Khamis, Oktober 4

Aidilfitri at Bukit Merah Laketown Resort #1

Assalamualaikum,

Membayar Hutang Entri #1

Orang lain dah berkurun buat entri post pasal raya, aku baru nak bercerita pasal raya. (alamak, aku rasa macam seganlak nak keluarkan entrini) heh heh heh Apela nasib... Hutang tetap kena lunas jugak.. tapi aku bukan nak citer pasal raya sangat. ni lebih kepada aku bercuti sakan dengan family aku kira macam family daylah kiranya.
Tahunni kalau ikut giliran merupakan tahun aku beraya di kampung hubbyku, kemudian raya kedua, kami akan balik ke PJ. Datanglah pulak Idea ngelat dari Hubby & mencadangkan supaya ma dengan abah menetap di homestay kawan tempat kerjanya, sebab taknak balik PJ awal. Bolehlah nanti dia berlama-lama kat kampung dia. Dahla dua tahun sebelumni, aku tak dapat beraya langsung dengan Ma & Abah aku. Kalau dia nak buat lagi macam dua tahun lepas, siaplah aku buat perangai habis-habisan ahaks... Giliranni mula bertukar sejak pemergiannya arwah opah aku ke rahmatullah. Kalau tidak, aku akan beraya di batu gajah dengan Ma & Abah dulu & then baru balik ke Bruas. Mujurlah Ma dengan Abah setuju dan adik-beradikku yang lain mengikut juga. So kami pun menetap sakan di Apartment Laketown Resort selama 5 hari 4 malam. 
Sehari sebelum Aidilfitri, aku ke Bukit Merah Laketown Resort untuk mengiringi Ma & Abah ke apartment yang kami bakal duduk nanti.
 Inilah Apartment yang akan kami habiskan masa masa raya
Banyak ghupenyer apartment yang dibuat homestay kat sini, tapi harga semalam aku tak taulah.

Selepas sembahyang raya, kami anak beranak bertolak ke Utara untuk beraya bersama keluarga aku. Tempat pertama aku tuju adalah kampung Abah kat Sungai Bharu, Selinsing. Sampai-sampaijer, dengan muka yang mulanya ceria, berubah habis dan dengan muka yang terpinga-pinga. manakan tidaknya, tak sempat aku nak salam raya dengan abah, pakcik & makcik, aku dah  kena kutuk dengan pakcik chet aku. Boleh pulak dia tanya pasal apa aku dah makin 'gemuk' (dalam hati puas aku menyumpah pakcik aku tu. takde insuran betul mulut dia tu) malu giler aku, dahlah tu dia tegur pulak depan orang kampung yang datang beraya kat situ. Tobat aku nak datang sana dah. Tempat kedua yang aku tuju adalah ke rumah Tok Teh dengan Tok Wan. (Aku cuma ada tok sedaraje.. atuk & nenek aku dah takde keduanya.) Berjumpa pula dengan sepupu Abah yang kami agak rapat dari kecil. Masing-masing melepaskan rindu yang dah lama terpendam, almaklumlah lama tak jumpa. Last berjumpapun masa adik aku yang ketiga masih kecil lagi masa tu.. fuiyoo lama tu.. mau dekat belas tahun gak. Manakan tidak, adikku yang paling kecilpun sekarangnih dah 17 tahun.
 Nilah rupa Tok Teh aku. nampakke korang gambor gelaplah
 Xder keghoje menangkap gambaq
Dari Changkat Jering, kami tak kemana terus balik ke apartment. Biasalah kalau keluar dengan Abah tak pernah nak merayau banyak tempat, pergi satu dua tempat, terus balik rumah. Takpelah sempatlah kejap aku berehat. 
Bergaya kejap Ma, Merahnya.. mak ngah eh silap mak yang
Tak habis-habis duk ngendeng Cik yangjer...

Malamnya, kami ke the store taiping untuk membeli seluar pendek untuk Cik Yang. Aku pulak, sempat membeli handbag untuk aku sendiri heh heh heh...

Aku ingatkan nak sambung entri untuk hari ke-dua beraya tapi sebab gambaq banyak sangat, so aku entri aku akan bersambung nanti ek

Tiada ulasan: