Luluh rasanya hati ini... bila aku dapat berita, salah seorang rakan universiti aku telah pulang ke Rahmatullah petang semalam. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas yang terakhir di Tanah Suci Mekah AlMukaramah. Arwah sedang melakukan ibadah Umrah ketika itu, dan dijangkakan akan pulang ke tanah air semalam. ALLAH lebih menyayangi Arwah dan memuliakannya dengan pemergiannya di Tanah Suci Mekah.
Aku tahu sebelumni Allahyarhamah pernah mengidap Breast Cancer dan telah membuat pembedahan serta telah pulih dari penyakit tersebut, namun penyakit lain pula yang datang. Dah setahun rupanya beliau menghidap Brain Tumor, Ketika di Mekah, Tumornya telah pecah dan memudaratkan lagi kesihatannya.
Arwah memang merupakan seorang yang baik kepada rakan-rakan dan juga seorang yang amat peramah dan pemurah, selalu belanja kami dan selalu memuliakan tetamu bila kami datang melepak di biliknya. Satu yang tak boleh lupa, Arwah juga rajin memasak dan pernah aku dijemput untuk makan tengah hari kenyangkan perut sebelum aku keluar blind date dengan lelaki yang kini menjadi Hubby aku.
Semoga Allahyarhamah Nor Azizah Nasir ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, semoga rohnya di cucuri rahmat. Amin..Al-Fatihah...
Takziah buat Suami dan keluarga Allahyarhamah semoga tabah dan kuat hendaknya. Dan aku juga turut berdoa agar anak-anak (3 Orang, 2 lelaki dan 1 perempuan) Arwah yang masih kecil ini dapat menjadi insan yang baik, mulia dan cerdik seperti Arwah. Amin..
Al Fatihah.....
1 ulasan:
al-fatihah..
Catat Ulasan