Assalamualaikum, Morning semua..
Terbengkalai lagi blog akunih. Puasa punya pasal, sesudah terawih mata sudah layu. Tak larat nak layan blog. huhuhu.. Kisah monday blues aku hari ni pasal kaki terseliuh.
Gambar hiasan
Kaki aku sudah terseliuh maa.. masa aku nak turun tangga lepas buat window shopping sabtu lepas, ralit perati anak teruna yang dah jauh ke depan, sambil mulut bising menghalang anak teruna dari jauh entah macam mana aku terlangkah lebih 1-2 anak tangga spontan kaki aku berbunyi macam bunyi sendi masuk angin. Aku sedar-sedar kedua kaki aku dah terlipat dan aku tengah melutut. Bila bangun, adeh... sakitnya... kaki aku...
Harini hari isnin, aku niat nak ke klinik kejap lagi nak periksa. Sakit dah hilang. Tapi sedikit sengal masa jalan. Kaki pun bengkak jugak Masa pakai kasut, rasa ketat sebelah ahaks...Huhuhu.. apalah malang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan