Isnin, Julai 9

Oo.. Baru Aku Tau...

Pahamlah aku skrangnih...

Ahaks.. mesti ada yang pelik tetiba..je.. aku ni kan?
Bukannya apa, sebelumni, aku ada search pasal bulan sya'ban dan terbaca dalam blog-blog yang aku kunjungi, mengenai kita di haramkan berpuasa selepas 15hb Sya'ban melainkan bagi mereka yang ingin mengqada' dan bernazar puasa. Betulke? macam tak logikjer dari pemikiran aku ceteknih.

So, bertanyalah aku kepada K. Ana. Pagini, aku dimaklumkan semula oleh K. Ana selepas dapat penerangan oleh suaminya. "Sebelum tarikh 14 & 15 Sya'ban bagi mereka yang telah biasa berpuasa sunat, contohnya berpuasa setiap isnin dan khamis (macam aku yang rasa nak kawal makan dari terus tembun), boleh kalau nak stop kejap, lepastu nak sambung balik amalan puasa sunat tu. Tetapi, Selepas tarikh 14-15 hb Sya'ban, haruslah berpuasa begitu secara berterusan tanpa henti. Andai terhenti barang sehari, adalah diharamkan untuk menyambungnya sehinggalah tibanya Ramadhan. Hal ini dikecualikan bagi mereka yang telah berniat untuk menunaikan puasa nazar dan puasa qada'. Untuk yang saje-saje gatal nak pose macam aku nih, di haramkan untuk berpuasa sehinggalah datang bulan Ramadan. 
hrmm.. patutlah Rasulullah suka sangat dengan bulan Sya'bannih dan baginda juga suka berpuasa dalam bulanni melebihi bulan-bulan yang lain. Menyesal pulak aku tak berpuasa secara berterusan. Boleh pulak aku stop puasa harini. ahaks...


* Ades.... kalau tak boleh aku dapat keberkatan bulan Sya'ban nih... huhuhu...

Tiada ulasan: