nih di panggil Jus Avocado Blended (part blended tu aku yang tambah).. 

Teringin nak minum lagi punya pasal, aku pun servey resepi kat uncle google. Jumpa jugaklah kat resepi.com. Pesan dengan Hubby beli avocado di pasar malam, petang tu juga aku try buat dan hasilnya sgt marveleslah... sedap....
Jom kita tengok resepinya..

Jus Avocado Blended/ Alpukat Es

2 biji Avocado
2 mug/500 ml susu segar
2 sudu susu pekat
2 sudu gula 
Sedikit ais batu
Coklat Hershey (betulke ejanya? hentamjelah)

Cara-cara membuatnya:-

1. Keluarkan isi avocado dari kulit dan bijinya, dan dimasukkan terus ke dalam pengisar. 
2. Masukkan juga susu segar, susu pekat dan gula
3. Setelah bahan-bahan di atas hancu dan sebati, masukkan pula ais batu dan mula kisar sekali lagi sehingga ais hancur macam ala-ala ice blended gitu.
4. Sediakan gelas (lutsinar - kalau hendak nampak lagi sedap dan menarik diminum) dan coklat hershey, hiaskan gelas dengan coklat ikut kreativiti sendiri.
5. Tuang ice avocado blended tadi ke dalam gelas sehingga penuh. nak lagi sedap dan menarik, tuangkan lagi coklat ke dalam ice blended tadi di atasnya.
6. Sedia untuk diminum.

Yumm.. memang marvelas... masa aku buat boleh  dapat 2 gelas besar dan 1 gelas kecil. cukup puas hati....

Korang cubalah..


*Teringin nak buat Jus Sirsak pulak, sekali buat trus teringin lagi cuma agak susah nak cari buah tu sekarang. tak semua tempat ada.

Jumaat, Ogos 10

Kena Cirit-Birit

Assalamualaikum...,

Berhabuk sudah blog aku nih, lama tak update blog. Payah betul sekarangni aku nak update blog. semuanya bercampur-campur... sibuk ada, malas ada, tak sempatpun ada. Berhabuk dan berdebunya blog aku ni macam berdebunya Pelabuhan Klang tika ini... ahaks

Sebenarnya sekarang nih aku sedang dilanda cirit-birit. Sakitnya perut aku dari start bangun sahur sampailah waktu berbuka sekarang ni. Entahlah aku makan apa masa berbuka semalam. Hubby akupun diserang sakit perut tapi dia bermula dari tengah malam semalam lagi.
Semalam aku masak mee bandung, takkanla sebab aku masak kot. Tapi, semalam Hubby aku adalah beli makanan kat bazar Ramadhan. Hubby aku beli kambing golek, roti boom dan apa lagi ntah.. Alih-alih, pagi nih aku di serang cirit-birit. Berkali-kali aku masuk toilet, sampai tak senang aku nak buat kerja harini.

Adeh... tak laratnya nak merasa sakit perut yang berpanjangannih.. dahlah tengah puasa, nak kena ke tandas lagi. naik kering badan aku dibuatnya hilang air dalam badan. Lembik badan akuni..

Namun, dalam pada sakit perut, aku tetap jugak masak untuk berbuka tadi. Tak lalu nak menghadapi sakit perut sebab makan makanan tak eloknih.. adeh.. serik aku makan makanan bazar Ramadhannih tau.



*masih sakit lagi walaupun dah berbuka.. huhuhuhu....

Selasa, Ogos 7

Segmen #6: Blogwalking sambil beramal

Assalamualaikum..

Diam tak diam, dah  18 Ramadhan kita tempuh. Cepat sungguh masa berlalu. dan untuk bulan ramadhan ni sahaja, ini segmen ke enam dah teman join.


pada sahabat-sahabat blogger, jom join segmen nih sambil beramal. Klik kat SINI ek

Tahunni, seperti biasa dan setiap tahun, teman akan balik ke Beruas, Perak untuk beraya. Ater.. teman dah tiada kampung dah nak balik sejak Arwah opah kembali ke rahmatullah dan ini tahun ke tiga kalau tak silap temanler.. teman tak menjenguk ke rumah Arwah opah tu.

Isnin, Ogos 6

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum....


               Wah berkarat sudah blog aku nih.. almaklumlah dekat seminggu aku tak update blog sebab sibuk + malas sama. Ahaks... Hutang Entri pun tak terbuat lagi.. 


                Di sini, teman nak mengucapkan Selamat menyambut Hari Nuzul al-Quran buat mika-mika yang berada di negeri-negeri yang menyambut Nuzul al-Quran dimana hari peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. Bagi yang islam mesti tau sejarah mengenai Nuzul Al-Qur'an ni kan?

                
                Sambutan Nuzul Al-Qur'an ini adalah untuk memperingati Peristiwa Nuzul Al-Quran yang merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
                 Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. yang bermaksud:- 
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan sekalian (makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (surah al-alaq:1-5)
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran juga adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran turut dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Dengan membaca al-Quran juga dapat memberikan ketenangan kepada si pembaca. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Maka, Fahamilah dan hayatilah maksud serta tafsir ayat-ayat al-Quran itu sendiri, Insyallah kita akan mendapat manfaatnya dan dapat menikmati zat-zat dari ayat al-Quran itu sendiri.
Wallahualam....



Rabu, Ogos 1

Jerebu Makin Buruk




Assalamualaikum....

Korang tengok berita tak malam semalam, pasal jerebu yang makin teruk di negara kita ni? Berita melaporkan bahawa Tahap IPU (Indeks Pencemaran Udara) di beberapa tempat di malaysia meningkat sehingga ke tahap tidak sihat. Tempat yang paling dekat dengan aku adalah Pelabuhan Klang dimana semalam sahaja tahap IPU di catatkan sebanyak 105. Namun, bila aku baca berita harian pagini, Jerebu dicatatkan sebanyak 147 berbanding 130 pagini. Patutlah semalam tengah hari, masa aku nak keluar jerebu nampak agak teruk dan jarak pandangan aku terhad.
Dilaporkan juga, jarak pandangan yang boleh dilihat semalam pula setakat 500m sahaja dan menyukarkan perjalanan ferry nak ke pulau ketam. Jarak pandangan akan jadi lebih teruk bila malam menjelma kerana kerja-kerja untuk menurunkan barang dan penumpang menjadi lambat.

http://www.met.gov.my/satellite_images/20120801105002sumatera_hotspot_latest.jpg
 Titik-titik panas yang terdapat di Sumatera

Berita juga turut melaporkan yang imej satelit oleh Pusat Kepakaran Meteorologi ASEAN menunjukkan peningkatan jumlah titik panas di Sumatera, Indonesia sejak Selasa dan imej jerebu yang bergerak dari Riau, Sumatera Tengah menuju ke pantai barat Semenanjung Malaysia. Ini disebabkan oleh kebakaran hutan secara besar-besaran di Sumatera, Indonesia. Keadaan ini dijangka akan berterusan sehingga September disebabkan negara kita kini sedang mengalami Monsun Barat Daya, elok pulak kena masa bulan puasa.
 http://www.met.gov.my/images/satellite/malaysia24hour.jpg
Jangkaan Taburan Hujan di Malaysia

Keadaan ini juga melanda ke beberapa buah negara terutama negara-negara jiran kita iaitu di Singapura dan Thailand. Negara China juga turut mengalami keadaan berjerebu ini.
Arahan pengharaman mengenai pembakaran terbuka yang telah dikeluarkan pada bulan Jun yang lalu oleh Jabatan Alam Sekitar masih dikekalkan sehingga kini.


Nasihat oleh Jabatan Alam Sekitar kepada orang ramai akan fenomena yang berlaku,


1. Minum banyak air
2. Kerap membasuh muka dan bahagian yang terdedah kepada jerebu
3. Kurangkan aktiviti luar rumah
4. Pakai Topeng pelindung yang boleh menghalang daripada jerebu memasuki saluran penafasan
5. Dapatkan nasihat dan rawatan perubatan dari pusat kesihatan sekiranya terdapat masalah kesihatan yang berlarutan.

Dugaan buat kita tahunni. Pada aku kalau setakat cuaca panas tak apelah lagi, badan kita boleh mungkin boleh bertahan dengan kepanasan tersebut. Tapi kalau di campurkan sekali dengan jerebu, badan kita mungkin tak dapat bertahan dengan suasana yang berjerebu tersebut. Macam aku yang memang alergik dengan asap dan habuk, semestinya aku akan mengalami sakit tekak dan batuk-batuk serta hidung yang sentiasa berair dan berhingus sebab tak selesa dengan jerebu.
Ambillah langkah-langkah penjagaan seperti yang disarankan dan elakkan aktiviti pembakaran terbuka. Bagi Sesiapa yang di luar sana suka sangat membakar2 sampah dan dan membakar mercunni henti-hentikan je perbuatan anda itu. Kerana itu akan memudaratkan kesihatan orang ramai yang menghidup asap yang dibebaskan itu.
Sampai di sini sahaja celoteh aku hari ni, andai terkasar bahasa dan tersilap kata harap di ampuni dan di maafkan. Nanti aku nak cerita pasal Juadah Iftar aku semalam. Gambar tak sempat nak upload dan edit lagi..


Sharing Is Caring, Caring is Loving, Loving is forgiving