Jumaat, April 5

Freaky Friday #18

CUBAAN NABI DAUD

Pada hari-hari yang telah ditentukan Nabi/Raja Daud alaihissalam mengasingkan diri di dalam bilik ibadahnya dan tidak membenarkan sesiapa memasukinya. Tiba-tiba muncul dua orang lelaki yang idak diketahui darimana datangnya.Nabi  Daud sangat terperanjat, kerana bagaimana keduanya dapat masuk sedangkan pintu tertutup rapat.
"Jangan terkejut dan jangan takut. Kami berdua datang untuk meminta keputusan yang adil dan benar mengenai sengketa yang sedang kami hadapi." kata mereka.
"Apa masalahmu?" tanya Nabi Daud.
"saudaraku ini mempunyai sembilan puluh sembilan ekor domba betina," kata salah seorang di antara keduanya. "sedangkan saya hanya punya seekor sahaja. Akan tetapi dia mendesak agar saya menyerahkan dombaku yang seekor itu kepadanya untuk melengkapkan dombanya agar menjadi seratus ekor."
"Benarkah apa yang diucapkan oleh saudaramu itu?" tanya Nabi Daud kepada yang seorang lagi.
"Benar." jawabnya.
"Kalau begitu engkau telah berbuat zalim terhadap saudaramu, dan kamu patut dipersalahkan." kata Nabi Daud agak marah.
"Kalau begitu, engkaulah wahai Daud yang patut dipersalahkan terlebih dahulu. Kerana engkau telah mempunyai sembilan puluh sembilan isteri, tapi masih meminang tunang orang lain pula yang hanya punya satu saja." jawab lelaki yang didakwa.
Mendengar itu, Nabi Daud sedar bahawa yang datang itu adalah Malaikat yang memberinya pelajaran. Beliau lalu menangis dan bertaubat kepada Allah atas kesilapannya.
Awal kisah ini, ada seorang pemuda yang ditugaskan oleh Nabi Daud untuk ikut berperang di jalan Allah. Dia telah punya tunang yang sangat cantik jelita. Setelah bertahun-tahun, pemuda itu tidak ada khabarnya sama ada sudah mati syahid atau masih hidup. Suatu hari, Nabi Daud terpandang pada tunang si pemuda tersebut. Nabi daud yang sudah punya sembilan puluh sembilan isteri itu terpikat kepadanya. Beliau lalu meminang gadis itu kepada ibu bapanya dan dipersetujui. Si gadis juga mahu.

Tiada ulasan: