CONTOH KEMAAFAN YANG MENGKAGUMKAN
Semasa zaman pemerintahan Khalifah-khalifah Ab-basiyah dulu, ada seorang lelaki yang mempunyai ramai sekali musuhnya. Lelaki itu sering sahaja menjadi buruan musuh-musuhnya saban ketika. Pada suatu hari dengan menyamarkan dirinya agar tidak dikenali orang ia telah cuba berlindung diri di bandar Kufah. Apabila sampai di bandar itu ia telah menjumpai sebuah rumah gedung yang teramat besarnya serta luas pula halamannya. Dengan memberanikan dirinya lelaki itu pun masuk ke dalam rumah besar untuk mencuba menumpang buat sehari dua.
Setelah masuk ke dalam dan bertemu dengan tuan rumah, lelaki itu pun menyatakan maksudnya datang ke situ iaitu untuk mencari perlindungan. Katanya nyawanya sedang terancam. Tuan rumah itu tanpa panjang bersoal jawab, telah membenarkan lelaki itu tinggal di rumahnya kerana begitu kasihan memandangkan nasibnya. Lelaki itu pun merasa dirinya beruntung kerana dapat berlindung di rumah besar itu.
Tetapi semasa tinggal di situ, lelaki itu merasa begitu hairan melihat gerak geri tuan rumah tersebut. Ia tidak faham mengapatuan rumah saban hari sejak pagi lagi keluar rumahnya sambil menuggang kuda. Dia nampaknya seperti hendak mencari sesuatu. Setelah beberapa hari kemudiannya kerana tidak menahan sabar, lelaki itu pun memberanikan dirinya bertanya tuan rumah itu akan sebab mengapa setiap pagi ia keluar.
"Aku sebenarnya hendak mencari seorang lelaki yang telah membunuh ayah ku".
Demikian tuan rumah itu memulakan ceritanya, sambil memberitahu lelaki itu akan nama pembunuh yang hendak dicarinya itu. cuma rupa orang itu sahaja yang tidak begitu diketahuinya. Demi mendengar sahaja kisah tuan rumah itu, lelaki itu lantas beubah air mukanya. Ia kelihatan pucat sekali. Sebenarnya dialah orangnya yang sedang dicari oleh tuan rumah yang telah melindunginya itu. Apakah yang harus dibuatnya sekarang? patutkan ia merahsiakan atau mengaku sahaja dialah orang yang sedang mencari itu?
Akhirnya lelaki itu berkata:
"Tuan yang budiman! budi baik tuan yang sangat tinggi ini telah mencegah saya dari merahsiakantentang diri saya. sebenarnya sayalah orangnya yang tuan cari itu. sekarang saya rela untuk menerima apa sahaja hukuman dari tuan. Budi baik tuan besar sekali terhadap saya!"
Demikian lelaki itu membuat pengakuan dengan suara yang agak perlahan. Tuan rumah itu begitu terkejut sekali mendengar pengakuan lelaki yang tidak disangkanya itu. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa orang yang diberi perlindungan di rumah itulah pembunuh ayahnya yang disayangi. Maka dengan perasaan yang amat berat tuan rumah itu pun berkata:
"Hai orang yang membunuh ayahku! Sama sekali tidak ku sangka kau rupanya yang membunuh ayahku. Kalau tak mengenangkan kejujuran engkau itu sudah tentu akan putus lehermu sekarang juga. Walaupun aku sedia memaafkan kau, tetapi segeralah engkau keluar dari rumah ku ini sebelum aku berubah fikiran."
Demikianlah satu contoh yang mulia betapa besarnya sifat pemaaf orang itu terhadap orang yang membunuh ayahnya sendiri.
1 ulasan:
Kedua-duanya bagus...
Catat Ulasan