Ketinggalan rupanya akunih.. punye lah lama aku tak bukak FB aku. Rupa-rupanya salah seorang kawan sekolah aku telahpun meninggal dunia pada 15 Jun yang lepas. Al-Fatihah aku sedekahkan buat Arwah Shahrizan Hamid. Beliau mula admit di hospital disebabkan bisul besar di belakang kepala Arwah. Sebab-sebab kematian masih tidak diketahui lagi. Dekat hampir sebulan, baru aku tau yang Arwah dah kembali ke rahmatullah... Aku dapat tau pun dari bff aku izat, bila dia letak kat wall aku pasal pemergian Arwah. Sedihnya aku rasa kehilangan Arwah.
Hilang sudah pengusik tegar aku. Dalam banyak-banyak kawan lelaki, dialah yang paling kuat usik aku dan kacau aku dalam kelas, walaupun dah sehabis garang aku buat kat dia, namun dia tetap mengusik aku tanpa takut langsung. Sampaikan dah dewasa inipun, walaupun dalam FB Arwah masih begitu.
Rindunya aku pada arwah... patutlah lama Arwah tak join mengusik aku masa Irman mengusik aku dulu. Selalunya, kalau aku mengusik salah sorang dari mereka mesti mereka join sama mengusik aku sampai aku rasa nak nangis pun ada. Rindunya aku kat Arwah....
Inilah manusia, masa ada tak mahu menghargai seadanya, masa dah tiada barulah terasa kehilangan. Tak sempat aku nak mintak maaf kat Arwah sebab ada jugak sesekali mengutuk dalam hati sebab tak tahan kena usik. Terkilan jugak sebab langsung tak sempat jumpa langsung lepas habis sekolah.
Iktibar buat diri sendiri, walau sesihat manapun kita, andai telah di takdirkan ajal menjemput kita, sesaatpun tak akan dilengahkan. Aku juga terpikir adakah cukup amalan aku selamanih? yang manakah timbangan aku yang paling berat? yang baikkah, yang burukkah? akan ke manakah aku nanti? ke syurga atau sebaliknya? YA ALLAH YA RABBI.. kerdilnya diri ini ketika ini ku rasakan. tak sanggup rasanya nak menghadapi hari di hisab nanti, kerana amalanku, agamaku dan jihad ku belum mencukupi
Tuhanku aku tak layak masuk syurga mu
namun tak upaya menghadapi api nerakamu
Takziah dari aku buat keluarga arwah. Aku doakan semoga arwah tenang di alam barzakh... Al-fatihah
*cuba untuk upload video pasal arwah namun tak dapat aku uploadkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan