Lama aku tak update blog. Sibuk menguruskan anak teruna masuk sekolah sampai terabai blog aku nih... Banyak entry aku yang tertangguh. Nanti akan aku post kan juga walaupun terpaksa di undurkan masa dan harinya. Skema sungguh ayat akuni kan...
Cuaca sejuk melanda negara kita sekarang. Tak hujanpun cuaca sejuk juga. Tajuk-tajuk utama berita harini juga banyak melaporkan mengenai cuaca yang melanda negara dan negara jiran. Adakah zaman ice age kedua melanda? Hehehe.. spekulasi aku ajer tu. Jom kita baca salah satu tajuk berita.
Suhu sejuk mula melanda negara
Kuala Krai: Suhu sejuk melanda jajahan ini sejak seminggu lalu
menyebabkan ramai penduduk mengehadkan kegiatan, selain memakai pakaian
tebal, terutama pada waktu malam.
Penduduk menyifatkan situasi ketika ini sebagai kejadian luar biasa kerana selalunya pada awal tahun, suhu jajahan terbabit kembali panas, selepas negeri dilanda banjir baru-baru ini.

Surirumah dari Kampung Sungai Dala, Rosmanita Zainal Abidin, 42,
berkata suhu terlalu sejuk pada waktu pagi, menyebabkan beliau terpaksa
menjerang satu periuk besar air untuk kegunaan anaknya mandi sebelum ke
sekolah.
Jerang air panas
“Biasanya, anak saya mandi air paip pada waktu pagi tanpa masalah. Namun, sekarang, tengah hari pun air paip masih terasa sejuk seperti dicampur ais, membuatkan anak yang baru balik sekolah enggan mandi.
“Suasana dalam rumah pada waktu malam juga terasa bagaikan dipasang pendingin hawa hingga memerlukan selimut tebal untuk mengurangkan kesejukan.
“Keadaan ini memberi kesan kepada kesihatan suami saya, R Azmi Jaafar, 48, yang mengalami angin ahmar sejak tujuh bulan lalu,” katanya.
Warga tua, Mohamed Mustapha Baharum, 62, berkata cuaca sejuk menyebabkan dia mengelak keluar rumah pada waktu malam dan awal pagi kerana bimbangkan masalah kesihatan diri.
“Suasana sejuk mula dirasai selepas jam 5 petang membuatkan kami bagaikan berada di luar negara seperti yang sering ditonton dalam televisyen,” katanya.
Penduduk Kampung Tualang, Rohaida Mohamed, 36, berkata suasana sejuk dialami ketika ini menyebabkan mereka tidak perlu menghidupkan kipas kerana keadaan terasa seperti menggunakan pendingin hawa.
Pakai stokin, selipar
“Sepanjang masa kalau berjalan dalam rumah pun perlu memakai selipar atau stokin bagi mengurangkan rasa sejuk,” katanya.
Sementara itu, suhu serendah 17 darjah celsius sekitar Kuala Krai, Kelantan dan 19 darjah di Besut, disifatkan tahap paling sejuk pernah direkodkan di Pantai Timur.
Pengarah Meteorologi Terengganu/Kelantan, Jenuwa Husin, berkata penurunan suhu itu disifatkan rekod berbanding suhu biasa dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini 23 darjah Celsius.
Di Sabah, Pengarah Meteorologinya, Abdul Malek Tusin, berkata fenomena cuaca sejuk sejak lima hari lalu menyaksikan Keningau mencatat suhu terendah 17 darjah Celsius, lebih rendah berbanding tanah tinggi Kundasang pada tahap 20 darjah Celsius.
Katanya, walaupun tidak dilakukan sebarang pengukuran, namun suhu di puncak Gunung Kinabalu, dijangka lebih sejuk berbanding suhu normal iaitu di bawah 15 darjah Celsius.

Aku pernah alami rasa sejukni di Arau dulu. Memang sejuk masa tu time takde kelasje aku mesti berkelubung bawah selimut sebab sejuk sangat walaupun tak hujan.
4 ulasan:
Di kota Kinabalu, suhu mencecah 22 darjah calcius.. hehe.. memang sejuk giler. ehhh, jemput komen artikel ttg Sabah ni disini ya ---> http://www.virtualmalaysia.com/bm/zip-borneo/
Dan like :) thank you so much
Sy nih tiap2 pg mandi memg xtahan sejuk kali nih...len mcm sejuk die..sblm nih ok je...
Dekat sini pun sejuk. Huhu.
Bila agaknya kita boleh beli baju winter ni Syaz....hehe teringin gak nak main salji yek!
Catat Ulasan