Sabtu, Februari 9

Segmen #12 : Segmen Top Up CNY2013 by Emas Putih

Assalamulaikum...

Tengah sibuk blogwalking, terjumpa pulak Segmen Top Up CNY2013 by Emas Putih, macam bestjer.. jom join



Segmen Top Up CNY2013 by Emas Putih dan sponser by Khairul Zamri, Mun Violettaxius, Amirah Raduan dan Aiman Aziz

Tarikh Tamat
12 Februari 2013, selasa, Jam 11.59 pm

Hadiah
Top UP RM 5x10 blogger yang bertuah

Good luck pada yang join dan selamat bersegmen

Aku Diserang Virus Selsema

Assalamualaikum....

Selamat bercuti buat semua dan selamat menyambut tahun baru china buat yang menyambutnya esok.. malamni mula makan besarlah yek. 

Aku pula apa kes nih? elok sedap nak bercuti kena selsema pulak. Mujurlah Hubbypun kena buat Overtime masa perayaan nih, tidaklah rasa terkilan sangat. Yelahkan, orang bercuti pergi jalan-jalanke manake, aku cuti duduk rumah ngadap tv. Huhuhuhu... dah sakit buatlah cara sakit kan... duduk rumah diam-diam makan ubat dan rehatkan diri ye tak.

Harini, seawal 4:30 am aku terjaga, hidung aku dah mula tersumbat dan mula nak mengeluarkan produk tambahan hehehe... mata mengantuk, kepala ting tong tapi hidung pulak tersumbat. Nak tak nak, aku bangun gaklah layan komputer, masuk blog dan layan blog walking...



oh.. terlupa, aku nak ucapkan tahniah buat 2nd bos aku yang cuti sakit 2 hari pada isnin dan selasa lepas. Rupa-rupanya beliau dah mengandung... seronoknyer.. bertambah lagi anak buah kami di office nanti.

# tertangguh lagi nampaknyer entri vietnam aku nih...

Jumaat, Februari 8

Freaky Friday #12

Assalamualaikum...

Minggu yang agak sibuk, mungkin disebabkan oleh perayaan tahun baru china yang akan berlansung hujung minggu ini. Aku dapat tau, Disebabkan perayaan yang bakal menjelang ni, Owner-Owner tanah bermurah hati memberi angpow dan membuat bayaran kerja, maka perunding-perunding yang ada berusaha keras agar permohonan mereka dapat diterima di kaunter pejabat aku. 

Minggu akan datang, mesti kaunter aku lengang sehabis lengang. Bak kata orang macam malaikat lalu, tetibajer senyap. Kosongjer.. macam dalam filem koboi tengah tunggu musuh datang hehehe...

Entry aku harini simplejer..


Jika Anda Kasihkan ALLAH,
Banyakkanlah Zikrullah,
Jika Anda Kasihkan Rasulullah S.A.W,
Banyakkanlah Selawat,
Dan Jika Anda Kasihkan Diri Sendiri,
Banyakkanlah Menunaikan Solat Taubat.


Pose jap depan Hard Rock Cafe

Isnin, Februari 4

Blues Monday #20

Sangat sibuk ini hari.. kiri kanan x sempat nak toleh, ke toiletpun kena catu huhuhu..

 
Big bos macam sibuk sangatlah dari aku, setakat edit manual prosedur kerja yang memang dah siap editpun tak siap-siap edit sampai tengah hari dah nih.. Keja yang sepatutnya dia buat bagi kat aku. abih aku takde kerja gak ke? Aku tau aku senior kat opis nih, tapi keja yang sediadapun aku dah tak terbuat, inikan nak tanggung kerja orang lagi. Cukup tension bila 2nd bos mc plak.. bala-bala..

Huhuhu... mau pindah jabatanlah...............