Jumaat, Mei 31

Freaky Friday #21

Malaikat Maut Meminta Izin Untuk Mencabut Nyawa Maryam Ibu Nabi Isa.

Dalam misykaatul anwari menerangkan bahawa Nabi Isa as telah berkata kepada ibunya Maryam, "Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu marilah ibu" (bersama saya).

      Setelah Nabi Isa as berkata demikian pada ibunya maka berangkatlah Nabi Isa as bersama dengan ibunya menuju ke gunung Lebnon, apabila sampai di gunung tersebut maka Nabi Isa as bersama ibunya berpuasa untuk mereka berdua, setelah Nabi Isa as turun maka datanglah malaikat maut menghampiri Maryam dengan berkata, "Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari".

      Sebaik sahaja Maryam melihat orang yang memberi salam itu maka berkata maryam, "Siapakah kamu ini? badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut pula apabila mendengan suaramu!"

      Kemudian Malaikat maut berkata, "Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapapun baik dia anak kecil, orang tua, atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa."

      Mendengar akan penjelasan dari malaikat maut itu maka Maryam berkata, "Wahai malaikat maut, adakah kedatangan kamu ini untuk menziarah aku atau untuk mencabut nyawa aku?"

      Lalu berkata malaikat maut datang untuk mencabut nyawanya maka berkata Maryam, "Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi buah hatiku, yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?".

      Malaikat mautpun menjelaskan perintahnya dengan berkata, "Wahai Maryam, sebenarnya aku tidak diperintahkan menurut kehendak kamu, aku ini hanyalah hamba yang diperintah.

      Dan demi Allah aku tidak akan mencabut nyawa walaupun seekor nyamuk kalau aku tidak diperintahkan oleh Allah SWT supaya aku tidak mensia-siakan walaupun satu saat pun untuk mencabut rohmu di tempat ini".

      Setelah Maryam mendengar penjelasan dari malaikat maut maka dengan hati yang ikhlas Maryam berkata, "Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah SWT oleh itu kamu laksanakanlah perintah itu dengan segera."

      Malaikat maut mendekati Maryam dan mencabut rohnya, kebetulan pula dimasa itu Nabi Isa as telah lewat pulang, beliau pulang apabila waktu Isyak yang akhir, setelah Nabi Isa as telah lewat pulang, beliau pulang apabila waktu Isyak yang akhir, setelah Nabi Isa as naik ke atas gunung dengan membawa bekalan untuk berbuka puasa maka beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat, Nabi Isa as menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Maka beliau pun meletakkan daun-daun yang dibawa untuk berbuka puasa dan meletakkan dekat ibunya lalu beliau berdiri mengadap kiblat.

      Setelah sekian lama maka beliaupun memanggil ibunya, "Assalamualaiki ya ibu, waktu malam telah tiba dan orang yang berpuasa telah berbuka dan telah berdiri orang yang beribadah, mengapa ibu tidak beribadah kepada Tuhan Yang Maha Pengasih?"

         Nabi Isa as menyangka ibunya sedang tidur lalu beliau berkata, "Sesungguhnya dalam tidur itu terdapat kelazatan." Nabi Isa memandang ke tempat ibunya dan didapatinya ibunya tidak makan apap-apapun walaupun 2/3 malam telah berlalu.

      Nabi Isa as memanggil lagi ibunya, "Assalamualaiki yaa ummaahu." Oleh kerana hari telah menjelang fajar maka ibunya, lalu beliau meletakkan pipinya pada pipi ibunya dan meletakkan mulutnya pada pipi ibunya dengan menangis yang kuat beliau berkata, "Assalamualaiki yaa Ummaahu", malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Tuhan Yang Maha Pengasih."

       Setelah Nabi Isa as berkata demikian maka menangislah para malaikat di langit dan para jin yang berada disekitarnya dan bergoncanglah gunung dibawahnya. kemudia Allah SWT wahyukan kepada para malaikat yang bermaksud, "Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?"

      Maka berkatalah para malaikat, "Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui,"

      Lalu Allah SWT wahyukan lagi yang bermaksud "sesungguhnya Aku Maha Mengetahui dan Aku Maha Kasih Sayang."

      Setelah itu dengan tiba-tiba kedengaran satu suara yang berbunyi,"Wahai Isa as angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu itu telah meninggal dunia dan Allah SWT telah melipat gandakan pahalamu."

     Sebaik sahaja Nabi Isa as mendengar suara tersebut maka beliau pun mengangkat kepala sambil menangis lalu berkata, "Siapakah yang akan menjadi temanku dikala aku sunyi dan dikala aku menangis, dan dengan siapakah dapat aku ajak berkata-kata, dan siapa pula yang dapat membantu aku dalam ibadahku."

      Kemudian Allah SWT mewahyukan pada gunung, "Wahai Roh Allah (Isa as) apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang mengembirakan?"

      Setelah Nabi Isa as mendengar kata-kata gunung maka turunlah beliau ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil, maka berkata Nabi Isa as, "Assalamualaikum yaa Bani Israil."

      Apabila kaum Bani Irail melihat ada orang memberi salam maka mereka pun berkata, "Siapakah kamu ini wahai hamba Allah? cantik sekali wajahmu dan telah menyinari rumah kami."

      Lalu Nabi Isa as berkata, "Aku adalah Roh Allah (Isa as), ibuku telah meniggal dunia, oleh itu tolonglah aku untuk memandi, mengkafankan dan memakamkan ibuku,"

      Maka berkata kaum Bani Israil, "Wahai Roh Allah (Isa as) di atas gunung itu terlampau banyak ular yang besar-besar dan bermacam-macam ular yang belum pernah kami lihat dan tidak pernah dilalui oleh para orang tua kami dan nenek moyang kami sejak 300 tahun."
      
      Setelah Nabi Isa as mendapati bahawa mereka tidak mahu menolongnya maka beliaupun naik semula ke atas gunung, sebaik sahaja beliau naik maka beliau terpadang ada dua pemuda yang sangat cantik rupa parasnya, lalu Nabi isa as memberi salam dan dibalas salam oleh kedua pemuda itu.

      Kemudian Nabi Isa as berkata, "Wahai pemuda, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia oleh itu aku memohon kepada kamu berdua supaya dapat tolong aku untuk menguruskannya."

     Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu, "aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabat saya yang satu lagi adalah mlaikat Jibril'.

      Kemudian malaikat Mikail mengeluarkan barang-barang yang dibawanya dengan berkata, "Ini adalah ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu. Dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandi dan mengafankan ibumu."

       Setelah malaikat Mikail berkata demikian maka malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung itu. Setelah selesai segala kerja memandi dan mengafan dilakukan oleh para bidadari, dan setelah selesai disolatkan maka mereka bertiga pun mengebumikan dalam kubur.

      Setelah selesai maka Nabi Isa as pun berdo kepada Allah SWT, "Ya Allah, sesugguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikitpun urusanku yang bersembunyi bagi Engkau, ibuku telah meninggal dunia sedangkan tidak menyaksikannya di waktu ia wafat. Oleh itu izinkan dia berkata sesuatu kepadaku."

     KemudianAllah mewahyukan kepada Nabi Isa as yang bermaksud, "Sesungguhnya aku telah memberikan izin kepadanya".

       Setelah nabi Isa as menerima wahyu dari Allah SWT maka beliau pun pergi ke kubur ibunya lalu berkata, "Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimana pula kedatangan Tuhanmu (Tuhanku)."

      Berkata ibunya, "Tempat pembaringanku adalah sebaik-baik tempat pembaringan, dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat kembali, sedangkan aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa dia telah menerimaku dengan rela."

      Berkata Nabi Isa as, "Wahai ibu, bagaimana rasa sakitnya ketika mati?"

      Berkata Ibu Nabi Isa as, "Demi Allah yang telah mengutusmu sebagai Nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut belum lagi hilang dari pandangan mataku; alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat.

Khamis, Mei 30

Projek Baju Mandi Muslimah

Assalamualaikum....


Seminggu lebih aku tak update blog. Hihihi biasalah, kalau Mr. Hubby kerja siang, agak susah aku nak update entry sekerap yang mungkin. Jumaat lepas aku balik kampung, tak sempat jugak aku nak update Freaky Friday. Padahal dah siap aku taip dalam entry tinggal nak publish jer.. Hmm tau-tau ajelah, kat kampung hubby tu bukan main payah lagi nak dapat line internet... 

Oklah, kali ni aku nak update entry pasal projek menjahit aku. Akuni kalau datang masa rajin nak menjahit, cepat ajer siapnya, tapi kalau datang Cik M aku, siap terbengkalai lamanya kain tu tak berjahit. Projek menjahit aku kali ni adalah menjahit baju mandi ala muslimah aku. Kainnya dah lama aku beli, tapi bila bab memotong tu yang buat aku malas tu... tapi bila dah potong, lajujer aku nak menjahit. Cantum-cantum siap...
Kain yang dah dipotong mengikut ukuran badan aku

Bajunya dah pun siap. Nanti aku update baru ek lupa nak snap gambar.

Terkini, aku jumpa baju mandi muslimah di jual di GM Klang, RM 59 jer.. siap seluar dan tudung lagi.. buat mereka yang nak beli baju muslimah budget bolehlah beli kat sana. 

Sekarangni aku tengah cari mood nak mula memotong baju melayu buat baju raya untuk hero-hero hati aku pulak. Ish.. bila dah mula susah nak berhenti. Kalau blogni terbengkalai korang paham2 ajelah ek.... sekali dalam setahunjer aku buat projek menjahit baju raya nih...

Jumaat, Mei 17

Freaky Friday #20

SEBAB-SEBAB TURUNNYA SURAH AL-IKHLAS

      Sebahagian riwayat menerangkan sebab turunnya surah Al-Ikhlas iaitu ketika Rasulullah S.A.W sedang dalam perjalanan pindah dari Mekah ke Madinah, baginda melihat jauh di belakang ada seorang sedang mengejar beliau dengan kenderaan berkuda. Maka di saat itu turun jibril mendapatkan Rasulullah dan berkata, "Hai Muhammad! Suragah sedang mengejar kamu dari belakang tapi Allah S.W.T. telah memerintahkan bumi agar patuh padamu."

    Tidak lama kemudian sampailah suragah di tempat Rasulullah. Dia segera menyerang Rasulullah dengan pedang terhunus di tangannya tetapi dengan takdir Allah, Suragah dan kudanya terperosok ke dalam bumi sehingga tidak terdaya apa-apa lagi.

   Rasulullah S.A.W. menoleh ke belakang dan suragah berkata, "Tolonglah aku, hai Muhammad! Aku tidak akan berbuat sesuatu kepada engkau!' Kemudian Rasulullah menarik suragah dan kudanya dari dalam bumi.

   Suragahpun selamat dan bertanya pada Rasulullah tentang tuhannya, "Adakah Tuhan kamu itu terdiri dari emas atau perak?" Rasulullah menundukkan kepalanya sebentar, kemudian turunlah Jibril A.S dan berkata, "Hai Muhammad! Qul hu Allahu Ahad!........" hingga sampai habis ayat tersebut.

Steamboat Again!

Assalamualaikum...

Makan Steamboat lagi!.. hihihi macam mewahjer bunyiknyer.. Sebenarnya nih kisah yang terjadi sebulan lepas, aku baru terperasan ada kisah yang aku tak update di blog. Tertinggal rupanya hehehe.. 6hb 4 yang lepas adalah merupakan hari kelahiran ma dan hubby aku. Niat mulanya aku nak sambut birtday mereka di luar tapi keesokan harinya. Alih-alih adik aku yang bongsu call dan bagitahu aku mereka nak datang ke rumah aku malam 6hb tu jugak untuk makan steamboat.

Pada aku okjer.. janji ma aku beli semua barang mentah bersama ketul ais, manakala tugas aku pula sediakan kuah tomyam dan segala kelengkapan untuk makan steamboat. Senangkan tugas aku. Hehehe..  saper suruh rancang last minute kihkihkih....Syukur jugak ada gunanya periuk yang aku beli tu, idakler jadi tukun.
Santai anak teruna baring sambil menunggu Opah dan yang lain sampai
Sementara menunggu ma n family aku sampai, aku masak sup tomyam dulu..
Siap sedia untuk mencampakkan segala macam jenis makanan yang dibeli
Izwan tidak ketinggalan untuk makan steamboat sekali lagi.
Masa untuk makan... perut dah kebuluq nih..
Clear.. habis tu.. semua dah kekanyangan.. masa untuk mengemas pula..

Alhamdulillah.. selesai semuanya. Cuma takde kek jer nak merasmikan majlis sambutan birthday tu. Anak teruna dah membebel-bebel sebab takde kek harilahir. Pada aku takpelah takde kek, janji ada sambutannya walaupun secara bersederhana. Kalau beli kek nanti takde orang yang nak makan kek, bukankah membazir namanya tu.. Aku doakan Ma dan Hubby sentiasa sihat dan dilimpahi dengan keberkatan dengan sebaik-baik keberkatan dari ALLAH S.W.T.. Amin...

Khamis, Mei 16

Legoland Malaysia

Assalamualaikum...


Lama sungguh aku delay sambungan cerita dari USS di sini. Hari ni baru aku berkesempatan untuk menyambung kisah aku di Johor, dah berkurun citer nih... hehehe..

Tak hilang penat kami di USS, keesokan harinya kami ke Legoland pula. Seawal 8:30 pagi kami turun untuk mencari sarapan pagi. Almaklumlah, hotel budget semuanya budget dan kena bayar kalau nak ekstra. Mujurlah ada kedai 7 eleven kat bawah hotel, bolehlah kami bersarapan secara budget dan alas perut.
Kami bertolak dengan menaiki shuttel yang telah kami tempah melalui online di website Tune Hotel. 9:30 pagi kami bertolak dari Tune Hotel ke Legoland.

Pada aku, Legolandnih lagi seronok pergi dengan anak-anak sebab mainannya lebih sesuai untuk anak-anak. Untuk mak bapak ni, hanya untuk enjoy bersama anak-anak bolehlah... Tapi rasa teruja tu tetap adalah dah rasa macam bebudak pun ada yelah excited pergi tempat baru mana tidaknya... huhuhu.. Sebelum sampai ke pintu Legoland, kami sampai di depan Mall Of Medini dulu.
Berjalan ke dalam sedikit, barulah nampak pintu masuk 
Kad-kad diskaun mula dikumpul untuk mendapatkan pengurangan harga tiket masuk
Harga tiket, tak kalah harga USS. Harga barang-barang di dalampun setanding USS. pergh...
Peta Legoland
 Posing time.. apa agaknya patung tu lukis ek?
Play time
 Playground khas untuk kanak-kanak sahaja, kalau rasa nak jadi bebudak bolehlah
Pose jangan tak pose
Mainan sebelah kiri bawah tu seronok jugak, habis basah seluar aku huhu.. Lost kingdom adventure pulak, sesuai untuk anak-anakjer.. aku masuk situ, aku jadi bebudak jap hehehe...
 Tengok Miniture legoland yang mengambil contoh tempat-tempat menarik sekeliling dunia
Icon negara kita dalam bentuk lego, comel dan menarik

 Yang ini khas untuk anak-anak belajar naik bot, naik moto dan kereta kecil. mak bapak tolong tengokjer..
dah tengah hari, makan time.. indah rupa dari rasa ish..ish..ish..
Solat time, comel patung lego tu, pandai tutup aurat
Bergambar dulu sebelum keluar
Masa untuk pulang, flight dah menunggu..
Selamat tinggal Legoland, ada masa kita berjumpa lagi bila anak teruna dah besor skit lah.. ek

Sampai sini saje cerita aku.. banyak lagi hutang entry aku nih, kita kayuh pelan-pelan naa...

baca juga kisah:-


Isnin, Mei 13

Blues Monday #26

Assalamualaikum...

Betul-betul blues monday aku hari ni.. tanpa rasa bersalahnya aku, di meja kerja ku, di atas kerusi kerja ku, aku membuat aktiviti ini.
Kerja-kerja minggu lepas aku sudahkan jumaat yang lepas, bila isnin aku mula sangap dan aktiviti aku adalah.. membaca novel. Muahahaha...

Khamis, Mei 9

Patah KakiKu

Assalamualaikum.....

Alamak hai.. patah kaki aku harini. Hehehe.. bukan kaki aku yang patah, tak kaki aku tak patah. Hanya perumpamaan je.. korang nak tau kenapa?

Huhuhu.. kebetulan pulak hari ni, kereta-kereta kesayangan aku kehabisan bateri. Elok pulak jadinya. Kedua - dua kereta aku merajuk dan mogok nampaknya. Itu yang patah kaki nih...

Semalam, 'si kuning' buat hal lagi masa aku nak balik rumah, punyalah beria dan penuh semangat aku nak balik masak makan malam siap plan nak buat sotong goreng tepung tu.. alih-alih aku tersadai depan opis aku dekat sejam. Kebiasaannya 'si kuning' nih kalau tak nak hidup bila aku call hero malaya aku, kuning terus hidup. Tapi kali ni tak nak hidup-hidup, dan berkali-kali aku try cakap dengan hero malaya pun taknak hidup gak. Bila aku siasat dan mencari punca baru aku sedar rupanya atas kecuaian aku sendiri yang membuatkan 'si kuning' tamo idup. Aku lupa nak tutup lampu kereta lepas aku ambil hero cilik semalam tengah hari lepas hujan hehehe... Tersengih-sengih aku macam kerang busuk depan hubby bila dia sampai depan opis dengan 'kuda merah'. 

Bateri 'si kuning' kami dah hantar untuk di cas semalam, nampaknya pagi ni aku kena bawak 'si hitam' pergi opis. Elok je aku nak start 'si hitam', ada something goes wrong somewhere pulak kat si hitam nih... pulak dah, bukan main awal lagi aku bersiap nak keluar pergi kerja, dah siap hangkut semua barang masuk kereta boleh pulak 'si hitam' nih tamo idup. Sekali lagi hero malaya @ hubby aku di call untuk membuat aduan. Dah macam talian hayat pulak hubby aku nih hehehe... Sekali lagi, dengan muka masam hubby aku datang mengambil kami dan kali ni datang untuk membawa ke tempat kerja. Terima kasih wahai suamiku kerana jasa mu yang sanggup keluar walaupun sejam untuk menjadi driver sementara aku.

Kata hubby, 'si hitam tamo idup sebab bateri gak. Manakan idaknyer, selama 4 tahun bateri 'si hitam' tak bertukar, keringla gamaknye. Kereta puan Ana yang sama baya dengan 'si hitam' pun, dah cukup 3 tahun terus tukor aku lak yang degil tamo tukor, trus tak idupler..

Tengah hari tadi, kereta puan Ana pulak yang berjasa dengan aku dan menjadi transport sementara aku untuk mengambil anak teruna aku dari tadikanya. Alhamdulillah jugalah puan Ana tak cuti hari ini tapi cuti esok. Fuhh.. lega.. petangni Hubby akan ambil bateri 'si kuning' di kedai bateri. Harap-harap elok lah hendaknya 'si kuning' kalau tak, esok kena naik 'kuda merah' lagi. huhuhu......


Isnin, Mei 6

Pengalaman Menjadi Petugas PRU 13

Assalamualaikum...

Wahahaha... seminggu lamanya aku tak update blog. Isnin lepas aku busy sangat-sangat, Selasa hingga jumaat aku takde di Semenanjung. Kisahnya akan aku updatekan nanti, banyak hutang blog tak berbayar lagi ni. Manakala sabtu dan Ahad pulak aku sibuk dengan PRU 13.

Bercerita pasal PRU 13, tahun ni aku tak dapat mengundi kat tempat aku sendiri sebab aku kena jadi petugas PRU 13. Nak ke tak nak ke, aku kenalah jadi pengundi pos. So, takdelah peluang aku nak rasa tangan aku di calit.. Masa tahu 2008 dulu, takde nak sibuk calit-calit nih, sebut nama, pangkah pastu jalanjer.. mujurlah aku dah merasa pengalaman mengundi, idokler terkilan mana sangat. 

Letih sangat jadi petugas nih tau.. dapat pulak time orang tengah ramai masa tu. Berderet orang menunggu. Dapat pula, macam dalam gambar puan hainom OKje tu beraturnya, pergh.. memang pengsan aku masa tu. Tak larat, kematu punggung aku, kejang kaki sebab duduk jer.. Tambah lagi aku yang first time jadi petugas, mau tak ketar tangan aku nih. Memang menggelabah giler masatu. Terhegeh-hegeh plus terkial-kial jadinya aku masa tu, nak gelakpun ada, tak pandang orang langsung, yang aku tau nak cepatje. Nak tau apa tugas aku? pagi-pagi lagi aku ditugaskan untuk mengoyak kertas undi. KTM (ketua tempat mengundi) dah pesan tarik elok-elok, jangan sampai terkoyak. lagilah tambah menggelabah aku nih. Nak koyak lagi, nak lipat lagi memang jenuhlah. Lagi best bila kerani pertama dengan kerani kedua lajujer buat kerja, tambah terhegeh-hegehlah aku nak mengoyak dan melipat. Ish..ish..ish.. letih habis tangan aku, nak makan sarapanpun tak sempat tau, yelah aku bangun dari 5:30 pagi, jam 6 lebih aku dah keluar ke tempat bertugas, buat kerja tampal menampal dan lipat melipat sehinggalah jam 8 pagi, tepat 8 pagi pulak, orang dah ramai beratur untuk membuang undi. Dapat ejen-ejen parti pulak, ada yang banyak songeh, lepas tu perati kita buat kerja macam nak makan pun ada. Naik menyampahpun ada gak tapi itulah prosedurnya, ada sahaja yang di curigakannya.

Bila waktu dah mula menganjak ke tengah hari, orang ramai dah mula berkurangan. Bila petang pula, dah takde orang nak datang, masa tu aku dah tukar tugas jadi kerani pertama dan kadang-kadang yang keempat. Ramai jugalah yang datang mengundi, saluran aku aje seramai 439 dari 514 orang yang mendaftar mengundi termasuk 4 orang yang undi pos. Bila dikira seramai 71 orang yang tak datang mengundi. Sayangnya, daftar mengundi tapi tak datang mengundi. Sayang sangat, satu kerugian yang besar.

Tepat jam 5 petang, undi ditutup dan kami menutup pintu untuk memulakan proses pengiraan undi. Mengira undini pun jenuh juga, kena buat satu-satu, kena tunjuk depan ejen satu-satu kertas undi, kena cakap kuat-kuat lagi, kena berdiri lagi, lenguh satu badan. Mujurlah Selangor isytihar cuti harini, kalau tak mau demam dah akunih. Macam-macam yang aku jumpa masa mengira undi, ada yang tanda pada namalah, ada yang guna ink pada jari tu lah, ada yang tanda right juga. Tapi yang paling tak seronok, ada yang sengaja membuat undi rosak dengan memangkah 2 tempat dan ada yang tak tanda apa-apa langsungpun. Yang inipun dikira satu kerugian besar. Boleh dikatakan semua parti mendapat undi tak kiralah banyakke sikitke.

Hampir 2 jam lamanya kami mengira undi. Terima kasih buat ejen parti yang mengira undi kerana tak banyak songeh dan tak cerewet sangat. Habis lebur solat Asar aku dan hampir lebur jugalah solat Magrib aku gara-gara KTM aku tak bagi aku keluar untuk solat sekejap. Takpe, ko tanggunglah dosa sebab tak bagi aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai orang islam ek.

Selesai semua tugas, mengira sudah, seal peti undi bersama barang-barang undi juga sudah, keputusan juga dah tau, masa untuk balik. Manakala KTM dan seorang kerani serta polis pengiring kena hantar kotak undi ke tempat pengumpulan undi. Tugas aku dah selesai. Tugas KTM tak habis lagi tu. Itu KTM punya pasal, sesuailah dengan elaun yang mereka dapat nantikan...

Macam-macam kerenah pengundi yang aku jumpa. Yang first time dan tak tau macam mana nak mengundipun ada, ada yang fikir kita boleh trace apa yang diundinya pun ada, yang siap nak mintak ajar macam mana nak mengundipun ada. Hmm.. macam-macam. Oh ye,aku nak bagitau, undi itu adalah rahsia, sememangnya rahsiapun. Kami yang bertugas nih tak tau langsung apa yang orang ramai tu undi apa, kecuali ternampak mungkin tapi tetap rahsia kerana kami tak tahu pun mana satu kertas undinya. No. siri kertas undi yang ada hanyalah bilangan pada setiap buku. Kami tak catitpun no siri tu. #takde kerja aku nak catit.

Selesai sudah PRU 13, terima kasih buat yang dah datang mengundi, kalah menang satu parti tu bergantung pada undian anda semua. Buat parti yang menang, tahniah. Manakala buat parti yang kalah, cubalah perbaiki lagi dan perkuatkan lagi usaha di masa mendatang. Tapi parti yang menang pula, janji dan menifesto yang diwar-warkan perlulah dilaksanakan kerana rakyat yang mengundi anda itu berhak mendapat apa yang anda janjikan itu, kalau tidak PRU akan datang, kontreversi akan datang lagi dan undian pun akan berkurangan.


Blues Monday #25




http://www.subway.com/core/images/topNavBar/subway-logo.pngoooo...http://www.subway.com/core/images/topNavBar/subway-logo.png

http://www.subway.com/menu/Images/Menu/Categories_Main/menu-category-all-sandwiches.jpg 
Sejak anak terunaku mengenal subway, asyik kempunan subwayjer.. Pantang nampak logo http://www.subway.com/core/images/topNavBar/subway-logo.png, mesti ada saje alasan nak makan. Perut kosonglah, laparlah, teringinlah.. sampai Walidnya naik pelik dan tertanya-tanya apa yang sedap sangat dengan subway tu. Mulanya menyesal pulak aku perkenalkan http://www.subway.com/core/images/topNavBar/subway-logo.png dengan anak teruna aku, tapi bila tengok dia makan dengan cukup berselera rasa puas hati sangat memang cukup berbaloilah nampaknya aku beli.
memang cukup berselera dia makan
tengoklah sampai ke opah, atuk dan acupun dia ajak makan sekali.

Janji dia nak makankan.. kadang tu bila aku masak memang agak susah dia nak makan. Dengan subway ni, walaupun tinggal sikitje lagi nak habis dia dah kekenyangan, tapi memang puas hati bila bawak dia makan sini cuma tak boleh lah selalu yer sayang Ummini. Nanti koyaklah duit Ummi dan walid kalau makan kat sini selalu...