Assalamualaikum....
Lama pulak aku tak update entry.. awal tahunni memang agak sibuk memanjang sampai tak sempat nak update apapun..adeh... otak letih, badan letih.. aku perlu berehat nih.. hmm.. macam biasa hari jumaat aku akan sajikan dengan cerita-cerita tauladan dari zaman-zaman Rasulullah S.A.W. Jom kita baca.
Pendita Yahudi Menagih Hutang
Ketika awal permulaan hijrah dari Mekah ke Madinah, ramai yang terpengaruh dengan peribadi Rasulullah SAW. Ini kerana sifat lemah lembut, bertimbang rasa, ikhlas dan sabar bukan sahaja disukai oleh masyarakat Islam tetapi telah memikat golongan orang kafir. Oleh yang demikian tidaklah mustahil, orang kafir ini terutamanya orang Yahudi yang sifatnya keras dan bengis akhirnya menjadi lembut dan mengakui agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Akhir mereka memeluk islam.
Pada suatu hari seorang Badwi telah datang berjumpa Rasulullah SAW. Dia memberitahu, "Hai Muhammad, aku ingin memberitahu bahawa ramai kaumku sudah memeluk agamamu setelah yakin Allah akan memberi kekayaan kepada kami."
"Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati hidup kamu," jawab Rasulullah SAW.
Bagaimanapun setelah itu, datang musim kemarau. Banyak tumbuhan-tumbuhan termasuk pokok kurma tidak berbuah dan mereka tidak mendapatkan hasil tanaman. mereka hidup di dalam kesusahan dan kesempitan.
Oleh kerana hidup mereka terhimpint, akhirnya orang-orang Badwi telah datang semula berjumpa Rasulullah SAW untuk mengadu masalah yang mereka alami.
"Hai Muhammad, kami amat memerlukan bantuan. Jika kamu tidak mahu membantukami, kami akan kembali ke agama asal kami." ujar orang Badwi itu seolah-olah mahu mengugut.
Secara kebetulan seorang lelaki bernama Zaid bin Sana telah mendengar masalah yang dihadapi oleh orang Badwi itu segera berjumpa Rasulullah SAW memberitahu, "Hai Muhammad, aku bersedia membantu mereka sebanyak 80 takar emas dan kamu mesti membayarnya sebelum musim kurma akan datang.
"Kalau begitu engkau dahulukan bantuan untuk mereka. Aku berjanji akan membayar hutangmu sebelum musim kurma akan datang," jawab Rasulullah SAW bersetuju dengan cadangan itu.
Setelah beberapa lama menunggu dan musim akan datang lagi, Zaid bin Sana berasa tidak sedap hati kerana Rasulullah SAW belum menunaikan janjinya. Dia kemudian segera berjumpa Rasulullah SAW untuk menuntut hutangnya.
"Hai Muahammad, mana janji kamu untuk membayar hutang ku dahulu? Kamu berjanji mahu membayarnya tetapi sekarang musim kurma hampir datang tetapi hutang itu kamu tidak membayarnya!" Kata Zaid bin Sana dengan bahasa yang kasar dan kesat. Wajah Zaid yang muram seolah-olah menyesali sikap Rasulullah SAW yang tidak menunaikan janjinya. Bagaimanapun Rasulullah SAW tidak tersentuh dengan kata-kata Zaid yang kasar itu.
Ketika Zaid bin Sana menuntu hutangnya, Saidina Umar RA ada bersama Rasulullah SAW. Wajah Saidina Umar RA tiba-tiba sahaja berubah kerana lelaki itu seolah-olah tidak menghormati Rasulullah SAW. Saidina Umar RA yang marah dengan tindakan kasar Zaid bin Sana terus menghampiri Zaid dan mengherdik.
Hei kamu! Tidakkah kamu tahu dengan siapa kamu menuntut hutang? Kalau aku tidak menghormati orang di sebelah aku ini, sudah tentu akan aku pancung lehermu dengan pedang aku ini" Kata Saidina Umar sambil mengangkat pedangnya. Zaid hanya memerhatikan sahaja perbuatan Saidina Umar RA.
Saidina Umar RA memegang pedang sambil menunjukkan kepada Zaid bin Sana tetapi Rasulullah SAW berusaha mahu mententeramkan hati Saidina Umar R.A.
"Sabar Umar. Memang aku ada berhutang dengan lelaki ini. Bukan aku tidak mahu membayarnya tetap kerana aku banyak urusan sehingga aku terlupa. Lelaki ini hanya mahu mengingatkan aku,"
"Saya tidak boleh terima dengan cara lelaki ini menuntut hutang ya, Muhammad? Dia boleh meminta dengan baik dan bukan memaksa atau menengking!' Balas Saidina Umar RA.
Rasulullah SAW yang melihat Saidina Umar RA sedang marah terus memujuk dan berkata dengan lembutnya, "Umar, sepatutnya engkau yang menasihati aku supaya membayar hutang itu dan menasihati dia supaya meminta hutang dengan bahasa yang sopan bukan kasar seperti yang kamu lakukan."
"Beginiah Zaid, saya akan menjelaskan hutangku kepada kamu. Umar, oleh kerana kamu telah berkasar dengan lelaki ini, aku mahu kamu membayar 29 takar kurma kepada zaid," kata Rasulullah SAW kepada saidina Umar RA. Saidina Umar RA tidak membantah
Tidak lama selepas peristiwa itu, Zaid telah bertemu Saidina Umar RA memberitahu tentang kekagumannya terhadap peribadi Rasulullah SAW.
"Ya Umar. Aku sungguh kagum dengan peribadi Muhammad yang dapat menyelesaikan hutangku dengan sempurna," beritahu Zaid, seorang yang kaya dan berharta kepada Saidina Umar RA.
"Memang benar kata-katamu itu Zaid. Rasulullah memang memiliki sifat terpuji yang tidak ada pada orang lain walaupun berhadapan dengan orang yang tidak menyukainya," beritahu Saidina Umar RA.
Dalam pertemuan itu Zaid telah menceritakan siapakah dirinya yang sebenar. Katanya, "Hai Umar, aku sebenarnya seorang pendita Yahudi. Aku terpikat dengan peribadi Muhammad dan aku ingin memeluk agama Islam. Bawalah aku berjumpa dengannya."
"Kalau begitu kata kamu, marilah kita segera berjumpa Rasulullah sebelum dia pergi kemana-mana dan aku sedia menjadi saksi kamu memluk Islam. Marilah," Saidina Umar RA dan Zaidi segera beredar dari situ untuk berjumpa Rasulullah SAW.
Begitulah, seorang pendita Yahudi yang kaya raya dan bersifat kasar serta bengis akhirnya tunduk dengan sifat Rasulullah SAW yang berakhlak mulia.
Wassalam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan