Assalamualaikum....
Jumaat yang lepas, tergerak hati aku nak try masak nasi kerabu. Walaupun aku bukan anak Kelantan or ada kaitan dengan kelantan, tapi aku nak cuba jugak masak. Tambahan lagi bila pokok Telang hubby banyak berbunga hari tu, so semangat nak membuat nasi kerabupun mulalah berkobar-kobar nak membuat nasi kerabu, nasiblah ko pokok telang, sape suruh ko berbunga banyak-banyak kan dah togel pokok tu aku kerjakan. Lalu dengan semangat yang berkobar-kobar dan membara macam nak masuk sukan olimpikpoyojer.. ahaks akupun pesan dengan hubby agar membeli barang-barang eh silap bahan-bahan, untuk membuat nasi kerabu. Resepinya pula aku ikut dalam koleksi resepi yang aku kumpul masa aku menganggur dulu.
Jom Kita tengok resepinya:-
Bahan-bahan Kerisik/sambal:
Nasi Kerabu yang tak berapa biru dah menjadi, gambar sebelah pula kerisik yang telah siap di goreng
Jumaat yang lepas, tergerak hati aku nak try masak nasi kerabu. Walaupun aku bukan anak Kelantan or ada kaitan dengan kelantan, tapi aku nak cuba jugak masak. Tambahan lagi bila pokok Telang hubby banyak berbunga hari tu, so semangat nak membuat nasi kerabupun mulalah berkobar-kobar nak membuat nasi kerabu, nasiblah ko pokok telang, sape suruh ko berbunga banyak-banyak kan dah togel pokok tu aku kerjakan. Lalu dengan semangat yang berkobar-kobar dan membara macam nak masuk sukan olimpik
Nilah ghupa pokok dan bunga telang yang akan membuat nasi berwarna biru
warnanya telah aku buat sehari sebelum lagi.
warnanya telah aku buat sehari sebelum lagi.
Jom Kita tengok resepinya:-
Bahan-bahan Kerisik/sambal:
- 3 ekor ikan kembung (dibakar dan ambil isinya)
- 1/2 cawan Kerisik (aku pakai kelapa parut, then aku goreng hingga coklat)
- 4 biji bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1/2 inci halia (dihiris)
- 1 sudu teh lada hitam
- Garam dan gula secukupnya.
Cara membuatnya:
- Gaulkan isi ikan bersama kerisik, bawang merah dan putih serta halia
- Masukkan garam dan gula secukupnya. Kemudian kisar bahan tersebut hingga lumat
Bahan kuah:
- 4 biji bawang merah (dikisar)
- 4 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 inci halia (dikisar)
- 10 tangkai cili kering (dikisar)
- 1 inci belacan (yang ni aku tak pakai, pantang)
- 1 bantang serai (dititik)
- 2 cawan santan pekat
- garam dan gula secukupnya
cara membuatnya:
- Masakkan santan sehingga mendidih, masukkan bahan kisar, serai, garam dan gula secukupnya.
- Bila kuah pekat, perlahankan api dan sentiasa mengacaunya
- Setelah cukup pekat dan rasa, angkat untuk dihidangkan bersama nasi kerabu.
Bahan Untuk Ulam (dimayang kesemuanya)- aku guna segala jenis ulam untuk tambahan
- 1/2 biji timun
- 1 kelopak kubis
- 5 tangkai daun kesum
- 2 batang serai
- 2 kuntum bunga kantan
- 5 batang kacang panjang
- 5 tangkai cili padi
*Setelah semua bahan siap, hidangkan nasi bersama kuah, ulam dan sambal.
Nasi Kerabu yang tak berapa biru dah menjadi, gambar sebelah pula kerisik yang telah siap di goreng
Yang ini pula yang sempat aku masak pagi ahad lepas sambil dibantu oleh en. hubby
2 ulasan:
owh..mcm tu rupanya nak bg nasi kerabu wrna biru..igt guna pewarna je..:P
hahaha.. gitulah jdnyer.. tp warnenya tidaklah secantik pewarna.
Catat Ulasan