Jumaat, Mei 22

Freaky Friday #49


Assalamualaikum wbt...

PENGSAN MENDENGAR SEKSAAN NERAKA


Pada satu ketika malaikat Jbiril AS datang menemui Rasulullah SAW. Kedatangan Jibril AS yang bukan pada waktu kebiasaannya ditambah pula dengan wajahnya berubah, menyebabkan Rasulullah SAW berasa hairan dan bertanya, "Mengapa wajahmu berubah pada kali kini?"

"Ya Rasulullah. Aku datang kepadamu ketike Allah menyuruh supaya ditiupkan nyalaan api neraka. Aku ingin memberitahu bahawa seksaan api neraka itu adalah benar dan seksaan kubur itu yang benar," kata Jibril AS.

"Kalau begitu ya jibril, beritahu kepadaku apakah sifat Jahanam?" Rasulullah bertanya.

"Ya Rasulullah, ketika Allah menjadikan neraka jahanam, dinyalakan api seribu tahun sehingga api itu merah kemudian dilanjutkan lagi sehingga api itu menjadi putih. Kemudian dilanjutkan lagi seribu tahun sehingga hitam dan gelap dimana nyalaan api dan baranya tidak pernah padam. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, jika terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan membakar seluruh penduduk dunia kerana panasnya," balas Jibril AS.

Sambung Jibril AS lagi, "Seandainya satu baju ahli neraka digantung diantara langit dan bumi. Nescaya akan mati penduduk dunia akibat panasnya. Seandai satu pergelangan daripada rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, sudah pasti akan cair dan meleleh ke bawah sehingga ke bumi yang ketujuh." 

"Di dalam neraka jahanam itu perhiasannya terdiri daripada besi dan minumannya air panas bercampur nanah dan pakaiannya daripada potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, setiap pintu ada bahagiannya daripad lelaki dan perempuan," jelas Jibril AS.

"Adakah pintu-pintu sama seperti yangterdapat dalam rumah kami?" Rasulullah SAW bertanya lagi.

"Tidak. Tetapi pintu itu selalu terbuka. Dari satu pintu ke satu jarak perjalanannya selama 70,000 tahun dan setiap pintu lebih panas kira-kira 70 kali ganda."

"Siapakan penduduk yang berada pada setiap pintu itu?

"Pintu yang terbawah untuk orang munafik dan orang yang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa serta keluarga Firaun manakala pintu kedua pula tempat golongan musyrikin, pintu ketiga tempat orang sobi'in bernama Saqar, pintu keempat tempat iblis dan kaumnya daripada kaum Majusi bernama Ladh, pintu kelima tempat orang Yahudi bernama Hutomah, tempat keenam tempat orang Nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibril terdiam seketika seolah-olah segan hendak memberitahu sehingga Rasulullah SAW bertanya, "Siapa pula berada di pintu ketujuh?"

"Di dalamnaya adalah tempat orang yang berdosa besar dan umatnya yang sampai mati tidak mahu bertaubat."

Mendengar jawapan itu Rasulullah SAW pengsan kerana terlalu takut dan ngeri, kemudian Jibril meletakkan kepalanya dipangkuannya sehingga baginda tersedar.

Sebaik sahaj tersedar dan membuka mata, Rasulullah SAW berkata, Ya Jibril, sesungguhnya aku sangat risau dan sedih apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?"

"Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu," jawab jibril.

Oleh kerana terlalu sedih Rasulullah SAW menangis, Jibril juga turut menangis. Baginda kemudian masuk ke dalam rumah dan tidak keluar kecuali untuk bersembahyang, baginda akan menangis dan meminta keampunan daripada Allah.

Selasa, Mei 19

Makan Best #16 : Aroma Ikan Bakar, Jeram Kuala Selangor


Assalamualaikum wbt...

Last week kami berjalan-jalan ke Kuala Selangor. Alang-alang dah petang, dengan perut yang berkeroncong.. kami singgah ke Aroma Ikan Bakar. Orang cakap kat Jeram ni popular dengan restoranni, dengarnya lagilah makanan kat sini sedap dan orang selalu ramai kena booking setiap kali hujung minggu. Jom Kita tengok apa yang menarik dan sedap sangat, aku sendiripun tak pernah cuba...
Papan Tanda yang agak tersorok, hampir-hampir aku terlepas (update terkini, sekarang dah besar. Tak sempat nak ambil gambar baru)
Papan tanda diluar restoran, masanipun orang dah agak ramai.
 
 rupa dari luar restoran ikan bakar
 
 Kena pilih meja dahulu sebelum pilih lauk dan order. Kalau tak anda tidak akan dilayan langsung. So, konsep takde meja tak boleh makan. Baliklah apa lagi. Hehehe..
Kami ambil sotong, udang, ikan siakap dan kerang. Aku nak ambil ketam tapi tak kesampaian sebab Hubby membazir itu amalan syaitan...
 wifie dulu sebelum makanan sampai
Muka kelaparan
 Air sampai dahulu
Kerang Bakar sampai 5 minit lepas tu
Sotong goreng tepung yang sedap tapi pencicah kureng
Tinggal ikan jer tak siap lagi.. makan kerang bakar dulu.. sosnye pedas dan sedap sangat(yang ni aku puji sangat)
Ikan siakap masak stim yang bolehlah... takdelah power sangat.. pada aku sikin sedap lagilah..

Alhamdulillah.. kenyang.
Selesai makan, kami ke pantai sekejap. Pemandangan tepi pantai.. kat sini aku pujilah.. cantik..
Anak teruna bergambar tepi pantai..
Harga makanan untuk 3 orang

Oklah.. not bad.. orang cakap ketam bercilinya sedap. Tapi aku dilarang dek Hubby sebab dia cakap siapa yang nak habiskan nanti.. dia jugak.. muehehehe.. sebab bila aku dan anak kekenyangan, kami akan terus berhenti tanpa boleh masuk lagi. sudahnya Hubby aku jugak jadi tukang pengabis, macam biasa.. hahahaha.... suke aku..