Khamis, Oktober 25

Laksam

Yang ni post yang tertunggak. Lama dah aku teringin nak buat laksam. Pada mulanya aku nak pinjam periuk kukus ma, tapi asyik terlupa sesaja nak ambil. Aku ada jumpa periuk kukus elektrik di Jusco, bila aku nyatakan pada en. hubby, dia boleh buat tak retijer.. cukup bulan hari tu, aku nekad beli periuk kukus tu juga. Survey punya survey, sudahnya aku beli periuk kukus yang manualjer, lebih murah dan lebih facilitate.

Maka, bermulalah projek membuat laksam aku. Dengan semangatnya aku merebus ikan dan menggaul tepung untuk dibuat laksam.


Menjadi yang tak berapa nak menjadi sudah laksam hasil dari air tanganku
Resepinya Laksam @ Laksang

Untuk laksam:-
  • 3 cawan teoung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan tepung
Cara-cara membuat laksam:-
  1. Gaulkan semua bahan-bahan
  2. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak- untuk megelakkan dari melekat 
  3. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. - sekejap je masak, dalam 1-2 minit.
  4. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung - supaya laksam kelihatan cantik dan licin.
  5. Sementara tu letakkan sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai tepung habis.
Untuk kuah:-
  • Ikan - direbus dengan asam keping dan dibuang tulang
  • Sedikit halia
  •  Sedikit bawang putih
  • Sedikit bawang merah
  • Sedikit lada hitam/serbuk lada hitam
  • Santan - saya guna 3/4 biji kelapa
  • Asam Keping
  • Sedikit garam
Cara-cara membuat Kuah:-
  1. Kisar bahan tumisan: halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam - asingkan
  2. Kisar isi ikan
  3. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar, masukkan isi ikan dan santan. Kacau selalu sehingga kuah menjadi pekat.
Ulam:-
  • Timun, kacang panjang, taugeh, daun kesum dan kobis - di mayang halus
Untuk sambal:-
  • Cili merah
  • Belacan
  • Garam
  • Limau
Cara-cara membuat sambal/cili:-
  1. Cili merah dan belacan di goreng kemudian ditumbuk- kalau tak goreng pun boleh
  2. Tambah sedikit garam. Jkia suka, boleh perah air limau.


*resepini aku dapat dari My Resepi.com ~ Yani

Tiada ulasan: