Rabu, Julai 25

Juadah Iftar Atas Permintaan Hero Cilik.

Assalamualaikum....

Malam semalam, Tak sempat aku nak update entri untuk juadah iftar. Tahap kemengantukan yang melampau  dah melanda aku, setelah menunaikan solat terawikh semalam. Giler2 punyer mengantuk, sampaikan nak jalan pun tak larat.
Juadah iftar semalam takdelah special sangatpun, biasa2je. Makanan kegemaran dia yang selalu aku masak untuk bawak bekal ke sekolah. Disebabkan Anak terunani dapat berpuasa sehari penuh semalam, aku bagi pilihan untuk dia memilih apa yang perlu aku masak harinih.
Permintaan si ciliktu, nak makan spagetti goreng, nasi sardin dengan air sepelot (air float rutbeer, yang nih aku yang cadangkan) pergh... banyak tu.. spagetti lagi, nasi lagi. Betul2 lapar nih. Tapi akhirnya aku decide nak goreng spagettije nasi sardin nanti sahurlah ye sayang. mujur juga dia stuju kalu tak jenuh nak masak.
oklah kita layan gambar yang sempat aku snap masa nak berbuka (maaflah tak cantik dan tak kemas, aku snap apa yang adaje).

Kentang Wedges yang sempat lagi di goreng
Spagetti Goreng permintaan anak terunaku
Betul-betul laparnih, tak pandang kiri kanan dah...

Alhamdulillah harini masih dapat anak teruna sorang ni berpuasa penuh lagi. mujur juga dia nak makan kurma bagi tambah tenaga dia walaupun nasi sardin yang dia makan sikitje... harap-harap dapatlah dia berpuasa lagi sampai habis Ramadhan... Insyallah andai di izinkan-Nya.



*terpikir, makin keringlah... anak terunani nanti.

Tiada ulasan: