Hujan pulak petang ni. Lapar pulak perutnih... Apa nak masak untuk malam ni yek. Menjelang Senja, Hubby call bagitau nak ajak keluar. Akupun ambil kesempatan bayar duit loan kereta sekali. Lepas bayar loan, kami ke Sikin untuk makan malam. Kalinih, Hubby memilih ikan Jenahak masak stim. aku pilih kerabu mangga, tomyam udang dan kailan ikan masin macam biasa. Semua makan berasakan masakan laut. Tak elok makan makanan yang bercampur darat dgn laut nih, makruh dan ada fakta saintifik mengatakan andai kita campurkan antara darat dengan laut, daging merah iaitu makanan yang berasal dari darat tak dapat mencernakan zat zink yang terdapat dalam daging putih iaitu yang berasal dari laut. Kalau tak silap akulah.. nanti di entri lain aku carik info tu ek.
Sambung balik pasal citer pasal makan. Jenahak stim yang di masak agak lewat sampai pada kami. Aku mulakan dulu dgn meratah kerabu dan anak teruna mula makan udang yang ada dalam tomyam. Sekali sampaije Ikan tu, ha... tu dia sikit punyer besar tak habis makan... penuh perut.

Kerabu Mangga pedas berapi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan