Hutang Entri Post #3
Tarikh : Hari Raya Ke-3
Aktiviti harian kalini, aku putuskan kami akan bercuti dan berhiburmacam semalam tak puas berhibur di Waterpark dan tempat-tempat menarik dalam Bukit Merah laketownni. Kami pergi tanpa abah sebab kononnya dia nak menolong dalam erti kata lain tunjuk mukaje dalam persiapan majlis kenduri kawin sepupu aku. Bermula dengan aktiviti mandi manda lagi di dalam waterpark.
Selepas puas mandi, kami terus membeli tiket lagi untuk ke Pulau Orang UTan pula.
Tiket dah dibeli cuma menunggu masa untuk naik bot jer.
Bot dah sampai, kamipun apa lagi, pakai jaket keselamatan dulu.
Tak lamapun duduk dalam bot, cuma 15 minitje
Setelah diberi penerangan yang lengkap, kami di bawa melawat-lawat di dalam kawasan khas untuk mengenali dan melihat orang utan yang dibela di pulau ini.
Selesai melihat-lihat dan menjadi 'orang utan', kami disuruh ke jeti dan pusat pemyelidikan.
Kemudian kami disuruh masukke bilik tayangan.. dah la sejuk, tido best nih...
Balik dari Pulau Orang Utan, Kami ditinggalkan di kampung Air, berdekatan dengan Kampung Air, ada 2 lagi aktiviti iaitu skycycle dengan chairlift, tapi kami tak naik sebab kami dah letih sangat dan tak larat.
Setelah puas berjalan-jalan, kami pulang dalam kepenatan dan kekenyangan sampaikan Abah ajak kami ke majlis malam berinaipun, kami boleh buat dek jer... (time ni abah dah mula merajuk dengan kami)
Tarikh : Hari Raya Ke-4
Tiba masanya untuk kami berangkat pulang dan meninggalkan Bukit Merah. Niat di hati selepas makan kat kenduri kawin, kami nak singgah rumah Cik Ei di Taiping. Namun, disebabkan rajuk abah masih berpanjangan, Aku decide terus ke rumah Cik Ei tanpa ke kenduri kawintu. Sampai di rumah Cik Ei, aku yang dipujuk oleh Cik Ba'ah dan Cik Ei agar pergi juga tunjuk muka dan wakilkan Ma & Abah tu. Nak tak nak, dalam keadaan terpaksa aku pergi juga. Namun puas juga aku nak menjawab soalan pakcik dan makcik aku, ada yang aku jawab dan ada yang aku senyum tanpa jawapan. Selesai balik makan, kami bertolak ke Manjung pula untuk ke rumah Cik Cham. Di sana aku dapat tau Ma & Abah sempat ke sana untuk beraya, kata nak balik terus ke PJ, boleh pulak masuk Manjung. Hmmm..... pelik..... sahlah abah merajuk dengan akujer dan bukan dengan emak. Dan disebabkan ini jugalah yang buat aku lagi malas nak update entri raya aku tau. Sebab Abah buat spoil mood raya aku jadi tak best..dan terus tak best dan tambah tak best untuk hari berikutnya disebabkan oleh ipar-duaiku.
Tarikh : Hari Raya Ke-3
Aktiviti harian kalini, aku putuskan kami akan bercuti dan berhibur
Sebelum mandi, jom supendeq dulu.. |
Berenanglah sepuas hati |
Selepas puas mandi, kami terus membeli tiket lagi untuk ke Pulau Orang UTan pula.
Gelang/Tiket masuk ke water park & Pulau Org Utan |
Berehat dahulu sambil menunggu masa untuk bertolak ke pulau |
Ketika dalam bot |
Suasana Kampung Air dari dalam bot |
Dah sampai dan kami diberi penerangan mengenai penubuhan pulau orang utan ni. Yang berbaju hitam tu pegawai bertugas |
Orang Utan yang ada, ada nama angle, maikel dan ape lagi ntah |
Aku konpius sebenarnya, bila jalan-jalan kat sini, aku rasa macam kitorangnih yang jadi orang utannya |
Penerangan bergambar mengenai bagaimana pusat penyelidikan ini membesarkan baby orang utan |
Alololo.. naik buaian lagi |
comey tak? ahaks |
gayut jangan tak gayut |
Mana lagi comel, anak terunake anak orang utan? |
Peace yo..elok plak baby org utan tu buat aksi ehehehe |
Tengok Ma dah terlentok dah.. |
Bergambar berdua di Kampung Air dan suasana kampung Air |
Setelah puas berjalan-jalan, kami pulang dalam kepenatan dan kekenyangan sampaikan Abah ajak kami ke majlis malam berinaipun, kami boleh buat dek jer... (time ni abah dah mula merajuk dengan kami)
Tarikh : Hari Raya Ke-4
Tiba masanya untuk kami berangkat pulang dan meninggalkan Bukit Merah. Niat di hati selepas makan kat kenduri kawin, kami nak singgah rumah Cik Ei di Taiping. Namun, disebabkan rajuk abah masih berpanjangan, Aku decide terus ke rumah Cik Ei tanpa ke kenduri kawintu. Sampai di rumah Cik Ei, aku yang dipujuk oleh Cik Ba'ah dan Cik Ei agar pergi juga tunjuk muka dan wakilkan Ma & Abah tu. Nak tak nak, dalam keadaan terpaksa aku pergi juga. Namun puas juga aku nak menjawab soalan pakcik dan makcik aku, ada yang aku jawab dan ada yang aku senyum tanpa jawapan. Selesai balik makan, kami bertolak ke Manjung pula untuk ke rumah Cik Cham. Di sana aku dapat tau Ma & Abah sempat ke sana untuk beraya, kata nak balik terus ke PJ, boleh pulak masuk Manjung. Hmmm..... pelik..... sahlah abah merajuk dengan akujer dan bukan dengan emak. Dan disebabkan ini jugalah yang buat aku lagi malas nak update entri raya aku tau. Sebab Abah buat spoil mood raya aku jadi tak best..dan terus tak best dan tambah tak best untuk hari berikutnya disebabkan oleh ipar-duaiku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan