Khamis, Julai 19

Aiskrim Vanila dan Coklat

Asslamualaikum,

Sekarangnih, aku tengah buat projek aiskrim nih. Tengok kawan sekolah aku buat aiskrim ciptaan sendiri, teringin pulak aku nak buat sendiri gak..
So pencarian resepi pun bermula, byk gak resepi yang aku jumpa pada blogger2 yang sudi mengongsi resepi mereka, terima kasih bebanyak.. Ada yang agak rumit cara buatannya dan memerlukan bahan yang banyak dan pada aku yang malas nak cari bahan dan malas nak ke pasaraya besar, memanglah payah sikit. Dan ada jugaklah yang senangjer bahan2 dan cara membuatnya. Untuk resepi yang rumit sikit tu korang bolehklik kat SINI dan jugak kat SINI serta kat SINI. untuk resepi yang mudah dan senang di sediakan, korang boleh tengok resepi yang aku nak bagi. Boleh jugak kalau korang nak rujuk lebih banyak resepi boleh klik kat SINI, SINI& kat SINI. Terpulanglah pada korang nak guna yang mana satu.

jom kita tengok resepinya...


Bahan-bahan untuk Ice-Cream
2 1/2 cawan serbuk coffemate
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil essen vanilla
3 sudu besar gul,a aku guna gula kasto
Cara membuatnya
1. Satukan semua bahan kemudian pukul dengan wisk hingga kembang, berbuih dan ringan.
2. Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam petisejuk.
3. Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer sekali lagi hingga lembut.
4. Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
5. Bila telah beku boleh lah di hidangkan


ok kita layan gambar pulak k.
bahan-bahan yang mudah di dapati di kedai.
korang nak tau yg mana satu wisk tu, tu yang dibulat merah tu
dalam proses mengisar semua bahan
taraa.... inilah rupa aiskrim yang aku buat...







p/s Aiskrim yang dibuat ni cepat cair, so keluarje dari fridge, terus makan dan jangan tunggu dah.

Tiada ulasan: