Assalamualaikum...
Banyak rupanya kelebihan Bulan Sya'banni. Dah 15 hari aku terleka dan terlupa akan nikmatnya bulan Sya'ban. Iktibar untuk tahun ni akan aku cuba untuk berpuasa sekerap mungkin sehingga menjelang Ramadhan dan azam aku untuk tahun depan adalah menjalankan ibadah puasa sunat pada bulan Sya'ban sebulan penuh (andai diizinkan Nya)
Selamat menyambut bulan Sya'ban...
* panjang nukilan dan copy paste'an aku hari hin ahaks....
Sedar tak sedar rupanya kita dah pun mencecah pertengahan bulan Sya'ban. Aku sendiripun tak sedar rupa-rupanya dah 15 Sya'ban harini. Sepatutnya aku berpuasa hari ini sempena nifsu sya'ban. Agaknya sebab aku sekarang di serang batuk, lalu alasan itu di jadikan untuk tidak menunaikan puasa sunat yang sering aku lakukan setiap isnin dan khamis. Haii.. di buatnya pulak, nasik tambah lagi, aku barujer minggu lepas di isytiharkan bercuti (ABC), lagilah rasa malas tu melanda diri yang teramat-amat sangat.
Tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan pula. Apakah persediaan kita Aku sebelum datangnya bulan Ramadhan nih? Dari sumber google yang aku baca, banyak kelebihannya bulan Sya'ban nih.
Bulan Sya'ban ni juga merupakan bulan yang digemari oleh Rasulullah SAW. dimana, menurut hadith yang diriwayatkan Imam al-Bukhari RA melalui Aisyah RAH:
Bermaksud:“
Maka tidaklah aku melihat baginda SAW berpuasa selama sebulan melainkan
pada bulan Ramadhan, dan tidaklah aku melihat baginda SAW
memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban. ” (Riwayat al –Bukhari)
Apabila ditanya tentang sebab baginda terlalu banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Lalu baginda menjawab,
"Ini adalah bulan yg manusia leka terhadapnya di antara
bulan Rejab dan Syaaban. Ia ialah bulan yg diangkat amalan kepada Tuhan
sekalian alam. Maka aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang
berpuasa."
Pada
bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang sangat dinanti-nantikan
oleh umat Islam iaitu malam nisfu syaaban. Ini adalah kerana pada malam
tersebut Allah SWT telah memberikan kelebihan kepada hamba-hambanya dan
memberi keampunan kepada mereka kecuali yang syirik kepada-Nya. Sabda
Rasulullah SAW menerusi hadithnya yang diriwayatkan oleh Ibn Majah RA
daripada Abu Hurairah RA :
Bermaksud: “Allah
SWT melihat kepada makhluk-makhlukNya pada malam nisfu syaaban lalu
mengampuni makhluk-makhlukNya kecuali orang yang musyrik dan orang yang
bermusuhan.”(Riwayat Ibn Majah) - sumber diperolehi dari protal rasmi masjid negara JAKIM
Dari apa yang aku baca, kita juga di galakkan untuk melakukan pelbagai
ibadah sempena bulan Sya'ban, salah satu ibadah yang menarik minat aku, adalah Melakukan ibadah puasa sunat dan qiyamullail,
Inilah ibadah yang paling diutamakan oleh Rasulullah SAW pada bulan
yang mulia ini. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah puasa sunat pada
15 terakhir bulan Syaaban. Ambillah peluang ini untuk membiasakan diri
kita dengan ibadah puasa supaya ianya tidak menjadi keberatan apabila
tibanya bulan Ramadhan. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar
kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal
seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya
jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasullullah
SAW apabila ditanya apakah bulan selepas Ramadhan yang terafdhal berpuasa”. Nabi SAW menjawab bermaksud,“Bulan
Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadhan”. Nabi SAW ditanya lagi,
“Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi SAW menjawab, “Sedekah dibulan
Ramadhan.”(Riwayat at-Tirmizi) - sumber diperolehi dari protal rasmi masjid negara JAKIM
Melakukan Solat tahajjud dan solat sunat taubat (qiyamullail)
amatlah ditekankan terutama pada malam Nisfu Syaaban. Inilah masa yang
sesuai untuk diperbanyakkan berdoa memohon supaya diberi keampunan dan
kerahmatan dari Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila
tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan
berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia
ketika matahari terbenam dan berfirman,“Adakah disana orang yang memohon
keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon
rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang di beri
ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana adakah
di sana? sehingga terbit fajar.”(Riwayat ibn Majah) - sumber diperolehi dari protal rasmi masjid negara JAKIM
Selain dari Puasa sunat dan qiamullail, kita juga digalakkan agar memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. kita juga di galakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban,
diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan
Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti
pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan
puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah kealpannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban,
kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka
di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”. - sumber diperolehi dari http://hikmah.org.my
Selamat menyambut bulan Sya'ban...
* panjang nukilan dan copy paste'an aku hari hin ahaks....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan