Tanggal 13 dan 20 Oktober telah berlalu dan genaplah umurnya buat abahku dan anak terunaku yang mana masing-masing menyambut angka 5, 55 buat abah manakala 5 buat anak terunaku.
Mulanya cadangku nak bawa family ke island bbq & steamboat di Sungai Buloh, namun bila kami call tanya rupanya perlu buat tempahan dulu. Mungkin disebabkan hari ahad agaknya, kenapalah dalam blog dia tak mention kan senang nak rancang awal-awal. Then abah rancang ke Red Wok, katanya kat situpun ada steamboat n bbq di bangi. akupun setuju tanpa melihat-lihat blognya dengan lebih teliti. Korang boleh tengok kat SINI
|
Bahagian hadapan Red Wok |
Sampai di Red wok, kami diberi pilihan untuk memilih samada ala carte ataupun steamboat. Kami memilih steamboat iaitu korean steamboat namanya.
|
Keadaan dalaman Red Wok - Bahagian untuk steamboat sahaja |
|
Sambil menunggu meja di set |
|
Dapur Steamboat telah di siapkan |
Sebelum Kek dibuka, ambil bahan mentah dahulu, banyak pilihan jugalah cuma daging tak dihidangkan.
|
Ma sedang memilih makanan mentah |
Niat mulanya, kami nak makan kek dahulu yelah sambut birthdaykan.. Kek telah ku beli awal-awal di kedai kek fruity sebelum ke petaling jaya. Namun apakan daya, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Setelah kami mengambil segala makan steamboat, sebaik sahaja aku sampai di meja kami, aku tengok abah dah makan dahulu sebelum semua orang sampai dimeja. Kecewanya hati aku Allah sahaja yang tahu. Namun, itulah abahku. dia akan makan tanpa mengira sesiapa or menunggu sesiapa. Dia lapar dia makanjer. Bila kenyang, dia akan bersandar dan beredar buat 'fogging' kat mana-mana. Yelah kami anak beranak cukup tak suka bau 'fogging' tu. Jadinya, Kek tu kami ketepikan tanpa membukanya.
|
Makan time |
Jangan termenung ma makanjer.. makcu dah standby tu
Antara aksi sewaktu makan
Halamak baru aku prasanlah... gambar atas n bawahni adalah possing sebelum makan
Pose jangan tak pose
|
Anak sapalah ni buruknya |
|
Licin sudah semuanya |
Bayar time, kat bawahni saja aku tangkap ada kat dinding belakang kaunter
|
Surau turut disediakan, siap model lagi.. ahaks |
Dah kenyang perut, kamipun bertolak balik kerumah, Dirumah kami teruskan raikan birthday boy n granpa
|
Taksabar dah nak tiup lilin dan nak dapat hadiah |
|
aksi suap menyuap, anak teruna malu-malu nak kena suap |
|
Wah senyum sampai ketelinga dapat hadiah |
Selesai sudah birthday celebration kami, semoga anak terunaku dan abah dikurniakan kesihatan yang baik, keimanan yang teguh, kecerdikan yang tinggi dan juga semoga dilimpahi dengan keberkatan yang melimpah ruahnya dengan sebaik-baik keberkatan oleh Allah s.w.t- Amin Yarabbal al amin. I love u 2 with all my heart.
Update terkini:- Hadiah yang dapat ntah ke mana ntah sebab dapat menda baru boboi boy angin..
nota:- Sorrylah ayat aku tunggang langgang, sebab hubby dah warning 'x nak balik kampungke?'
5 ulasan:
Aminn~ comel je dya..=)
sedap makan ramai-ramai mcm nie..=D
selamat hari jadi buat abah dan adik!! :) eh panggil abah lak. hihihi
selamat hari jadi buat abah dan adik!! :) eh panggil abah lak. hihihi
terima kasih sue n husna... hehehe.. sajer sronok nak bagi abah sronok. yelah dia duk rungut besday dia anak2 buat x retije.. walaupun x slalu buat gaklah...
After research a couple of of the weblog posts on your web site now, and I truly like your means of blogging. I bookmarked it to my bookmark web site list and shall be checking back soon. Pls take a look at my site as nicely and let me know what you think.
Catat Ulasan