Khamis, Oktober 18

Pasang Tinted Kereta KuningKu pula

Pagi sabtu yang lepas, aku bawa kereta kuning ku ke bengkel yang biasa aku pergi untuk pasang aksesori kereta hitam aku dulu. (susulan dari entri kat sini). Masa aku pergi kat kedai tu, ada satu kereta yang sedang di touch-up tapi kereta tu memang dah nak siappun. Yang nak ditinted cuma Kereta kuning kecik aku jer. Tinted setiap cermin, pasang speaker dan radio baruje tapi aku kena tunggu kereta tu siap sahajapun dekat 6 jam, siap ada selingan tinted kereta lain sampai 2 kereta, sambil pasang kain dashboard yang girly-girly dan satu kereta tukar nombor plate. Naik kematu bontot dengan kaki aku dahla setitis airpun tak dihidangkan. Habih kering badan aku sebab kurang air plus lapar pulak tu. Kedai makan pulak kedai makan cinajer. Ater dah kawasan tu memang dimonopoli oleh kaum cina, mana nak jumpa restoran melayu memang payahlah. Huhuhu seksa giler... kalau aku tau, aku suruh laki aku bawak motor, pastu kami pergi jenjalan dekat giantke, juscoke mana ke.. tobat-tobat..
Kereta dah siap ditinted, signal kereta sedang di ganti pula
Pekerja yang ada cuma 4 orang. Orang yang datang bersilih-ganti memang laku jugaklah kedaini. Servisnya ok gaklah, plus hargapun berpatutan yelah aku tinted plus radio n speaker, plus stearing dan batang besi stearing eh betulke ejaannyanih hmmph.. taramjelah, lampu signal dan socket, aku cuma perlu bayar RM 830. Bolehlah, Tapi kalau diikutkan aku target dalam RM 600 tapi boleh lari budget aku lah pulak.. Jenuh aku nak kejornih. Hubby hanya nak support RM 100++ jer. Lepasnih nak baiki aircond pulak. Keta lamakan.. lepas satu, satu kena diperbetulkan. Yelah, keretani agak lama jugaklah tersadai depan rumah aku. Nak jual sayang, nak maintain duit melayang.. huhuhu... kering poket mak....




Update terkini: Tengah hari tadi problem dengan breklah pulak. pagi tadi elokjer tapi tengah harini, tiap kali aku pijak brek, bergegar bunyiknye macam tayar aku berlanggar dengan apajer.. So aku balik rumah tukar kereta terus. Baru elok Aircond dan berhabis dekat RM 800 nih brek plak.. grrrrr

Tiada ulasan: