Isnin, Januari 27

Blues Monday #44

Assalamualaikum...

Bantuan RM 100 Buat Anak - Anak Yang Memasuki Sekolah Tahun 2014

Alhamdulillah... dapat bantuan RM 100. Buat ibu bapa yang dah biasa terima duit bantuanni saban tahun, maybe biasa - biasa jer pada mereka. Pada aku yang baru pertama kali terima ni (Aternye anak soghangkan..), rasa bersyukur sangat-sangat ada juga rezeki anak teruna akuni. Bolehlah di belikan macam-macam untuknya. Tapi........, aku rasa macam nak simpan dalam akaun Tabung Haji anak teruna. Yang mengejutkan, Anak Teruna aku turut berfikiran yang sama nak simpan duit dalam bank. Teruja pulak dia nak simpan duit dalam bank.

Minggu depan dan hari Khamisni sekolah dia bercuti, hmm.. rasa macam nak bawa anak teruna pergi masuk duit dalam Bank pulak. Kebetulan pula, minggu depan Walidnya kerja malam. Kira jadilah nih.. biar Anak Teruna ku rasa seronok simpan duit bukan tahu nak berbelanja beli barang mainannya sahaja.

Anugerah Juara Lagu 28

Assalamulaikum....


Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) telah melabuhkan tirainya dalam sebuah acara gilang-gemilang yang dibanjiri lebih 20,000 orang penonton. Anugerah yang dinantikan saban tahun ini telah mempertaruhkan 12 buah lagu terbaik bagi merangkul gelaran Juara Lagu ke 28.
Dengan mengangkat tema ‘Game On’ (gaya ala-ala masa depan gitu), kesemua finalis telah berentap sebaik mungkin demi memiliki trofi yang berprestij tersebut. Misi mencari sang juara telah tercapai apabila Hafiz Suip telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 28 menerusi lagu ‘Bahagiamu Deritaku’. Lagu ciptaan daripada Ly dan lirik daripada Baiduri tersebut, berjaya mengatasi 11 buah lagu lain yang turut melangkah ke pusingan akhir AJL 28. Memang lagu tu sedap dan memang Hafiz layakpun sebab aku tengok persembahan dia memang mantoplah.


Sementara itu, naib juara pula dimenangi oleh Hyper Act menerusi lagu ‘Hanya Aku’ dan tempat ketiga dimiliki oleh Awi Rafael & Altimet melalui lagu ‘Kalau Aku Kaya’. Seronok pulak aku tengok muka Altimet yang kegembiraan sebab masuk kali pertama dan menang tempat ketiga, siap bersujud bagai lagi. 

Manakala, persembahan terbaik juga digondol oleh Hafiz Suip. Bagaimanapun, takhta vokal terbaik miliknya telah dirampas oleh penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor menerusi lagu ‘Ikut Rentakku’.

Juara AJL 28 membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM35,000. Manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing meraih RM15,000 dan RM10,000 juga berserta trofi. Juara bagi persembahan terbaik dan vokal terbaik pula memenangi wang tunai berjumlah RM 10,000.

Dibawah pula ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)
Juara Lagu Ke 28
Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku
Komposer & Penulis Lirik – LY & Baiduri
Naib Juara Lagu Ke 28
Hyper Act – Hanya Aku
Komposer & Penulis Lirik – Hyper Act & Frozen
Tempat Ketiga Juara Lagu 28
Awi Rafael & Altimet – Kalau Aku Kaya
Komposer & Penulis Lirik – Omar K, Audi Mok & Altimet
Persembahan Terbaik
Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku
Vokal Terbaik
Jaclyn Victor – Ikut Rentakku

sumber copy paste (muehehehe) : oh bulan


Jumaat, Januari 24

Cuaca Sejuk Melanda Negara

Assalamualaikum..

Lama aku tak update blog. Sibuk menguruskan anak teruna masuk sekolah sampai terabai blog aku nih... Banyak entry aku yang tertangguh. Nanti akan aku post kan juga walaupun terpaksa di undurkan masa dan harinya. Skema sungguh ayat akuni kan...

Cuaca sejuk melanda negara kita sekarang. Tak hujanpun cuaca sejuk juga. Tajuk-tajuk utama berita harini juga banyak melaporkan mengenai cuaca yang melanda negara dan negara jiran. Adakah zaman ice age kedua melanda? Hehehe.. spekulasi aku ajer tu. Jom kita baca salah satu tajuk berita.

Suhu sejuk mula melanda negara

 
gambar sebelum  gambar berikut
Foto Jenuwa menunjukkan data suhu yang dicatatkan di Sabah.
Kuala Krai: Suhu sejuk melanda jajahan ini sejak seminggu lalu menyebabkan ramai penduduk mengehadkan kegiatan, selain memakai pakaian tebal, terutama pada waktu malam.

Penduduk menyifatkan situasi ketika ini sebagai kejadian luar biasa kerana selalunya pada awal tahun, suhu jajahan terbabit kembali panas, selepas negeri dilanda banjir baru-baru ini.
 
Surirumah dari Kampung Sungai Dala, Rosmanita Zainal Abidin, 42, berkata suhu terlalu sejuk pada waktu pagi, menyebabkan beliau terpaksa menjerang satu periuk besar air untuk kegunaan anaknya mandi sebelum ke sekolah.


Jerang air panas

“Biasanya, anak saya mandi air paip pada waktu pagi tanpa masalah. Namun, sekarang, tengah hari pun air paip masih terasa sejuk seperti dicampur ais, membuatkan anak yang baru balik sekolah enggan mandi.

“Suasana dalam rumah pada waktu malam juga terasa bagaikan dipasang pendingin hawa hingga memerlukan selimut tebal untuk mengurangkan kesejukan.

“Keadaan ini memberi kesan kepada kesihatan suami saya, R Azmi Jaafar, 48, yang mengalami angin ahmar sejak tujuh bulan lalu,” katanya.
Warga tua, Mohamed Mustapha Baharum, 62, berkata cuaca sejuk menyebabkan dia mengelak keluar rumah pada waktu malam dan awal pagi kerana bimbangkan masalah kesihatan diri.

“Suasana sejuk mula dirasai selepas jam 5 petang membuatkan kami bagaikan berada di luar negara seperti yang sering ditonton dalam televisyen,” katanya.

Penduduk Kampung Tualang, Rohaida Mohamed, 36, berkata suasana sejuk dialami ketika ini menyebabkan mereka tidak perlu menghidupkan kipas kerana keadaan terasa seperti menggunakan pendingin hawa.


Pakai stokin, selipar

“Sepanjang masa kalau berjalan dalam rumah pun perlu memakai selipar atau stokin bagi mengurangkan rasa sejuk,” katanya.

Sementara itu, suhu serendah 17 darjah celsius sekitar Kuala Krai, Kelantan dan 19 darjah di Besut, disifatkan tahap paling sejuk pernah direkodkan di Pantai Timur.

Pengarah Meteorologi Terengganu/Kelantan, Jenuwa Husin, berkata penurunan suhu itu disifatkan rekod berbanding suhu biasa dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini 23 darjah Celsius.

Di Sabah, Pengarah Meteorologinya, Abdul Malek Tusin, berkata fenomena cuaca sejuk sejak lima hari lalu menyaksikan Keningau mencatat suhu terendah 17 darjah Celsius, lebih rendah berbanding tanah tinggi Kundasang pada tahap 20 darjah Celsius.

Katanya, walaupun tidak dilakukan sebarang pengukuran, namun suhu di puncak Gunung Kinabalu, dijangka lebih sejuk berbanding suhu normal iaitu di bawah 15 darjah Celsius. 
 
 
Aku pernah alami rasa sejukni di Arau dulu. Memang sejuk masa tu time takde kelasje aku mesti berkelubung bawah selimut sebab sejuk sangat walaupun tak hujan.