Jumaat, Disember 21

Freaky Friday #9

Assalamualaikum.. 

Harini apa kesah aku nak letak ek.  Hmmm.. cari-cari buku, aku jumpa satu kisah zaman dahulu yang mampu buat kita tersenyum.



Mengajar Si Kedekut

 AS-SATURI adalah seorang sufi yang suka membuat kelakar dalam memberikan pengajaahan. Suatu hari beliau dan teman-temannya berkunjung ke rumah seorang kaya, tetapi sangat kedekut. Tuan rumah kedekut itu menghidangkan seekor kambing bakar kepada As-Saturi dan teman-temannya. Para tetamu mengoyakkan daging kambing itu dan memakannya dengan sedap sambil diperhatikan oleh si tuan rumah. Dia berharap semoga tetamunya itu hanya makan sedikit-sedikit saja agar kambingya bersisa banyak. Akan tetapi rupanya tetamu itu merasa sedap, mereka terus saja makan daging kambing itu. Hal ini menyebabkan tuan rumah yang kedekut itu merasa sempit dadanya dan tidak senang melihatnya. Dia mencari cara untuk memberhentikan si tetamu dari terus makan, lalu dipanggilnya pelayannya.      "Hai pelayan! Sila angkat sisa kambing ini utk makanan anak-anak di dapur." kata tuan rumah kepada pelayannya   Mendengar itu, para tetamu berhenti makan dan memberikan laluan kepada si pelayan untuk mengangkat kambing yang sedang dimakan tersebut.
   As-Saturi tidak kehabisan akal lalu beliau ikut lari di belakang pelayan yang membawa kambing menuju ke dapur.
    "Tuan hendak kemana??" tanya tuan rumah kepada As-Saturi.
        "Saya mahu makan bersama anak-anak di dapur." jawab As-Saturi.  
       Si  tuan rumah merasa malu, kerana sifat kedekutnya dapat dirasakan oleh As-Saturi dan tetamu lainnya. Lalu kambing itupun dihidangkan semula kepada para tetamu.

1 ulasan:

Salmi berkata...

Hahaha.. macam tulah org kedekut. Akhirnya sendiri yg malu. Bukankah rezeki kita makin murah andai menjamu tetamu..