Isnin, Mei 12

Blues Monday #50






Assalamualaikum..

Pagi yang moody buat Peng Arah jabatan aku... Bosan sebab aku benci dengar orang membebel kat telinga aku dan bercakap benda yang tak berfaedah.

Sabtu lepas sepatutnya hari gotong-royong buat jabatan aku. Tapi cuma beberapa kerat aje yang datang office dan balik awal. So, bila tuan Peng Arah datang tengok pejabat kosong, dan beberpa kerat sahaja yang datang, dia dah mula meroyan sorang-sorang di office. So, bila di bawa ke Isnin, dah jadi barah pada Dia. Kami yang datang turut kena tempias dan kena buat kerja macam masa yang Dia datang. Hmmm bosan dengan pejabat aku dah sekarang nih...

Semalam, aku datang kelas memandu B2 dan aku ter accident dengan tak sengaja dengan devider. Motor tak ada apa-apa, tapi kaki aku bengkak sebab kena pedal motor dan bergesel dengan devider.. Hai..lah nasib.. dah pencot aku sekejap. Bengkak teruk jugaklah betis aku nih..

Jumaat depan aku ada ujian JPJ untuk B2.. so.. wish me luck...

Tiada ulasan: