Rabu, April 24

Universal Studio Singapore

Assalamualaikum..

Bersambung lagi kita di Universal Studio Singapura. Mengantuk dan letih bercampur-baur sebelum sampai ke USS manakan tidak, jenuh berdiri dan berjalan, jenuh masuk dan keluar MRT sampainya tak jugak. Sudahlah dalam MRT tak dapat duduk dan asyik berdiri je. Iyelah orang ramai sungguh. Ikutkan hati macam nak balik hotel rehatjer. Tapi, bila dah sampai depan pintu masuk USS, hilang semua rasa letih dan mengantuk tu. terus tak jadi nak balik hotel. Teruja giler. Dalam hati tu melonjak-lonjakje nak masuk dalam USS. Serius aku cakap memang teruja habis...

Di entri yang lepas aku ada tunjuk sikit gambar dalam USSkan. Ok kali ni, aku jamukan mata korang dengan gambar yang sempat aku dan 'adik-adik' aku tangkap ek.
Tangkap gambar sengsorang, kamilak dapat gambar belakangjer.. ish..ish..
Sesame Street (tapi aku tak masuk sini, ada tempat utama yang aku nak pergi dulu
Bawa anak aku seronoklah nih.. tak gerak mana tengok yang ni jer...
Yang inilah yang kami nak masuk, tapi ini kat luarla kami bergambar dengan bumble bee, tengok budak-budaknih bergambar sengsorang lagi. tak patut.. tak patut..Permainan adventurenya ada di dalam tapi, sebelum nak masuk dan main permainan Transfomer ni aje kami terpaksa melalui perjalanan yang penuh dengan ranjau dan duri hehehe..
Perjalanan yang cukup berliku kami tempuhi tau.. orang ramai giler.. beratur panjang sepanjangnya
Penat beratur di luar, sambung lagi di dalam
Tak habis lagi beraturnya (replika senjata makhluk asing) sampai tak larat nak layan video yang ada
Aik! tak samapai lagi? Entah berapa lapis dinding dah aku lalu. Penat giler beratur.. Akhirnya hampir sampai ke destinasi
Akhirnya, hampir 2 jam beratur tanpa duduk, akhirnya dapat juga kami naik permainannya. Memang best sangat-sangat. Hilang rasa letih beratur panjang. Berbaloi...
Selepas berehat sekejap, kami target nak naik yang ini pula, huhuhu.. sesiapa yang lemah jantung memang tak boleh naik ni. Nak naik yang ini pun kena beratur lagi. Memang best...
Niat di hati nak naik yang ini, tapi tersalah tempat beratur rupanya. Kami naik yang biasa. Yang ini jenis tergantung memang giler arr... yang ada penyakit, baik jangan naik yer...
Dah penat menjerit kengerian, kami berjalan-jalan dan menangkap gambar dengan karektor yang ada di jalanan
Kita masuk dalam teater pula. sambiltu boleh tenangkan jantung yang penat berdegup kencang tadi
Persembahan pentas dengan penari yang agak seksi. (sepatutnya dalamni tak boleh tangkap gambar, tapi ada aku kesah.. hehehe)
Masa untuk makan... sedap jugak ni, harganyapun sedapppp sgggttt....
perut dah kenyang, kita ke Far-far away pula. Masukdalam pawagam 3D best jugak.
Hmmm.. bila panas rasa haus pulak, nampak kedai aiskrim sebelah Far-Far Away, ada logo halal dan tak susah sebenarnya nak cari restoran makanan halal, cari aje logo ni confirm yakin boleh makan.

Dah puas makan aiskrim, kami berjalan lagi. Sampailah ke The Lost World, Jurasic Park

Bergambar sebelum masuk ke The Lost World. 
oit..oit.. apebenda yang dijilat tu.. tak senonoh sungguh muahahaha sabojela.. (pandai photograper nih tangkap gambar) ngeh..ngeh..
Masuk dalam Taman Jurasic Park pulak. Habis basah baju dengan seluar. Pakai baju poncopun basah gak. Tak suka... tak suka tapi best hehehe..
Kami berhenti sekejap untuk bersolat jamak, gambar piramid atas ni aku ambiljer tapi tak masuk. kebetulan toilet dan surau berdekatan. Masing-masing dah tak larat sebab hampir seharian kami berjalan dan bermain permainan yang mendebarkan dada.

Tepat jam 5:30 petang kalau tak silap akulah. Universal Studio mula mengadakan perarakan bermula dari tempat Transfomer ke pintu keluar. Akupun tak ketinggalan menunggu perarakan tu.

Memang sungguh menghayati watak kesemua pelakon-pelakon USS ni. Termasuklah si Marilyn Monroe palsu nih..

Dah habis perarakan, kamipun berjalan keluar sambil menyinggah-nyinggah kedai-kedai cenderamata untuk bershopping-shopping cenderamata dan menghabiskan segala duit yang ada hehehe..

Time to go.. setelah seharian kami di sini. Andai ada rezeki lagi, aku akan datang lagi. Sangat seronok dan memang sangat berpuas hati.
Cenderahati untuk simpanan aku, anak teruna dan jiran aku

Masa balik, kami naik bas yang ada di bawah Universal Studio Singapura. Dengan bayaran 5 SD, kami di bawa terus ke hotel penginapan kami. Rupa-rupanya bas yang kami naiki tulah shuttle bas yang sepatutnya kami naik pagi tadi dari tune hotel.

Hmm.. dah letih seharian di Universal Studio Singapura, Sampai hotel kami tak menunggu banyak masa untuk landing serta melelapkan mata. Memang memenatkan.. Esoknya pula kami nak ke tempat lain pulak, perlu rehat yang cukup untuk menambah stamina. Nanti aku sambung cerita lagi yer..
 
Baca entry yang lepas juga:-
Changi Airport

update terkini:-
Legoland 

klik untuk pakej percutian
http://traveldelight.biz
 

7 ulasan:

hainom OKje berkata...

So tak yah pegilah gamaknya...semua confirm ngeri ni hehe....
Nak baratur pun satu hal yeh Shaz

Syaz Blackrose berkata...

Rugi x pergi okje.. tambah lagi bila anak2 dah besar. seronok bila tengok anak2 seronok. ada jugak yang tak ngeri boleh jer..tp untuk orang lemah semangat tak payah lah pegi kot. tp rugi kalu tak pergi. dapat pergi sekali pun cukup.

Isabel Diaz berkata...

SERONOKNYA

Hanif Idrus berkata...

Bila ler aku nak pergi...ni..huhuhuhu

Syaz Blackrose berkata...

pergh best.. rugi tak pergi hehehehe..
saya tunggu anak besar skit baru pergi lagi.

Travel Delight berkata...

Pakej Tempat-tempat Menarik di Singapura
- Universal Studios Singapura
- Singapura Marine Life Park
- Singapura Flyer
- Day + Night Safari di Singapura
- Tempahan Singapura Marina Bay Sands Hotel
- Tempahan Hotel Masa Perayaan Sentosa Singapura
dan lain-lain

Travel Delight
http://traveldelight.biz
QQ: 841-888-666
ask@traveldelight.biz
+65 6292-2221

Hai, kami adalah agensi pelancongan di Singapura. Blog yang anda tulis sangat sempurna, gambar-gambar anda juga menarik dan cantik. Ia sangat berguna untuk tetamu kami. Bolehkah kami bekerjasama dengan anda?

Kami mengharapkan balasan anda.

Syaz Blackrose berkata...

Blog yang biasa-biasa sahaja. terima kasih sudi menjenguk kesini..