Khamis, Julai 5

Iktibar Buat Diri

Assalamulaikum...

Selamat pagi buat semua ummat Islam yang ada di serata pelusuk dunia. Selamat berpuasa sunat di bulan sya'ban buat diri aku sendiri dan buat ummat Islam yang turut berpuasa hari ini.

Di pagi 16 Sya'ban yang mulia ini, terjadi suatu peristiwa yang menyayatkan hati aku. Dalam perjalanan aku nak menghantar anak teruna ke sekolah tadikanya, terdapat kemalangan ngeri langgar lari yang melibatkan seorang penunggang motorsikal. Masa aku lalu, penunggang tersebut dah terbaring atas jalan raya dalam keadaan yang gak parah. Tak sanggup rasanya aku nak melihat mangsa tersebut lama. Yang aku nampak mata mangsa terpejam rapat. Kalu tak silap dari pandangan aku, mangsa telah terseret beberapa meter selepas di langgar. Kaki, tangan dan badan mangsa nampak teruk. Aku tak taulah berlanggar dengan apa. sebab kawasan tu dah dibersihkan. Motor mangsa pun telah dialihkan. Terkejut aku melihat keadaan mangsa. Masih terbayang kat mata aku keadaan mangsa kemalangan tersebut. Beristigfar panjang aku setelah melewati kawasan kemalangan tu. Masih terasa laginih badan aku yang menggigil sebab terasa seram bila terkenangkan suami, abah dan adik ku yang membawa motor ke tempat kerja.

Iktibar buat diri sendiri supaya berhati-hati ketika memandu, jangan diikutkan rasa hati yang marah kerana bila kita marah, kita hilang pertimbangan diri tak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Waspadalah dengan keadaan sekitar sekeliling kita agar dapat kita berjaga-jaga dan dapat kita mengelakkan dari berlakunya kemalangan.

Nanti aku cari berita andai ada disiarkan kemalangan tu ye.








* masih bersedih dan masih berdebar lagi.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam ziarah..
tima kaseh sudi singgah ke blog sy...
jln2 ke blog awak plak.. salam persahabatan dr saya..

**mmg ngeri n trauma bila tgk kemalangan.. hrp2 kita di jauhkan dr segala musibah.. InsyaAllah.. Amin..

Firdausy CiLiKku berkata...

Selamat datang...
tima kaseh juga sebab sudi ke mari..

** Amin... moga dijauhkan