SEKELIP MATA SAMPAI KE MEKAH
Setelah beberapa lama Muhammad dan rombongan menjalankan perniagaan di negeri Syam, sudah samapai masanya untuk menjalankan perniagaan di Negeri Syam, sudah sampai masanya untuk mereka berangkat pulang ke Mekah. Tetapi sebelum pulang Muhammad, Abu Bakar dan Maisarah selaku ketua rombongan berkesempatan berjalan-jalan di pasar, kebetulan pula pada hari itu ialah hari perayaan kaum Yahudi yang di raikan secara besar-besaran.
Mereka bertiga kemudian memasuki satu tempat di mana upacara keagamaan sedang dilakukan. Tujuan mereka hanya untuk melihat sahaja. Sebaik sahaja Muhammad, Abu Bakar dan Maisarah memasuki tempat mereka beribadat, tiba-tiba lilin yang dipasang bergantungan di situ jatuh menyebabkan paderi itu ketakutan dan gementar.
Di dalam keadaan cemas dan kebingungan, salah seorang di antara orang Yahudi itu bertanya, "Alamat apakah ini?
"Ini memberikan isyarat bahawa ada orang asing hadir di majlis kita. Menurut kitab Taurat, isyarat ini muncul apabila seorang lelaki bernama Muhammad, Nabi akhir zaman datang pada hari perayaan kaum Yahudi. Saya rasa, lelaki itu pasti ada di majlis kita ini. Sekarang kita cari lelaki bernama Muhammad itu. Jika berjumpa, segera tangkap," perintah salah seorang paderi di majlis itu.
Abu Bakar, Muhammad dan Maisarah yang mendengar perbualan itu segera menarik tangan Muhammad untuk keluar dari majlis itu tanpa disedari oleh kaum Yahudi. Tanpa berlengah, Maisarah memerintahkan para kafilah supaya bersiap-siap untuk meninggalkan tempat itu dan bertolak ke Mekah.
Kebiasaanya semasa dalam perjalanan pulang, kira-kira tujuh hari sebelum sampai ke Mekah, Maisarah akan mengutuskan seseorang kepada Siti Khadijah RA untuk memberitahu kepulangan mereka dan melaporkan perkembangan perniagaan yang di jalankan.
Satu hari Maisarah berjumpa Muhammad, Hai Muhammad, adakah kamu bersedia jika aku utuskan engkau membawa berita ke mekah?"
Tanpa mempersolakan, Muhammad menyatakan persetujuannya. Apabila Muhammad menyatakan persetujuan, Maisarah menyediakan unta yang pantas berjalan supaya segera sampai ke Mekah.
Di samping itu, Maisarah sudah menyediakan sepucuk surat yang akan dibawa oleh Muhammad dan akan diserahkan kepada Siti Khadijah RA. Di antara lain surat itu menyatakan keuntungan perniagaan yang dilakukan dan pengalaman-pengalaman aneh yang dilalui sepanjang perjalanan pergi dan balik.
Pada hari yang ditetapkan, Muhammad pun bertolak dengan menaiki unta dan membawa utusan ke Mekah. Sebaik Muhammad bertolak, Allah telah mewahyukan kepada malaikat Jibril, "Hai Jibril, singkatkanlah perjalanan kaki unta Muhammad. Hai Israfil, jagalah Muhammad dari sebelah kanan! Hai Mikail, jagalah Muhammad dari sebelah kiri! Hai awan teduhilah di atas kepalanya."
Sepanjang perjalanan, Muhammad tiba-tiba berasa mengantuk dan terus tertidur begitu nyenyak sekali. Tidak lama kemudian Muhammad terjaga. Apabila terjaga, dia mendapati dia sudah berada di pintu masuk kota Mekah. Baginda bersyukur kepada Allah kerana telah menyingkatkan perjalanannya.
Tanpa berlengah, Muhammad mengarahkan untanya untuk menuju ke kediaman Siti Khadijah RA. Secara kebetulan pada masa itu Siti Khadijah RA sedang berehat-rehat sambil memandang ke luar jendela.
Dia ternampak unta yang dinaiki Muhammad dan sedang dilindungi awan sedang bergerak menuju ke rumahnya.
Siti Khadijah RA seolah-olah tidak percaya dengan apa yang di lihatnya. Sebelum ini dia pernah berpesan kepada Maisarah supaya menjaga Muhammad sebaik-baiknya, dia tidak menyangka pula Muhammad pulang ke Mekah bersendirian membawa utusan
"Kamu sekalian kenalkah kepada orang muda yang sedang menunggang unta menuju ke mari?
Kalau tidak silap kami, itulah Muhammad Al-Amin ya sayidati."
Jawab seorang daripada mereka sambil memerhatikan Muhammad yang hampir sampai.
Kemudian Siti Khadijah RA segera berkata, "Kalaulah benar itu Muhammad Al-Amin, sampai sahaja dia kemari, aku merdekakan kalian."
Tidak berapa lama selepas itu, Muhammad sampai di rumah Siti Khadijah RA. Dia disambut dengan senyuman sambil memberitahu, "Aku berikan kepadamu seekor unta dengan apa sahaja yang ada di atasnya."
Selepas mengucapkan terima kasih, Muhammad menyerahkan surat yang ditulis oleh Maisarah kemudian meminta izin pulang ke rumah bapa saudaranya.
RIP Meine Mr Toreto Firdausy
Seminggu dah Toreto @ Etto tinggalkan Ummi. Ummi jadi rindu tiap kali nampak gambar Etto. Bersemadilah dengan aman, Nantikan Ummi sekeluarga di pintu syurga sayang...