Assalamualaikum w.b.t...
Entry kali ni, entry tertunggak. Entry bulan 12 punya. Aku rasa macam ada lagi entry aku yang tertunggak nih.. huhuhu.. nasiblah yer.. muehehehe...
Bulan 12 tahun lepas, aku dengan family aku pergi bercuti sekali lagi dan kali ini sekali lagi dengan Puan Ana 3 family. Kalini, kami rancang cuti dalam semenanjungjer. Kami rancang nak ke Melaka iaitu di Bayou Lagoon Resort.
Oklah jugak tempatnya, cuma untuk dewasa memang agak kebosanan sebab tempatni khas untuk anak-anak. Untuk seronok anak-anak apalah salahnya yer tak.
Di rumah Ma, ambil Ma dan Abah. Tengoklahni, baru gerak keretaje, dah bantai tidur dah.
Mulanya aku ajak Mem Ita dan Tok Din ikut sekali, pada mulanya mereka tak mahu ikut, alih-alih last minit cakap nak ikut pula, masak aku. Mana tidaknya, bilik aku hanya sewa satu bilik bukan bilik family. Nak beli kat kaunter hotel confirm mahal punye.
Sampai di kaunter, kami sampai dulu. Orang ramai, parkingpun penuh. Guard tak pandai nak jaga jalan sampai jem dalam resort tu. Nombor giliran tunggu hampir 100 nombor lagi. Kaunter pula buka dua jer..
Hampir jam 3 baru dapat masuk bilik. Selesai juga sewa bilik ma dan abah kena RM 400 kau... tapi aku ambil bilik milik ma dan abah hehehehe.. tertukar, bila masuk bilik tu, anak teruna aku tak nak pulak..
pemandangan dari atas, ramainya orang
ready untuk mandi wifie jap
tak sabar-sabar nak mandi
Hari pertama, aku tak bawa kamera sebab tumpu nak mandi sesaja. Tak mahu diganggu dengan aktiviti mengambil gambar.
Punye jauh berjalan berpusing mencari, akhirnya kami makan di asam pedas claypot
Makanan yang ada, anak Puan Ana yang rapat dengan anak teruna tengah main game, sementara anak teruna tidur di dada Hubby aku. Makanan asam pedas claypotnya pula, bolehlah.. tapi, malam tu aku kena serangan cik CB(cirit birit) huhuhu...plus kereta aku mengalami kemalangan juga malam tu..huhuhu sedih...
Huhuhu.. inlah rupa kereta aku yang telah dilanggar..
Suasana kolam di pagi hari
Hari kedua kami di sini, kali kedua masuk kolam aku tak mandi, sebaliknya aku ambil gambar sesaja. Anak teruna pula minta nak masuk dalam bola udara. Mulanya kami ingat masuk dalam bola udara tu free, tapi rupanya kena bayar RM 10 untuk 10 minit. urgh... cekik darah. Pagi ni hujan agak lebat, maklumlah musim hujankan...
Sebelum masuk ke kolam, anak teruna aku, aku postkan pada husband puan Ana. Manakala aku dan Hubby pergi tengok 9D Theatre, melayan diri sendiri sekejap.
Kena beratur panjang untuk masuk. Lama juga nak menunggu tapi tengok movie tak sampai 10 minitpun..
Agak menghampakan, kerusi dah banyak rosak. So tak boleh masuk ramai-ramai. Cerita seram tak berapa serampun.. biasajer... totally tak best
seronok sungguh mereka di dalam tu
Hubby aku jadi pengemudi, jaga anak-anak
Mereka diganggu oleh abang-abang
Penjaga baru tengah jaga belon.. muehehehe..
Jannah yang berlari dalam hujan, kolam punya pasal hujan pun hujanlah
Wifie berdua sementara tungguanak teruna selesai main dalam belon
Hubby dengan anak teruna aku tak melepaskan peluang main gelongsor
dah macam-macam gaya anak bertuah ni buat. Seronok sangat dia.
Masa untuk balik... kami duduk 2 hari 1 malam jer, saja nak lepaskan gian anak teruna mandi kolam plus untuk meraikan dia dapat no. 1 dalam periksa sekolah agamanya.
On the balik, jalan jammed pula dekat nilai...
Jauh jugalah jammednya tu. rupanya bukan jammed sebelah jalan aku tapi di lorong sbertengtangan. Ceh.. nilah orang malaysia, jalan seberang yang eksiden, jalan sebelah pulak yang jammed. Prihatin sungguh orang Malaysianih, prihatin nak tengok orang eksiden apa dengan apa, mati ke tak mati.
Jalan terus clear lepas dari insiden tu... kan betul.. prihatin sangatlah orang Malaysianih. Kalau awak tu yang jadi saksi tak apalah jugakan.. ini tidak, semata-mata nak tengokjer..PRIHATIN sangatkan..
On the way balik, kami singgah makan nasi beriani gam di Bangi. Tok Din belanja.
Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor
Selera sungguh anak teruna aku makan nasi beriani tu. Licin nasi beriani tu.. tapi memang sedappun.
Inilah hidangan nasi beriani kambing aku.
Selesai makan, kami terus balik. Selesai acara cuti tahunan untuk tahun lepas. Aku nak kena merancang percutian untuk tahun ni pulak. Hmm...mana nak pergi yer cuti sekolah tahun ni? any cadangan?